Posts

Showing posts from 2012

ASEAN University Games LAOS 2012 #1

Image
Assalamualaikum. PENGALAMAN. Sesuatu yang tak mampu dibeli menggunakan wang ringgit. Seorang 'GURU' yang terbaik untuk mengajar kita apa itu erti kehidupan yang sebenar. Perjalananku selaku seorang DUTA kecil warga Malaysia dalam memperjuangkan nama negara di arena antarabangsa yakni penglibatanku di Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN ke-16 yang baru saja melabuhkan tirainya pada 20hb disember yang lalu bertempat di Stadium Nasional Laos. Alhamdulillah. Sepenglibatanku dalam dunia persilatan, inilah kali pertamanya aku merasai detik menjejakkan kaki di tanah seberang. Di tanah orang. atau aku boleh definasikan sebagai kubu musuh. Tanah Vientiane, Laos telah terpilih menjadi medan peperangan kami, skuad IPT Malaysia. dengan mempertaruhkan 19 jenis sukan dan 160 pingat emas. Namun, aku hanya terlibat dalam salah satu dari 19 sukan tersebut iaitu sukan Pencak Silat atau secara spesifiknya Silat Seni. Insyallah suka untuk aku coretkan detik2 kami bertolak ke sana, berada

Latihan Pusat Fasa Akhir AUG 2012

Image
Assalamualaikum. Akibat terlampau stress memikirkan nasib diri, terlintas dalam otak fikiranku untuk melakarkan detik2 aku terima seruan menjulang nama negara untuk satu kejohanan yang paling besar yang pernah aku sertai setakat ini. Yaa. ASEAN University Games Vientiane, Laos 2012!! Kejohanan dwi-tahunan yang melibatkan atlit2 dari pelajar2 IPT seluruh Malaysia. And I'm lucky to be one of them. Alhamdulillah. Hampir seminggu telah berlalu sesi Kem Latihan Pusat Fasa Akhir untuk semua atlit2 Malaysia untuk ke Kejohanan AUG kelak. Disebabkan kejohanan berprestij ini melibatkan hampir 19 jenis sukan, maka ada sebahagian dari atlit2 dari sukan tertentu telahpun berangkat ke Laos. Namun, kami dari skuad Pencak Silat masih berbakikan 10 hari sebelum kami berlepas ke sana. Dengan 10 hari ini juga kami mengambil peluang membuat persiapan secukupnya sebelum jejaknya kaki kami ke 'kubu' orang. Insyallah kali ini suka untuk aku coretkan sikit beberapa ketika detik2 perjalanan kem lat

Stress Melanda

Image
Assalamualaikum. Ya Allah. Stressnya aku memikirkan kondisi akademikku yang semakin terbengkalai. Esok je dah kene submit dua report Automotive Lab III. Esok jugak ade satu paper Midterm Machine Design dan Quiz GEN4100. Esok jugak kena submit borang Shortlisted companies untuk praktikal tahun depan. Ya Allah. Dalam keadaan stress aku selalu tercari2 ape yang aku nak buat untuk hilangkan stress. Aku ingat lagi, dahulunya aku seorang yang suka memulaukan diri sendiri ketika stress. Bukan nak lari dari masalah. Tapi nak mengelakkan diri dari menambahkan lagi masalah. Means kalau aku stress aku ade potensi untuk melepaskannya kepada orang yang tak bersalah. Aku baring di atas katil keseorangan dan kekadang tidur. Pasang earphone dengar lagu nasyid. Lagu yang menenangkan jiwa. Kekadang ada jugak mendengar alunan ayat2 suci Al-Quran untuk mengubat jiwa yang tengah lara ketika itu. Dan kemudian aku terpengaruh dengan sahabatku yang suka makan tika jiwa dilanda stress. Dan sekarang ini. Aku te

Bahang ASEAN University Games kian terasa

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik sedar2 lagi dua minggu jer lagi aku bersama teamateku akan fly ke Laos untuk Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN. Persediaan yang tak berapa nak rapi gara2 bermacam2 faktor dan antara yang utamanya ialah faktor bakal meng'skip' kelas selama hampir 2 minggu. Hakikat sebenar memang surat pelepasan telah pun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi khusus untuk semua atlet2 IPT Malaysia yang akan ke sana. Tapi diri ini terasa sangat runsing dan bimbang memikirkan keadaan akademikku yang kini semakin menghampiri zon peperiksaan akhir semester. Midterm pun ade subjek yang belum habis lagi. Ini pulak nak memikirkan persediaan untuk final. Susah untuk aku terangkan situasiku ini sebagai student UIA kepada member2 teamate dari universiti lain. Universiti lain mungkin lain die punya polisi dan prosedur untuk diberi pelepasan. Dan UIA pulak majoriti pensyarahnya ialah dalam kalangan foreigner. Ok. Bila dah kata foreigner ni, b

