Visits Rector's Office of IIUM

Assalamualaikum.

Baru saja selesai menghadiri sesi latihan pencak silat UIAM. Kehadiran yang agak kurang memberangsangkan mungkin gara-gara minggu midterm exam. So, mungkin boleh consider sikit. Aku? Midterm aku sebelum cuti midbreak ni hanya dua paper jer. Subjek GEN4100 dan Structural Dynamics. Hmm. Agak mencabar. Moga aku dapat tempuhinya dengan baik. Insyallah. Amin.

Petang tadi berkesempatan menemani sahabatku menyelesaikan urusan berkaitan SRC di Office of the Rector. First time jejakkan kaki ke sana. So, ambil peluang snap beberapa gambar sebagai kenangan. Haha. Sebab aku ni rasanya memang tak berpeluang dah lepas ni nak merasa jejakkan kaki kat sini. Standard yang selalu ulang alik ke sini semuanya student yang ada post tinggi dalam kelab. Dan sahabatku ni merupakan setiausaha kehormat MPP UIAM. Agak besar jugak jawatan tu. Terasa bangga tu ade jugak lah. Siapa tak bangga sahabat sendiri pegang post besar dalam UIAM.






Tapi standard, kalau nak berurusan dengan Rector ni memang tak semudah itu nak bersua. Mesti ade orang tengah sama ada staff atau setiausahanya sendiri untuk settlekan. Untuk pengetahuan kepada yang tak tahu Rector tu ape, sebab rasenya post tu ade kat UIA je. Ke ade kat universiti lain jugak? Tu aku tak pasti. Rector ni merupakan post tertinggi dalam UIAM. Boleh kata ketua segala dekan. Setiap kulliyyah/fakulti ada dekannya masing-masing. Dan Rector ni ketua kepada semua dekan-dekan tu. Lebih kurang cam tu la. Ok paham? Done! Haha.

Wallahualam.

Comments