Posts

Showing posts from August, 2016

Travel Planning 2016 Updated!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Sekian lama nak mencari mood menulis akhirnya ada timbul sikit malam ini. Dah terasa selalu sangat mengupdate berkaitan Sukan Olimpik Rio 2016, so malam ini terasa nak berceloteh sikit untuk mengupdate diri yang tak berapa nak sedar penuh dengan komitmen bila menghampiri hujung tahun ini. Suka untuk aku kongsikan travel planning aku sepanjang tahun ini. Baru saja update. Maaf sebab destinasi dan aktivitinya disulitkan atas faktor tertentu. Sebenarnya nak kata busy tu takdelah busy sangat. Cuma seperti tarikh-tarikh yang tertera di atas memang telahpun dibook untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu ikutkan masih free. Cuma ada terkadang adhock program yang timbul menyebabkan jadualku semakin padat. Tambahan pula sekarang sudah mula terikat dengan komitmen silat. Yes. Dulu pernah berhajat untuk 'cuci tangan' dari dunia silat. Mungkin ada juga dalam kalangan sahabatku yang binggung dan pelik bila melihat aku kembali aktif dala

Ganjaran Pencen Seumur Hidup Dipertikai Umum

Image
Assalamualaikum w.b.t. Rasa terpanggil pula nak mengomen sikit isu yang sekarang sedang hangat diperkatakan orang ramai di media sosial. Isunya ialah laporan polis yang dibuat oleh seorang pesara tentera yang menyuarakan ketidak puas hatian atlit pingat perak olimpik dalam sukan renang, Pandalela dan Jun Hoong Yang menerima pencen bulanan RM3000 seumur hidup daripada kerajaan. Katanya pemberian tersebut tidak wajar kerana ramai lagi pejuang negara dan bekas kakitangan ATM dan polis yang banyak berjasa yang lebih layak untuk diberi insentif sebegitu rupa. Screen shot laporan polis tersebut adalah seperti di bawah. Baru terasa nak komen tadi, dan tetibe terserempak dengan komen orang lain terhadap isu tersebut. Bila baca balik, nampaknya point beliau boleh kata majoriti sangat sama dengan apa yang aku ingin katakan. So rasanya tak perlu nak menaip pepanjang. Boleh rujuk terus screenshot di bawah. Dan aku sangat setuju dengan beliau! Pendek cerita, kita ini selagi tak pernah

Majlis Aqiqah Faateh Muayyad

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Semalam (14 Ogos 2016) selesai memenuhi undangan majlis aqiqah anak buahku yang ke lima, Faateh Muayyad bin Nazrul Arif bertempat di UNITEN, Bangi. Majlis bermula sekitar jam 1130 pagi dimulakan dengan solat hajat berjemaah memohon agar : 1) Jiran sebelah rumah yang sedang mengalami kanser. Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan buat seisi keluarga, dipermudahkan segala urusan dan mengurniakan kesembuhan terhadap penyakit yang beliau alami. 2) Allah rahmati dan berkati pengurniaan cahaya mata adikku, Faateh Muayyad. Semoga beliau membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh. InsyaAllah. Amin. 3) Allah rahmati dan berkati ikatan ijab qabul yang baru saja termeterai secara sah pada beberapa minggu yang lepas untuk si abangnya, Anas AN-Naadhir dengan pasangan pilihan hatinya. Moga ikatan kekal bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah. Amin. Selesai saja solat hajat berjemaah, semua undangan terus dijemput untuk menjamah jamuan yang telah te

Permulaan KARIER, apa yang sebagusnya?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Tengah ligat menyibukkan diri men'skrol' down news feed di FB, terserempak dengan satu post dari akaun IIUM Confession BM yang bertajuk "Gaji Rendah". Sekadar info, IIUM Confession merupakan satu akaun yang dibuat sebagai platform kepada sesiapa saja yang berhasrat untuk meluahkan sesuatu secara viral tanpa diketahui empunya luahan tersebut. Dan pada mulanya ingatkan hanya pelajar atau lepasan UIA saja yang terlibat, rupanya sekarang sudah terbuka untuk semua even takde kena mengena dengan UIA pun boleh turut serta untuk berkongsi luahan menerusi platform ini. Berbalik kepada topik yang nak dikongsikan berkaitan gaji yang rendah. Sebenarnya tajuk luahan kali sedikit sebanyak telah menarik perhatian aku disebabkan ia melibatkan karier dan pekerjaan yang pernah menjadi satu fasa yang pernah aku lalui hampir dua tahun yang lalu. Sebelum itu, jom kita sesama ikuti luahan yang dibuat oleh saudari 'Hawa' di bawah. ********** Boleh kli

Majlis Perlimau, Ujian Kenaikan Bengkong dan Perasmian SRISUPER 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Rasa bebanan dan tanggungjawab tu dah reda sikit setelah selesainya misi Tekad Juara di Sarawak tempoh hari. Namun, misi seterusnya menanti untuk minggu seterusnya. Majlis Perlimau Tapak, Ujian Kenaikan Bengkong, Majlis Penyampaian Bengkong dan Perasmian Kelab SRISUPER. 6th Ogos 2016. Sebelum itu sedikit pengenalan mengenai Kelab SRISUPER. Kelab SRISUPER adalah merupakan satu pakatan atau gabungan gelanggang silat PSSGM untuk tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Sri Gombak, SMK Sungai Pusu dan SMK Tun Perak. Kesemua gelanggang PSSGM sekolah tersebut kini dipimpin oleh barisan gurulatih di bawah seliaan Cikgu Fairuz dan bernaungkan di bawah Cikgu Halim. Antara barisan gurulatih yang menerajui Kelab SRISUPER ini ialah : 1. Cikgu Fairuz (Pengetua SRISUPER | SMK Sri Gombak) 2. Cikgu Ihsan (NYDP SRISUPER | SMK Tun Perak) 3. Cikgu Yasir (SMK Sri Gombak) 4. Cikgu Faiz (SMK Tun Perak) 5. Cikgu Nazrul (SMK Tun Perak) 6. Cikgu Zulqarnain (SMK Sri Go

Silat Seni Selangor di SUKMA Sarawak 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hajat nak menulis berkaitan permusafiranku ke bumi kenyalang tempoh hari terbantut dek kerana terlalu panjang nak diceritakan dan mungkin memakan masa yang agak lama untuk menyunting supaya penulisannya nampak kemas dan mudah difahami. Lantas aku hanya ingin mencoretkan serba serbi tentang port folio ku semasa berada di sana. Port folioku selaku Pembantu Jurulatih Silat Seni. Tak lain tak bukan memastikan atlit-atlit silat seni bersedia sepenuhnya dan dapat mempersembahkan yang terbaik pada malam saat mereka berjuang. Untuk pertandingan silat seni SUKMA kali ini dijalankan berdasarkan sistem pool yang mana penyertaan kesemua negeri untuk sesuatu kategori itu dibahagikan kepada pool A dan pool B. Dan pemenang markah tiga pasukan yang tertinggi untuk setiap pool akan meneruskan misi ke pusingan akhir untuk merebut kilauan emas, perak dan gangsa. Untuk pusingan pool satu kategori dari team silat seni Selangor telah kecundang dan gagal meneruskan misi iaitu kateg