Posts

Showing posts from July, 2015

Gaji BANGLA RM5k Sebulan!

Image
Assalamualaikum. Weekend yang agak kosong. Kosong dengan aktiviti. Hanya duduk terperap dalam kamar rumahku. Bukan sebab diri tidak mahu meluangkan masa bersama sahabat handai tapi diri terasa ingin bersendirian. Sungguh banyak perkara berlaku dalam hidup ini dengan sekelip mata saja. Dan banyak juga perkara membuatkan otak ini selalu berfikir. Berfikir akan laluan yang terbaik yang wajarku pilih. Apepun, diri ini terpanggil selepas terlihat beberapa posting di dalam FB yang giat diviralkan sejak semalam. Pendapatan pekerja bangaladesh yang bekerja sebagai loader di KLIA 2. Yes! Warga BANGLADESH. Lepas beberapa minggu yang lalu giat di viralkan di media massa dengan hashtag #SayaZahra, isu seorang anak muda yang menyuarakan ketidak cukupan tangga gaji graduan zaman sekarang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dan sekarang kita lihat GAJI seorang pekerja 'kuli' jauh lebih dari apa yang pekerja bumiputera perolehi. Dan aku jamin, mesti ada yang menyuarakan sikap tak pua

KEBERSIHAN separuh dari IMAN

Image
Alhamdulillah. Setelah seharian berMC. Sudah terasa kembali nikmat sihat. Moga esok ianya semakin sembuh. Amin. Petang tadi kebetulan tak beraktiviti dan hanya terperap dalam bilik mengadap PC dan baring merehatkan diri. Akhirnya terpanggil jugak housemateku untuk mengemas rumah. Al-maklum sebelum ni ramai antara mereka yang 'menarik muka' denganku sebab pernah ditegurku bila kelihatan ruang tamu yang bersepah. Maka, bergotong-royonglah kami petang tadi mengemas rumah.   Kan kemas sikit nampak rumah. Baru tak malu orang nak datang beraya. Harap maintain la kemas nya sampai bila-bila. Kekadang aku tertanya menjadi kemestian ke hidup bujang ini dalam keadaan bilik atau rumah yang bersepah? Entah la. Tapi apa yang aku inginkan ialah suasana rumah atau bilik yang bersih, kemas dan molek dipandang orang. Kebersihan kan separuh dari iman. Maaf andai ada yang kurang senang dengan kehadiranku tapi suka untuk aku katakan aku suka berada di tempat yang bersih. Dan mungkin juga aku memang

Kembara Dubai 2014 | Part I

Image
[Post Tertunda : Kembara Dubai 2014] Alhamdulillah. Genap 10 bulan sudah aku meninggalkan bumi Dubai. Pengalaman pertama aku bermusafir bersama kakakku ke luar negara tanpa keluarga di sisi semasa pergi dan pulang. Pengembaraan yang telah lama dirancang oleh kami tiga beradik namun ada saja halangan bila nak dilaksanakan. Alhamdulillah, walaupun tanpa adikku, perancangan ini terlaksana jua. Maka, kembaralah kami dua beradik menaiki pesawat MAS ke sana pada tanggal 9th September 2014. Pengembaraan kami ke sana selama 3 minggu di bumi Dubai disambut oleh abangku yang telah bermastautin selama hampir 3 tahun di sana. Segala makan minum dan lawatan di sana semuanya disponsor oleh abangku, hanya duit tiket flight dan ole-ole saja yang kami guna duit sendiri. Syukur sangat dipermudahkan dalam urusan kewangan. Al-maklum, first time melawat tempat orang. Excitednya lain macam. Terasa setiap ketika dan waktu nak snap gambar menerusi handphone dan GoPro. Sangat merindui saat itu namun semakin la

1 Syawal 1436H / 17 Julai 2015

Image
[Post 1 Syawal 1436H] Alhamdulillah. Setiap tahun aku cuba untuk tak ketinggalan untuk mengupdate suasana dan aktiviti kami sekeluarga di pagi satu Syawal. Bukan untuk bermegah dengan keseronokan kami menyambut Syawal tapi untuk mendokumentasikan segala cerita-cerita indah dalam hidup ini dengan catitan dalam laman ini. Hanya sebagai ruangan untuk satu hari nanti menjadi tatapan masa depan yang mungkin pada ketika itu aku mungkin sudahpun berpunya atau berada jauh dengan keluarga. Alhamdulillah, untuk sambutan syawal kali ini kami 4 beradik berjaya berhimpun. Kami tiga beradik (Ainaa, Azam & Arif) bersama abang sulung kami, Nazrul Amir (Yop), Yong dan tiga orang anak buahku, Ikhlas, Ayyash dan Ikhlas. Seronok tengok bila mak ayah seronok bila anak-anak mereka berhimpun di malam raya. Tambahan pula bila cucu-cucu mereka yang hyper active pun turut bersama. Aktiviti malam raya seperti biasa bila ada kehadiran Ikhlas dan Ayyash iaitu main bunga api. Seronok sebenarnya tengok budak-bud

