Selamat Tinggal RAMADHAN, Selamat Datang SYAWAL!

Allahu Akbar x3 walilla hilham..

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Selesai sudah sebulan aku menunaikan rukun islam ke-3 yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Dua tahun lepas berpuasa ketika berpraktikal di ITSB, Bukit Beruntung, tahun lepas berpuasa ketika bertraining program AICE di Cyberaya dan kali ni alhamdulillah berpuasa ketika aku sudahpun bermajikan. Tiga tahun berpuasa di suasana dan keadaan yang agak berbeza. Alhamdulillah dapat juga tempuhi dengan baik.

First time experience berpuasa semasa bekerja ni, so suka untuk aku kongsikan rutin aku seharian tika bekerja. Agak membosankan tapi sekurang-kurangnya masa untuk aku cari rezeki ada dan masa untuk ingat Allah pun ada.

0400H - Bangun qiamulail
0500H - Sahur
0600H - Solat Subuh
0700H - Bersiap-siap untuk ke tempat kerja
0800H - Office hour bermula
1015H - Rehat sesi pertama - solat Dhuha (15 min)
1215H - Rehat sesi kedua - Qailullah (50 min)
1515H - Rehat sesi ketiga - ke cafe untuk ambil botol air soft drink free!
1740H - End of office hour - go back home
1830H - sampai rumah siap-siap untuk berbuka di surau
1900H - bergerak ke surau untuk berbuka puasa + solat maghrib + isyak + tarawih
2030H - minum malam
2100H - sampai rumah, berehat dan tidur

Begitulah rutin aku seharian bekerja dalam minggu puasa. Disebabkan tentatif yang sudah tersusun rapi, cepat saja rasa seminggu tu berlalu. Dan dari segi penjimatan tu memang ada. Dengan hanya berbekalkan roti dua keping disapu peanut butter + kurma 3 biji untuk setiap kali sahur. Dan berbuka pula hanya di surau. Kat situ dah jimat sangat cuma mungkin boleh jimat lebih lagi kalau tak minum malam kat kedai. Hehe.

Dari segi taklifat pulak untuk Ramadhan kali ni, alhamdulillah setiap hari ku basahi bibirku dengan kalimah-kalimah Allah. Namun agak terkilan sebab Quran tak berjaya ku khatam untuk Ramadhan kali ni. Huhu. Apepun kehadiran ke majlis ilmu tak putus untuk ku hadiri sepanjang Ramadhan kali ni. Alhamdulillah.

Ya Allah, rasa sedih sangat Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita. Entah sempat ke tak kita jumpa tahun depan. Ya Allah, panjangkan lah umurku untuk bertemu Ramadhan tahun depan. Sungguh aku rindui suasana di bulan Ramadhan. Masjid yang sentiasa penuh di malam hari. Kuliah dan ceramah yang tak henti setiap malam dan hujung minggu. Siang hari yang sangat sunyi dan tenang. Sepertiga malam hari yang sentiasa hidup untuk bermunajat pada Mu ya Allah. Rindunya. Moga kita berjumpa lagi Ramadhan.

Dan 1 Syawal 1436H jatuh pada 17 Julai 2015. Hari kemenangan bagi semua umat Islam seluruh dunia. Menang melawan hawa nafsu yakni musuh nombor satu umat Islam.  Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

buat semua yang mengenali diri ini. Aku manusia biasa seorang insan yang lemah dan hina. Pasti dan aku jamin aku pasti ada buat salah silap. Dan di sini ingin ku menyusun 10 jari memohon kemaafan. Sungguh aku tak terniat nak lakukannya. Mungkin juga itu kelemahan diriku yang cuba untuk aku perbaiki. Moga ukhuwah persahabatan kita akan kekal hingga ke syurga. Amin.

Comments