Kembara 'Makan Gaji' Bermula

Assalamualaikum.

Lama sungguh rasa tak menaip dalam ruangan ini. Dahulu, ruangan ini selalu menjadi tempat luahan isi hatiku, perasaan gembira bila dikurniakan nikmat dan kamus perjalanan hidupku yang penuh dengan liku dan ujian ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup hingga kini.

Bulan ni masuk 10 bulan aku sudah bekerja. Namun amat dan tersangat jarang aku kongsikan perihal kerjaku di media sosial. Kerjaku mungkin tak sehebat sahabat-sahabat yang berkerja dalam industri O&G yang majoritinya bergaji atas RM3k, juga tak sehebat sahabat-sahabat yang bekerja bermajikankan syarikat yang besar dan ternama seperti GAMUDA, MALAKOFF, SAMSUNG, HONDA Malaysia, etc. Pendapatan bulananku pun sekadar cukup makan sebulan, belanja sikit, agihkan untuk mak ayah sikit, dan buat simpanan sikit. Apepun, alhamdulillah, sekurang-kurangnya Allah SWT sudah permudahkan sikit hidupku supaya tak merasa menganggur. Perjalanan dari selepas aku secara rasminya bergraduasi hingga kini semuanya tersusun rapi. Dari selepas habis belajar mendapat panggilan untuk hadiri program latihan persijilan bidang Otomotif, di tawarkan bermacam jenis interview, dan ditawarkan untuk bekerja di salah sebuah  syarikat terbesar pembekal barangan otomotif di Malaysia. Sempat juga aku meluangkan 3 minggu sebelum bermulanya hidup bekerjaya dengan melawat abangku di Dubai tempoh hari. Alhamdulillah. Syukur. 


Mungkin sedikit suka untuk aku kongsikan latar belakang bidang kerja dan syarikat yang sedang aku bekerja makan gaji. Nama syarikatku APM Automotive Holdings Berhad. Dan dibawah APM Group company ini terdiri dari lebih dari 10 anak syarikat yang berlainan latar belakang produk parts kereta yang dihasilkan. Dan syarikat aku adalah salah satu anak syarikatnya iaitu APM Shock Absorbers Sdn Bhd. Syarikat  yang menbuat parts shock absorber dan gas spring. Dan syarikatku ini merupakan antara syarikat yang menonjol dari segi sistem produksinya berbanding anak-anak syarikat yang lain. Dan skop tugasku pula? Boleh refer akaun LinkedIn aku > Nazrul Azam bin Aliasaa. 



InsyaAllah setakat ini saja dulu untuk penulisan kali ini. Bersempena berada di malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini, ayuh hidupkan setiap malam tak kira yang genap mahupun yang ganjil, pastikan setiapnya diisi dengan munajat kita kepada Allah SWT dan ingatan kita kepada Rasulullah SAW. Malam ini kebetulan malam yang ke-27 Ramadhan. Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. Pertemukanlah aku dengan Lailatul Qadr ya Allah! Sungguh aku harapkan bantuan dari Mu. Amin.

Wallahualam.

Comments