My Coach's Achievements

Assalamualaikum.


Tengah2 online kejap tadi tetibe terjumpe blog milik coach aku, COACH HABIZAN. Lets find out more about his background and achievements in Pencak Silat. Klik [SINI].


PENCAPAIAN ketika bergelar ATLIT :

- Pingat Gangsa kategori Tunggal Putera dalam Kejuaraan Pencak Silat Antarabangsa dalam Terbuka Singapura 2007. (Wakili NEGARA)
- Pingat Perak  kategori Tunggal Putera dan Pingat Gangsa kategori Regu Putera dalam Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke-14,Uniten,Bangi 2006.
- Pingat Gangsa kategori Tunggal Putera dalam Kejuaraan Pencak Silat Antarabangsa SEA GAMES ke-23,Filipina,2005. (Wakili NEGARA)
- Pingat Perak kategori Tunggal Putera dalam Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke-13,Kuantan,Pahang 2004.
- Pingat Emas kategori Tunggal Putera dalam Kejuaraan Silat anjuran MultiMedia Universiti Melaka 2004.
- Pingat Emas kategori Solo Kreatif Putera dalam Kejuaraan Silat anjuran Universiti Malaya 2003.
- Pingat Emas kategori Solo Kreatif Putera dalam Kejuaraan Silat peringkat Negeri (W.P.) 2001
- Pingat Emas kategori Solo Kreatif Putera dalam Kejuaraan Silat anjuran Universiti Islam Antarabangsa,Gombak 2000.
- Pingat Emas kategori Solo Kreatif Putera dalam Kejuaraan Silat peringkat Negeri (W.P.) dan Daerah Petaling 1999.
- Mewakili Negeri Selangor dalam kategori Silat Olahraga kelas B SUKMA,Selangor 1998.
- Pingat Emas Kelas B Kategori Silat Olahraga Sukan Selangor SUKSES,Sabak Bernam 1997.
- Pingat Emas Kelas A Kategori Silat Olahraga peringkat Daerah Petaling dan Pesilat Terbaik Daerah Petaling 1996.
- Pingat Perak Kategori Tempur Tangan Kosong dan Kategori Masal untuk peringkat Daerah Petaling 1995.
- Pingat Gangsa Keseluruhan peringkat Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan 1992.


PENGALAMAN sepanjang bergelar JURULATIH :

- Jurulatih Silat bertaraf Kebangsaan yang mempunyai Sains Sukan tahap1& 2.
- Pengiktirafan dari Persekutuan Silat Antarabangsa (PESILAT) sebagai Pemegang Amanah Jurus Tunggal dan Regu.
- Wasit Juri Kelas kedua Kebangsaan.
- Mempunyai sijil pengendalian kecederaan dalam sukan.
- Jurulatih Silat untuk Pasukan Negeri Selangor Darul Ehsan untuk peringkat SUKMA & KEBANGSAAN) 2010 & 2012.
- Jurulatih Silat Olahraga Ko-Kurikulum UiTM, UPNM dan Institut Kraf Negara (IKN) 2009,2010,2011 & 2012.
- Jurulatih Silat Seni untuk Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi Kejuaraan Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2009,2010,2011.
- Jurulatih Terbaik Universiti Islam Antarabangsa di Anugerah Sukan UiA 2009.
- Jurulatih Silat Seni untuk Pasukan K.Lumpur (SUKMA) 2004-2008.
- Jurulatih Silat Seni untuk Pasukan K.Lumpur (KEBANGSAAN) 2002-2007.
- Jurulatih Silat Seni untuk Pasukan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi Kejuaraan Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2007-2009.
- Jurulatih Silat untuk Pasukan Universiti Malaya bagi Kejuaraan Pencak Silat Jemputan IPTA Universiti Malaya 2003.
- Jurulatih Silat Olahraga dan Seni Daerah Sepang untuk Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2003,2007 dan 2009.
- Jurulatih Silat Olahraga dan Seni Daerah Petaling untuk Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES),Kuala Selangor 1999.
- Jurulatih Kanan Pertubuhan Seni Silat Randai Minang 1999-2011

Bagiku sangat molek untuk dijadikan IDOLA buat pesilat2 tanah air. Pengalaman beliau sepanjang bergelar atlit telah membantu beliau mencipta KARIER sebagai Jurulatih sekaligus menjadikan beliau seorang JURULATIH yang berpengaruh sekarang. Mempunyai jajahan takluk yang luas antaranya UiTM, UPNM, UIAM dan Selangor.

Comments