Rintihan Qalbi

Assalamualaikum.

Terasa lama sesangat tak berceloteh kat blog ni. Bukan niat di hati untuk mengabaikannya. Just sejak dua menjak ni aku selalu terdengar ramai dalam kalangan sahabat2ku giat membaca penulisanku diruangan ini. Bukan tak suka mereka baca. Bukan tak mengalu2kan pengunjung2 yang setia membaca. Malah sangat2 dialu2kan. Cuma diri ini terasa kerdil dengan penulisan yang sangat tak seberapa. Jelas kelihatan setiap penulisanku ada kelemahan. Seolah2 bila semakin banyak kita berkata2, semakin banyak kelemahan diri yang kita dedahkan secara tak langsung. Namun, aku tetap kuatkan diri untuk terus menulis di ruangan ini. Kerana aku percaya walaupun hanya segelintir, namun masih ada yang menantikan penjelasanku kenapa blog ini tak seaktif dulu. Dan itulah jawapanku.


Sekarang aku semakin menghampiri zon 'tekanan'. Dahulunya aku sangat bersemangat. Bersemangat untuk mengharungi kehidupan sebagai atlit dan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Bangkit setiap pagi setelah selesai menunaikan solat subuh terus mengenakan kasut dan berjogging. Selesai jogging walaupun dalam keadaan letih, aku kuatkan semangat untuk ke kelas sehingga petang. Dan dalam kepenatan seharian menuntut ilmu, aku tetap tabahkan hati untuk teruskan aktiviti meningkatkan stamina di sebelah petangnya juga. Namun, kini aku buntu. Aku seolah2 lain dari aku yang dahulu. Yang mana dahulunya aku sentiasa memotivasikan diriku untuk gagah memanfaatkan masa seefektif mungkin untuk memastikan usahaku dari sudut sukan silat dan akademik maju seiring tapi kini aku seringkali 'kalah' dengan kata2 negatif yang tercetus dari mindaku sendiri. Aku tak tahu kenapa semakin hari, semangatku semakin luntur. Mungkin ada dalam kalangan sahabat2ku yang sedar dengan perubahanku. Nak menyalahkan faktor2 luaran, lagi banyak faktor2 dalaman yang mengganggu jiwa dan semangatku ini.

Bila kelihatan sahabat2 yang baru saja selesai bergraduasi minggu lepas, aku seringkali terbayang2 bila satu hari nanti aku bakal melalui pengalaman yang seronok seperti mereka. Bersama-sama sahabat seperjuangan mencampakkan topi dalam keadaan diri ini mengenakan jubah konvo. Bersama-sama bergelak ketawa berkongsi cerita tentang liku2 dan detik2 ketika mereka gigih belajar dulu dan seumpamanya. Dan aku seringkali bertanya pada diri ini, adakah 'laluan' yang aku telah pilih sejak dari mula2 aku jejakkan kaki di bumi UIA ni adalah satu keputusan yang betul? Keputusan yang menjamin aku untuk berada di tahap seperti mereka satu hari nanti, bila mana secara rasminya di gelar GRADUAN dan ALUMNI UIAM. Ya Allah, andainya engkau permudahkan segala perjalananku untuk mencapai misi tersebut. Kini, aku kebingungan. Silat terlalu aktif sehingga terasa diri ini mengabaikan pelajaran. Mungkin ada yang berpendapat, aku terlalu obses bersilat sehingga sanggup ponteng kelas. Sehingga sanggup ulang-alik dalam jarak yang agak jauh. Inilah yang aku definisikan sebagai 'Passion' atau kecenderungan. Yaa. Memang bila sesuatu perkara yang kita minat, kita tak akan ragu2 untuk mengorbankan sesuatu untuk mencapai misi kita kearah minat kita tu. Aku cuba untuk paling tidak sekurang2nya memaintainkan pencapaian akademikku untuk setiap semester dalam pada masa yang sama sangat aktif bersukan. Dan alhamdulillah, aku berjaya setakat ini. Namun, ungkapan 'BERJAYA' masih terlalu awal untuk dikeluarkan kerana aku masih berbakikan 4 semester panjang sebelum berkonvo. Dan aku percaya banyak halangan2 dan ujian2 yang sedia menantiku dihadapan. Ya Allah, engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengharungi cabaran dan ujian yang mendatang.


