Buat PASSPORT!

Now at Imigresen Sri Rampai. Buat passpot. Kemain ramai manusia kat sini. Naseb baik takde kelas sepanjang pagi ni. Dapat giliran 1114. Sekarang 1084. Ok. Dah tak lame dah. Better dari baru2 sampai tadi. Dekat 100 giliran gap. Huhu. Ingatkan nak buat IC je yang lama nak tunggu giliran. Rupe2nya nak buat passpot lagi 'meriah'. Haha.

Aku rase kalau tak ke Laos aku hujung tahun ni, memang takde aku nak buat passpotnya. Dah lama jugak tak buat passpot ni. Last time mase 2004 dulu. Mase tu buat semata2 nak pergi Thailand ade show Silat. Expire tahun 2009. Sekarang ni pulak buat semata2 nak pergi Laos bulan 12 ni ade game ASEAN University Silat. Aku rase kalau bukan kerana silat, memang tak merasa aku nak selalu ke luar negara. Papepun alhamdulillah kerana terpilih.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments