Wednesday, 22 July 2015

KEBERSIHAN separuh dari IMAN

Alhamdulillah. Setelah seharian berMC. Sudah terasa kembali nikmat sihat. Moga esok ianya semakin sembuh. Amin.

Petang tadi kebetulan tak beraktiviti dan hanya terperap dalam bilik mengadap PC dan baring merehatkan diri. Akhirnya terpanggil jugak housemateku untuk mengemas rumah. Al-maklum sebelum ni ramai antara mereka yang 'menarik muka' denganku sebab pernah ditegurku bila kelihatan ruang tamu yang bersepah. Maka, bergotong-royonglah kami petang tadi mengemas rumah.


 


Kan kemas sikit nampak rumah. Baru tak malu orang nak datang beraya. Harap maintain la kemas nya sampai bila-bila. Kekadang aku tertanya menjadi kemestian ke hidup bujang ini dalam keadaan bilik atau rumah yang bersepah? Entah la. Tapi apa yang aku inginkan ialah suasana rumah atau bilik yang bersih, kemas dan molek dipandang orang. Kebersihan kan separuh dari iman. Maaf andai ada yang kurang senang dengan kehadiranku tapi suka untuk aku katakan aku suka berada di tempat yang bersih. Dan mungkin juga aku memang dididik untuk sentiasa menjaga kebersihan. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...