Permulaan KARIER, apa yang sebagusnya?
Assalamualaikum w.b.t.
Tengah ligat menyibukkan diri men'skrol' down news feed di FB, terserempak dengan satu post dari akaun IIUM Confession BM yang bertajuk "Gaji Rendah". Sekadar info, IIUM Confession merupakan satu akaun yang dibuat sebagai platform kepada sesiapa saja yang berhasrat untuk meluahkan sesuatu secara viral tanpa diketahui empunya luahan tersebut. Dan pada mulanya ingatkan hanya pelajar atau lepasan UIA saja yang terlibat, rupanya sekarang sudah terbuka untuk semua even takde kena mengena dengan UIA pun boleh turut serta untuk berkongsi luahan menerusi platform ini.
Berbalik kepada topik yang nak dikongsikan berkaitan gaji yang rendah. Sebenarnya tajuk luahan kali sedikit sebanyak telah menarik perhatian aku disebabkan ia melibatkan karier dan pekerjaan yang pernah menjadi satu fasa yang pernah aku lalui hampir dua tahun yang lalu. Sebelum itu, jom kita sesama ikuti luahan yang dibuat oleh saudari 'Hawa' di bawah.
Assalamualaikum.
Aku fresh graduate and baru sahaja mendapat kerja. Tapi gaji aku tak seperti apa yang aku harapkan which is below than 2K. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat memandangkan aku still takde komitmen apa2 lagi and bila kenangkan kawan2 yang masih belum dapat kerja, aku bertambah la bersyukur kerana habis je belajar terus diterima bekerja.
Namun apa yang aku kesalkan adalah pandangan orang luar dan pandangan dari rakan2 aku sendiri. Mula2 wujud syukur tu pada diri aku dan kawan2 selalu sangat tanya gaji berapa dan bekerja di mana. On their mind, just it is good if you are working at reputable company and get high salary. If kau kerja company biasa2 and setakat gaji bawah 2K untuk degree holder tu ypu just nothing. Ini yang paling aku kesalkan sekarang. Tak boleh ke kawan2 yang bertanya tu sekadar memberikan kata2 semangat instead of merendahkan diri orang lain and hina gaji dan tempat kerja orang lain? Kononnya degree holder so wajib gaji atas 2k and kadang2 diorang pulak yang risau “eh kenapa gaji rendah sangat? Nanti susah nak buat loan kereta”.
Kadang2 situasi macam ni la yang membuatkan aku rasa macam aku nak carik kerja lain. Orang pandang rendah pada gaji dan tempat kerja aku. Orang gelakkan bila degree holder just gaji below than 2K. Tapi bila aku fikir balik, kenapa aku nak rasa down? At least aku dah bekerja, aku dah berkhidmat and dah boleh pegang duit sendiri. Daripada diorang yang bercakap tu, tapi ibarat tin kosong. Masih menganggur.
I just need some opinions from you guys. Advice for myself and also for others yang selalu sangat rendahkan orang lain ni. Please.
– Hawa
Yang pertamanya, kita tak perlu kisah pun apa orang nak kata dengan karier yang kita pilih. Sebab itu pilihan kita dan ada sebab Allah gerakkan hati kita untuk pilih kerja tu. Yang keduanya, kenapa perlu untuk melihat sudut negatif yang diperkatakan oleh mereka kalau kita tahu mereka pun menganggur? Antara bekerja dan menganggur, kita pun tahu mana lagi better kan. Yang ketiga tak salah kita nak tanamkan hasrat untuk bertukar pekerjaan. Tukar pekerjaan bukan suatu benda yang negatif atau memburukkan reputasi resume kita. Cuma kita kena faham kalau bertukar pekerjaan dalam satu jangka masa yang pendek sebagai contoh selang setahun bertukar kerja, interviewer mungkin boleh pertikaikan sebab tak guna meraka nak hire pekerja yang suka melompat syarikat dan mereka juga boleh membuat jangkaan awal pertukaran kerja kita mungkin disebabkan masalah sikap atau cara kerja kita. Syarikat mengambil kita bekerja sebenarnya adalah satu pelaburan yang besar buat syarikat itu. Dan dengan harapan jika syarikat itu melabur untuk mengambil kita bekerja, kita juga mampu melaburkan masa dan passion kita ke arah peningkatan pendapatan tahunan syarikat tersebut. So, kalau kita dah bekerja 3 ke 5 tahun dalam sesuatu syarikat, banyak pengalaman yang sudah diperolehi dan banyak perkara yang kita sudah sumbangkan kepada syarikat tersebut, takde masalah untuk kita bertukar angin berhijrah ke syarikat yang lagi better dan mencabar. Itu juga dapat meningkatkan lagi kita punya produktiviti. Kalau kerja di syarikat yang sama, portfolio yang sama dan kerja yang sama untuk bertahun lamanya, confirm bosan dan kualiti kerja akan semakin menurun disebabkan kita buat benda yang sama bertahun-tahun. Dan pastikan juga setiap pertukaran kerja kita mampu meningkatkan lagi tahap kecekapan dan kualiti kerja kita. Kalau masih di level yang sama tak guna juga.