Redha dengan ketentuan-NYA

Image
Assalamualaikum. Setiap hari aku seringkali terfikir apa yang sebenarnya yang aku inginkan kat dunia ini. Melihat orang berjaya kita pun nak berjaya. Melihat orang hidup kaya, kita pun nak merasa hidup kaya. Melihat orang jadi engineer berjaya, kita pun nak merasa jadi engineer berjaya. Melihat walimah orang grand, kita pun teringin nak adakan walimah grand jugak. Tapi hakikatnya semuanya itu hanya keinginan diri. Kehendak. Bukan benda yang perlu dan bukan beri kesan pada hidup mendatang pun. Hanya kenangan yang terlakar indah hanya pada ketika itu. Aku bermuhasabah. Aku mungkin lain dari adik beradikku yang lain. Aku seringkali mempunyai idea dan keinginan yang bercanggah dari ibubapaku dan mungkin sebilangan adik-beradikku. Aku pun tak tahu kenapa. Benarlah orang kata, kekadang orang yang sudah lalui pengalaman itu lebih mengetahui kesan dan akibatnya dari yang baru bertatih nak melaluinya. Tapi aku tahu, aku tetap berdegil. Aku tetap inginkan apa yang aku inginkan. Tapi aku juga tah

Selamat Tinggal RAMADHAN, Selamat Datang SYAWAL!

Image
Allahu Akbar x3 walilla hilham.. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Selesai sudah sebulan aku menunaikan rukun islam ke-3 yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Dua tahun lepas berpuasa ketika berpraktikal di ITSB, Bukit Beruntung, tahun lepas berpuasa ketika bertraining program AICE di Cyberaya dan kali ni alhamdulillah berpuasa ketika aku sudahpun bermajikan. Tiga tahun berpuasa di suasana dan keadaan yang agak berbeza. Alhamdulillah dapat juga tempuhi dengan baik. First time experience berpuasa semasa bekerja ni, so suka untuk aku kongsikan rutin aku seharian tika bekerja. Agak membosankan tapi sekurang-kurangnya masa untuk aku cari rezeki ada dan masa untuk ingat Allah pun ada. 0400H - Bangun qiamulail 0500H - Sahur 0600H - Solat Subuh 0700H - Bersiap-siap untuk ke tempat kerja 0800H - Office hour bermula 1015H - Rehat sesi pertama - solat Dhuha (15 min) 1215H - Rehat sesi kedua - Qailullah (50 min) 1515H - Rehat sesi ketiga - ke cafe untuk ambil botol air soft drink free! 1740H - End

Zahra viral di MEDIA SOSIAL

Image
Salam 29 Ramadhan 1436H. Hari terakhir puasa woi! Ramadhan dah nak berlalu pergi. Warghhh. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Ok. Banyak sebenarnya aku nak ceritakan dalam blog ni tapi entah kenapa sejak dua menjak ni susah sangat nak describe the story in lines. Punca jarangnya aku menulis mungkin disebabkan kurangnya membaca. Sejak bergelar pekerja makan gaji ni memang rasa dah lama sangat tak membaca. Masa student dulu selalu je baca buku novel pengembaraan, blogwalking, baca newspaper dll. Tapi bila dah bekerja ni seolah busy die lain macam sikit. Seawal jam 715pg dah kene bergerak ke tempat kerja. Jam 8pg dah kene start dah kerja. Bukan ade masa nak baca surat khabar. Nak baca news online memang harapan la sebab line internet kat PC pun kena sekat. Hanya PC bos saja diberi kebebasan untuk melayari internet. Terasa jauh dari dunia kejap bila dah semakin tak tahu pasal isu semasa sekeliling. Nasib baik ada FB, Twitter dan Instagram. At least ade jugak updated issue dibincangkan meneru

Kembara 'Makan Gaji' Bermula

Image
Assalamualaikum. Lama sungguh rasa tak menaip dalam ruangan ini. Dahulu, ruangan ini selalu menjadi tempat luahan isi hatiku, perasaan gembira bila dikurniakan nikmat dan kamus perjalanan hidupku yang penuh dengan liku dan ujian ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup hingga kini. Bulan ni masuk 10 bulan aku sudah bekerja. Namun amat dan tersangat jarang aku kongsikan perihal kerjaku di media sosial. Kerjaku mungkin tak sehebat sahabat-sahabat yang berkerja dalam industri O&G yang majoritinya bergaji atas RM3k, juga tak sehebat sahabat-sahabat yang bekerja bermajikankan syarikat yang besar dan ternama seperti GAMUDA, MALAKOFF, SAMSUNG, HONDA Malaysia, etc. Pendapatan bulananku pun sekadar cukup makan sebulan, belanja sikit, agihkan untuk mak ayah sikit, dan buat simpanan sikit. Apepun, alhamdulillah, sekurang-kurangnya Allah SWT sudah permudahkan sikit hidupku supaya tak merasa menganggur. Perjalanan dari selepas aku secara rasminya bergraduasi hingga kini semuanya t