Gaji BANGLA RM5k Sebulan!

Assalamualaikum.

Weekend yang agak kosong. Kosong dengan aktiviti. Hanya duduk terperap dalam kamar rumahku. Bukan sebab diri tidak mahu meluangkan masa bersama sahabat handai tapi diri terasa ingin bersendirian. Sungguh banyak perkara berlaku dalam hidup ini dengan sekelip mata saja. Dan banyak juga perkara membuatkan otak ini selalu berfikir. Berfikir akan laluan yang terbaik yang wajarku pilih. Apepun, diri ini terpanggil selepas terlihat beberapa posting di dalam FB yang giat diviralkan sejak semalam.


Pendapatan pekerja bangaladesh yang bekerja sebagai loader di KLIA 2. Yes! Warga BANGLADESH. Lepas beberapa minggu yang lalu giat di viralkan di media massa dengan hashtag #SayaZahra, isu seorang anak muda yang menyuarakan ketidak cukupan tangga gaji graduan zaman sekarang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dan sekarang kita lihat GAJI seorang pekerja 'kuli' jauh lebih dari apa yang pekerja bumiputera perolehi. Dan aku jamin, mesti ada yang menyuarakan sikap tak puas hati atas jumlah gaji yang diberikan kepada pekerja bangla ni kan?

Yang pertamanya, mengikut sumber yang boleh dipercayai, GAJI PELARASAN yang dinyatakan itu adalah gaji pada bulan sebelum-sebelum ini yang dibawa ke bulan seterusnya atau kata lainnya gaji tertunggak. Dan bila diperhatikan penyumbang terbesar struktur pendapatan pekerja bangla ini adalah OVERTIME (OT) beliau iaitu mencecah RM1734.00! Nilai elaun OT saja dah cecah gaji freshgraduate untuk level diploma. Pergh!

Ada sesetengah pihak mungkin 'bising' kenapa gaji OTnya boleh cecah sampai begitu sekali. Suka untuk aku nyatakan di sini, mereka menetap di negara ini HANYA untuk bekerja. Mostly mereka takde keluarga kat sini macam kita. Mereka takdenya nak enjoy ke sana sini macam kita kerana memang ada antara mereka yang bermati-matian mencari sumber rezeki di negara ini hanya untuk menyara keluarga mereka di sana. Thats why kekadang level OT mereka selalunya boleh cecah maksimum. Tak macam kita. Dan sepatutnya kita pun tak perlu sampai tahap maksimum. Sebab kita kena consider macam-macam. Kita ade keluarga kat sini. Kita ada life kat sini. Takkan semata-mata nak laburkan sepenuh masa untuk bekerja saja. Kita bekerja untuk hidup. BUKAN hidup untuk bekerja.

Pengalaman aku sendiri bekerja sebagai QA Engineer sebelum bertukar profesion ke RnD Engineer. Aku ada 3 orang staff bawah aku. Dua orang bumiputera dan seorang warga Indonesia. Dan aku sangat respek dengan sorang ni. Untuk pekerja level bawah, gaji mereka akan dikeluarkan dua kali sebulan. Sekali masa pertengahan bulan dan balance akan dikeluarkan pada akhir bulan. Dan staff Indonesia aku seorang ni setiap kali hari keluarnya gaji, dia akan terus ke bank untuk masukkan duit untuk keluarganya yang berada di Indonesia. Duit yang dia dapat, saluran keluar pertamanya adalah untuk keluarganya sendiri. Sungguh aku kagum dengan beliau. Walau gajinya tak setinggi mana, dengan hanya berbekalkan 'OT'nya yang hampir mencecah maksimum setiap bulan tapi gaji yang tak mencecah ribu-riban pun tapi memang niat beliau bekerja di sini untuk tampung keluarga beliau di sana.

Di situlah pengorbanan beliau. Juga mungkin pengorbanan mostly pekerja-pekerja asing di negara kita ni. Kita lihat mereka mungkin ada yang melabelkan sebagai kuli, buruh kasar atau sebagainya, tapi hakikat sebenarnya niat murni mereka ingin mencari sumber rezeki yang halal untuk menampung keluarga mereka yang hidup susah di sana. MasyaAllah.

Pengajaran kat sini, kita yang hidup bekerja gaji tak cecah RM3k pun dah sibuk nak beli kereta, nak memiliki barang-barang branded, nak 'berlakon' hidup mewah, tapi hakikatnya tak sampai separuh bulan, dah tinggal 3 angka je dalam bank. Peringatan untuk diri juga. Moga kita sama-sama bermuhasabah. Kalau yang bergaji tu boleh la asingkan sikit gaji tu beberapa percent untuk kegunaan masa depan especially untuk attend seminar atau kursus bagi menambahkan lagi ilmu di dada berkaitan teknikal skill, pengurusan kewangan, pelaburan masa depan, dll. Wallahualam.

Comments