Laman Sesawang yang berSawang

Image
Assalamualaikum. Sekian lama tak menaipkan sesuatu di laman sesawang ni. Diri ini terasa sibuk tambahan keadaanku kini yang berada dalam zon persiapan sebelum menempuhi satu kejuaraan yang paling besar yang pernah ku sertai setakat ni. Keberangkatan ku ke LAOS pada 121212 sehingga 221212. Tarikh yang amat molek dan cantik. Sangat sesuai dibuat tarikh perkahwinan dan aku percaya mesti ramai yang telah merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut. Ok. Out of the topic! Haha. Ikutkan banyak perkara2 dan kejadian2 yang hendak ku kongsikan di ruangan ini gara2 hampir sebulan lamanya aku tak berblogging. Dulunya aku seorang penggemar blogging. Seorang yang sangat suka mengupdate setiap inci dan detik pengalaman yang pelik dan luar dari kebiasaan yang telah ku lalui. Namun, kekerapanku mengupdate terpaksa ku hentikan atas faktor tertentu, dan kini insyallah jika diberi ruang dan peluang untuk mengupdate, aku akan coretkan sesuatu yang bermakna untuk tatapan pengunjung dan terutama diriku un

My porche with NEW Style!

Image
Alhamdulillah. The half end of semester 1 2012/2013 dah bermula. By the way, rasenya masih tak terlambat nak ucapkan Salam Eidul Adha 1433H buat semua rakan2. Harap dengan penghayatan makna 'qurban' sebenar, kita dapat mengadaptasikan dalam kehidupan seharian kita lepas2 ni. Raya Haji tahun ni jugak aku berpeluang beraya bersama porcheku yang berbaju baru. Hehe. New style. New look. New color. Perhaps more sporty. Yellow color with Myvi SE body set. Setelah seminggu aku tersiksa pakai moto pegi kelas. Actually takde la siksa mane, just skrg ni musim hujan. So, nak pegi kelas tu mmg payah kalau hujan. Published with Blogger-droid v2.0.9

Salam Eidul Adha 1433H

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berpeluang juga kami sekeluarga beraya bersama walaupun tanpa kehadiran abangku yang kedua yang kini menetap bekerja di Dubai. Salam Eidul Adha buat sahabat2, cikgu2, adik2, anak2 murid dan saudara-mara diluar sana. Raikan lah Raya Qurban tahun ni dengan penuh penghayatan terhadap konsep 'Qurban' yang sebenar. Namun, sedih terasa bila memikirkan Raya Qurban tahun ini merupakan tahun terakhir kami beraya bersama2 abang sulungku dan keluarganya. Kerana esok merupakan keberangkatan beliau bersama keluarganya ke Yaman dengan niat untuk menuntut ilmu Bahasa Akhirat di sana. Lepas ni tinggal kami tiga beradik saja lah untuk menghidupkan suasana di pagi Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha untuk tahun2 depan bersama mak ayah. Wallahualam. Published with Blogger-droid v2.0.9

Visits Rector's Office of IIUM

Image
Assalamualaikum. Baru saja selesai menghadiri sesi latihan pencak silat UIAM. Kehadiran yang agak kurang memberangsangkan mungkin gara-gara minggu midterm exam. So, mungkin boleh consider sikit. Aku? Midterm aku sebelum cuti midbreak ni hanya dua paper jer. Subjek GEN4100 dan Structural Dynamics. Hmm. Agak mencabar. Moga aku dapat tempuhinya dengan baik. Insyallah. Amin. Petang tadi berkesempatan menemani sahabatku menyelesaikan urusan berkaitan SRC di Office of the Rector. First time jejakkan kaki ke sana. So, ambil peluang snap beberapa gambar sebagai kenangan. Haha. Sebab aku ni rasanya memang tak berpeluang dah lepas ni nak merasa jejakkan kaki kat sini. Standard yang selalu ulang alik ke sini semuanya student yang ada post tinggi dalam kelab. Dan sahabatku ni merupakan setiausaha kehormat MPP UIAM. Agak besar jugak jawatan tu. Terasa bangga tu ade jugak lah. Siapa tak bangga sahabat sendiri pegang post besar dalam UIAM. Tapi standard, kalau nak berurusan dengan Rector ni memang ta