Pejam celik pejam celik sekarang hanya tinggal sebulan lagi sebelum aku menempuhi medan peperangan iaitu Kejohanan Pencak Silat Pendekar Seabad anjuran Universiti Malaya. Persiapanku sangatlah terumbang-ambing. Dalam keadaan diri ini tertekan melangsaikan segala tugasan2 akademikku yang banyak tertangguh gara2 kejohanan sebelum2 ini. Dengan keadaan jadual kelas yang agak 'pack'. Memang agak mencabar. Tambahan pula untuk kejohanan kali ini aku diberi mandat menyertainya untuk kategori Jurus Tunggal sahaja. Dan bagiku persiapan untuk kategori Tunggal sangat2 memerlukan persiapan yang rapi dari semua sudut. Kalau nak dibandingkan tahap persediaanku, untuk kategori Tunggal hendaklah 3 kali ganda tahap persediaanku untuk kategori Regu. Kerana permainan secara individu sangat mencabar. Bila mana setiap gerak-geri dan permainan kita di dalam arena pertandingan ditonton dari setiap sudut disekeliling kita melalui mata juri2 mahupun penonton2 sekeliling.

Dan pada masa yang sama juga aku harus mempersiapkan diri untuk misi utamaku tahun ini iaitu Sukan Universiti ASEAN. Dan untuk kejohanan ini aku memperagakan kategori Regu bersama2 teamate2ku. Persiapan untuk kategori berkumpulan sangat memerlukan komitmen oleh setiap individu dalam kumpulan. Lagi2 bila kategori Regu ini menitik-beratkan persamaan, keseragaman dan kemantapan gerak. Sangat memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk berlatih bersama. Tapi... sukar untuk aku ungkapkan di sini. Segala keinginan dan hasratku untuk cuba membentuk persembahan dan kaedah permainan yang terbaik untuk kejohanan ini terhalang gara2 komitmen yang ibarat 'pandang sebelah mata' oleh individu2 lain dalam kumpulan kami. Masing2 yang terikat dengan komitmen masing2. Dari sudut belajar, tanggungjawab dalam keluarga dan seumpamanya. Aku tak salahkan mereka. Cuma aku terasa kecewa dan ralat sangat sebab dahulunya kita berlatih bersungguh2 bersama2 mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit semata2 untuk mencapai tahap ini, tapi bila kini, hanya beberapa tapak lagi sebelum berjuang di peringkat tertinggi ini, masing2 gagal untuk memberikan komitmen seperti mana se semangat kita dahulu. Aku nak kita yang dahulu. Bukan yang kini. Aku nak semangat kita yang dahulu. Dan seringkali aku memujuk hatiku.."Bersabarlahh Nazrull...Masanya akan tibaa.." Dan aku sentiasa nantikan masa tersebut. Dan itulah antara faktor utama semangatku jatuh terjunam. Dan untuk mendakinya kembali, sangat memerlukan sokongan dan dorongan dari sahabat2 terutamanya my teammates.

Inilah antara gambar2 yang masih mampu menghidupkan semangatku walaupun ianya tak setinggi dahulu..




Sekadar luahan isi hati yang kian lama terpendam. Mungkin bukan wadah yang sesuai untuk dikongsikan di sini. Tapi aku rasa memang sesuai untuk dilakarkan dalam catatan hidupku sepanjang permusafiranku di alam sementara ini dan kerana itulah aku namakan laman ini Jejak Musafir. Wallahualam.

Comments