Semangat kian PUDAR

Assalamualaikum.

Tak pernah aku alami perasaan sebegini. Mungkin sebab keadaan dan situasi yang kuhadapi sekarang sangat berlainan dari sebelum2 ini. Impian dan cita2ku selama ini terpaksa ku kuburkan dan pada masa yang sama membantu mereka2 untuk mengecapi impianku. Perasaan sedih. Pernah rasa diri ini dipergunakan. Pernah rasa diri ini sentiasa berfikiran negatif. Mungkin itu akibatnya bila terlalu banyak berfikir sehingga majoriti yang difikirkan lebih menjurus ke arah negatif. Namun, hatiku dan fikiran sentiasa kucuba untuk memandunya ke arus positif. Mungkin ade hikmah di setiap apa yang menimpaku sekarang. Mungkin di hari dan tika ini ku bantu mereka, akan datang Allah akan membantuku untuk mengecapi impian yang kuharapkan.

Seringkali ku berfikir, adakah ku ditakdirkan untuk mengakhiri karier ku sebegini atau mungkin satu hari bila sampai detik untuk ku akhiri karierku, Allah membantuku untuk mencipta nama di peringkat tertinggi melangkaui impian dan cita2 yang telah ku tanam dari awal lagi.

Di detik dan saat ini, aku terpaksa menguatkan semangat. Membantu sahabat2 perjuanganku yang bakal berjuang untuk kejohanan MASUM tak lama lagi. Tapi aku sangat benci bila mana aku melihat mereka gigih berlatih, bila mana aku lihat mereka sanggup mengharungi kesakitan hanya untuk menempuhi sesi latihan yang akhirnya bakal dituai di kejohanan MASUM kelak, selalu timbul dalam hatiku perasaan cemburu, perasaan dengki dan iri hati. Kenapa mereka berpeluang tapi aku TIDAK? Lagi meruntuhkan semangatku bila mendapati aku seorang saja yang TERCICIR untuk tidak melibatkan diri dalam kejohanan tersebut sebagai atlit. Sahabat2ku dari team SELANGOR semuanya dapat turut serta.

Bila berdepan dengan sahabat2 lain pula yang mengetahui aku pesilat negeri. Seringkali dilontarkan pertanyaan "Kenapa kau tak main MASUM?" "Tahu lah dah main sampai state level, takkan nak wakil Uni sendiri pun tak nak?". Kalaulah persoalan dan pertanyaan seperti itu dapat ku jawab secara terang dan beralas di penulisan kali ini, kan bagus. Tapi jawapannya tak dapat aku bentangkan di sini. SULIT. Bukan aku tak nak. Tapi... Hmm.

Apa yang kuharap kan sebagai Assistant Coach Silat Seni Team Pencak Silat UIAM, gunakanlah peluang yang ada sebaiknya. Teruskan latihan. Kalian bakal menerajui pasukan Silat UIAM dan mencipta nama di peringkat Universiti Malaysia satu hari nanti. Percayalah pada latihan. Wish you all goodluck for this coming MASUM event.

Kesibukanku bakal tiba di kemuncak. Dengan masa yang hanya beberapa hari tinggal untuk menyiapkan pasukan demo untuk Hari Sukan sekolah. Dengan penyertaan ku dalam dua kejohanan besar yakni SUKMA dan MASUM sebagai Pembantu Jurulatih Silat Seni. Dengan pengajian semester pendek yang terpaksa ku abaikan untuk beberapa minggu mendatang. Diri ini sentiasa rasa TIDAK ADIL. Komitmen ku seringkali melebihkan sukan silat berbanding pelajaran walhal disebabkan pelajaranlah aku berada di UIA sekarang.

Pelepasan untuk Sukan Malaysia (SUKMA)

Pelepasan untuk Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini. Kuatkanlah semangatku. Mereka perlukan sokongan dan bimbingan serta perkongsian pengalamanku. Engkau kurniakanlah kejayaan kepada mereka yang berhak. Kalau Engkau rasa mereka layak menang, Engkau berikanlah mereka KEMENANGAN. Begitu juga disebaliknya.

Sekadar luahan hati dan semangat yang semakin pudar. Moga berjaya ku tempuhi dengan tabah dan baik. Insyallah. Wallahualam.

Comments