Rintihan Qalbi

Image
Assalamualaikum. Terasa lama sesangat tak berceloteh kat blog ni. Bukan niat di hati untuk mengabaikannya. Just sejak dua menjak ni aku selalu terdengar ramai dalam kalangan sahabat2ku giat membaca penulisanku diruangan ini. Bukan tak suka mereka baca. Bukan tak mengalu2kan pengunjung2 yang setia membaca. Malah sangat2 dialu2kan. Cuma diri ini terasa kerdil dengan penulisan yang sangat tak seberapa. Jelas kelihatan setiap penulisanku ada kelemahan. Seolah2 bila semakin banyak kita berkata2, semakin banyak kelemahan diri yang kita dedahkan secara tak langsung. Namun, aku tetap kuatkan diri untuk terus menulis di ruangan ini. Kerana aku percaya walaupun hanya segelintir, namun masih ada yang menantikan penjelasanku kenapa blog ini tak seaktif dulu. Dan itulah jawapanku. Sekarang aku semakin menghampiri zon 'tekanan'. Dahulunya aku sangat bersemangat. Bersemangat untuk mengharungi kehidupan sebagai atlit dan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Bangkit setiap pagi setelah selesai

Automotive Skills Class

Image
Kembali dgn subjek Intro to Automotive. Actually subjek ni aku dah amek 2 sem yg lepas. Pass with flying colors ok! Haha. Untuk sem ni pulak subjek koku aku Automotive skills. Dan kelas teori pertama tadi pasal sume mende yg aku dah belajar masa amek Intro to Auto sblm ni. Pergi workshop td dengar instructor tu terang psl flow engine sume. Cuma bezanya kali ni instructor die org melayu. Kire takdelah payah sgt bila nak tanya soalan. Haha. Papepun mende yg paling tak best psl kelas Auto skill ni ialah timing kelasnya dibuat kul 530-630pm. Mase tu org sume dah lemau, penat dan confirm fikir nak balik je. Tapi nak buat cane. Dah nak sangat amek subjek ni mase add manual dulu. So, terpaksa redha je la. Published with Blogger-droid v2.0.9

'Porche'ku bakal bertukar WAJAH

Image
Detik2 akhir bersama myviku yg berpakaian hijau (Gambar 1 & 2). Pasni dah tukar color dah. Color ape? Nantikan. Hehe. Alang2 tukar color, ayah bagi greenlight tukar sekali full coverset myvi SE. Means tukar bumper (Gambar 3), skirting dan tambah spoiler (Gambar 4). Wuhuuu! Tak sabo nye nak tunggu myviku berwajah baru. 1 week have to wait. Terpaksa bersabar dulu. Harap tak menyesal. So, skrg ni kenderaanku kembali kpd GT128 ku yg sekian lama tak ditunggangi. Lame jugak rase tak bawak moto ni. Haha. Published with Blogger-droid v2.0.9

Buat PASSPORT!

Image
Now at Imigresen Sri Rampai. Buat passpot. Kemain ramai manusia kat sini. Naseb baik takde kelas sepanjang pagi ni. Dapat giliran 1114. Sekarang 1084. Ok. Dah tak lame dah. Better dari baru2 sampai tadi. Dekat 100 giliran gap. Huhu. Ingatkan nak buat IC je yang lama nak tunggu giliran. Rupe2nya nak buat passpot lagi 'meriah'. Haha. Aku rase kalau tak ke Laos aku hujung tahun ni, memang takde aku nak buat passpotnya. Dah lama jugak tak buat passpot ni. Last time mase 2004 dulu. Mase tu buat semata2 nak pergi Thailand ade show Silat. Expire tahun 2009. Sekarang ni pulak buat semata2 nak pergi Laos bulan 12 ni ade game ASEAN University Silat. Aku rase kalau bukan kerana silat, memang tak merasa aku nak selalu ke luar negara. Papepun alhamdulillah kerana terpilih. Published with Blogger-droid v2.0.9