Dan bercakap mengenai gaji, based on my experience after going through some short research on level of salary for fresh graduate when seeking for my first job dulu memang berbeza. Tangga gaji untuk fresh graduate degree holder adalah berbeza mengikut jenis industri, saiz company dan negeri tempat kerja kita tu. Sebagai contoh kalau kita nak bezakan gaji fresh graduate engineer untuk industri otomotif dan oil and gas, confirm gaji OnG jauh lebih tinggi. Kalau kita nak bezakan gaji fresh graduate engineer di KL dan Melaka, confirm di KL lebih tinggi berbanding di Melaka disebabkan kos sara hidup yang tinggi di KL. Dan juga ikut saiz company kerana selalunya company yang sudah well establish dan besar sudah pun meletakkan range tangga gaji untuk spesific position. Itu semua hanya untuk fresh graduate saja, belum consider mereka yang sudah ade pengalaman bekerja setahun dua dan tahap kepakaran yang mereka miliki.
Dan zaman sekarang ini pula ada bermacam ragam student-student lepasan degree ni. Ada yang mencari kerja disebabkan tak mahu menyusahkan mak bapak. Ada yang mencari kerja disebabkan hendak mendalami ilmu yang dipelajari semasa degree dulu secara praktikal dan berhasrat untuk menyambung ke peringkat lebih tinggi. Ada pula mereka yang sibuk mencari kerja yang mereka minat saja even kalau kerja tersebut menjanjikan gaji yang lebih rendah dari yang sepatutnya. So di sini sebenarnya kita kena kenal diri kita ni jenis orang yang macam mana. Kalau kita ni jenis orang yang memang suka buat benda yang kita suka saja, so search for a job yang kita minat nak buat. Jangan kerja disebabkan ikut kawan atau kena paksa dengan parent atau sesiapa. Dijamin kerja tu takkan lama dan takkan enjoy. Kita nak bekerja bertahun-tahun, bukan sehari dua. Dan once kita dapat kerja yang bertepatan dengan nature kita, so stick to it. Tak payah hiraukan kawan-kawan yang selalu berkata buruk. Apa yang perlu kita buat, buktikan kepada mereka even kalau gaji rendah pun still dapat enjoy the working life, dapat berbakti kepada mak ayah, dapat sedekah kepada yang memerlukan, dan yang paling penting dapat rezeki yang halal.
Pengalaman aku sendiri masa mula-mula sibuk mencari kerja hampir dua tahun yang lepas, sebenarnya aku mencari kerja memang ada spesifik target aku. Aku meletakkan syarat industri yang aku pilih mestilah automotif/mekanikal/oil and gas, gaji mesti above level tertentu dan hanya weekdays saja kerja. Dan hampir 20 company yang aku dapat panggilan interview dan aku pergi. Dan ketiga-tiga point ini jugak aku titik beratkan dan suarakan untuk setiap company tersebut. Dan dalam hampir 20 company tersebut memang ada juga yang offer gaji serendah RM1.8k sahaja, ada pula yang offer kerja hanya sebagai supervisor (level below engineer), semestinya ada yang awal-awal beritahu wajib untuk bekerja pada hari sabtu ahad dan macam-macam lagi. Dan disebabkan pendirian aku still tetap, aku tetap menyuarakan ia sehingga satu hari alhamdulillah Allah tempatkan aku di mana aku berada sekarang. Apa yang aku cuba katakan ialah kalau kita ada matlamat/target dan kita letakkan usaha kita untuk ke arah itu disamping kita tak berhenti berdoa, insyaAllah sampai masanya Allah akan letakkan kita di tempat yang sepatutnya kita berada. Bukan nak riak dengan nikmat yang Allah berikan, cuma sekadar kongsikan apa yang telah aku alami untuk mereka yang baru mula bertatih dalam dunia permulaan karier ni. Dan dalam aku menghadiri hampir 20 inteview tersebut, banyak juga aku belajar berkaitan teknik menjawab interview, teknik memperkemaskan resume atau CV supaya mudah dibaca oleh interviewer dan macam-macam lagi.
So, pesanan buat mereka yang baru nak mula berkarier, love what you do, love your job, NOT your company!
Kepada mereka yang suka mengkritik dan merendahkan rakan-rakan yang bergaji rendah, pertamanya cermin diri sendiri dulu. Dah cukup tinggi ke gaji kamu tu? Kalau dah cukup tinggi, sejauh mana jaminan kamu akan bergaji seperti itu kalau nikmat sekecil itu pun kamu dah riak dan memperkecilkan sahabat atau rakan kamu tu. Fikir-fikirkan! Kekadang mereka yang bergaji rendah, hidupnya jauh lebih bahagia dari mereka yang bergaji tinggi. Semakin besar periuk, semakin banyak keraknya. Renung-renungkan. Kepada yang dikritik, Allah sedang uji kalian. Hadaplah ujian tersebut dengan tabah. Kerana Allah menjanjikan setiap ujian itu ada kemudahan. Setiap ujian itu Allah akan kurniakan nikmat setimpal dengan apa yang hamba-NYA tabah tempuhi. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan hidup HAWA dalam dunia kerjayanya. Semoga Allah rahmati dan berkati setiap sumber rezeki yang kita perolehi. Amin.
Wallahualam.

**********

Comments
Post a Comment