Salam Eidul Adha 1433H

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, berpeluang juga kami sekeluarga beraya bersama walaupun tanpa kehadiran abangku yang kedua yang kini menetap bekerja di Dubai. Salam Eidul Adha buat sahabat2, cikgu2, adik2, anak2 murid dan saudara-mara diluar sana. Raikan lah Raya Qurban tahun ni dengan penuh penghayatan terhadap konsep 'Qurban' yang sebenar.

Namun, sedih terasa bila memikirkan Raya Qurban tahun ini merupakan tahun terakhir kami beraya bersama2 abang sulungku dan keluarganya. Kerana esok merupakan keberangkatan beliau bersama keluarganya ke Yaman dengan niat untuk menuntut ilmu Bahasa Akhirat di sana. Lepas ni tinggal kami tiga beradik saja lah untuk menghidupkan suasana di pagi Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha untuk tahun2 depan bersama mak ayah. Wallahualam.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments