Friday, 12 August 2016

Majlis Perlimau, Ujian Kenaikan Bengkong dan Perasmian SRISUPER 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Rasa bebanan dan tanggungjawab tu dah reda sikit setelah selesainya misi Tekad Juara di Sarawak tempoh hari. Namun, misi seterusnya menanti untuk minggu seterusnya. Majlis Perlimau Tapak, Ujian Kenaikan Bengkong, Majlis Penyampaian Bengkong dan Perasmian Kelab SRISUPER. 6th Ogos 2016. Sebelum itu sedikit pengenalan mengenai Kelab SRISUPER. Kelab SRISUPER adalah merupakan satu pakatan atau gabungan gelanggang silat PSSGM untuk tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Sri Gombak, SMK Sungai Pusu dan SMK Tun Perak. Kesemua gelanggang PSSGM sekolah tersebut kini dipimpin oleh barisan gurulatih di bawah seliaan Cikgu Fairuz dan bernaungkan di bawah Cikgu Halim. Antara barisan gurulatih yang menerajui Kelab SRISUPER ini ialah :

1. Cikgu Fairuz (Pengetua SRISUPER | SMK Sri Gombak)
2. Cikgu Ihsan (NYDP SRISUPER | SMK Tun Perak)
3. Cikgu Yasir (SMK Sri Gombak)
4. Cikgu Faiz (SMK Tun Perak)
5. Cikgu Nazrul (SMK Tun Perak)
6. Cikgu Zulqarnain (SMK Sri Gombak)
7. Cikgu Faris (SMK Sungai Pusu)
8. Cikgu Shahmi (SMK Sungai Pusu)
9. Barisan pembantu gurulatih yang lain

Seperti yang dinyatakan di atas, pada 6th Ogos yang lalu telah dijalankan program pertama anjuran Kelab SRISUPER yang menggabungkan tiga aktiviti rasmi gelanggang dan diselitkan bersama perasmian kelab. Berikut adalah sedikit selingan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.

Pagi : Majlis Perlimau Tapak & Latihan Ulang Kaji

7 jenis bunga tersedia untuk majlis perlimau seni khusus buat kaum hawa untuk diterima secara rasmi sebagai 'Anak Gayong'

Cikgu Rais selaku Wakil Perlimau sedang memotong limau yang dipilih sendiri oleh pesilat

Dijamukan sedikit 'Jamuan' iaitu bertih jagung, asam jawa dicicah garam, pisang dan air hasil bacaan ayat quran sebagai salah satu syarat majlis perlimau

mereka yang terlibat dalam menjayakan aktiviti pertama kami Majlis Perlimau Tapak & Seni Kelab SRISUPER

Petang : Ujian Kenaikan Bengkong

Pesilat SMK Sri Gombak sedang diuji oleh Cikgu Nazrul dan Cikgu Faris

Pesilat SMK Tun Perak sedang diuji oleh Cikgu Azmi dan Cikgu Arif

Pesilat SMK Tun Perak sedang diuji oleh Cikgu Yasir

Ujian bahagian lompatan diuji oleh Cikgu Fairuz

Ujian bahagian teori juga diuji

bergambar bersama srikandi bekas pesilat SMK Sg Pusu

Malam : Majlis Penyampaian Bengkong & Perasmian Kelab SRISUPER

VIP pertama tiba (Cikgu Halim) terus ambil peluang bergambar sekali

Majlis dimulakan dengan bacaan DOA

Majlis diteruskan dengan pembukaan gelanggang diketuai oleh Cikgu Ihsan

Ucapan oleh Pengerusi Kelab SRISUPER, Cikgu Fairuz

Ucapan oleh Penaung Kelab SRISUPER, Cikgu Halim

Ucapan oleh Pengerusi Gurulatih PSSGM Selangor, Cikgu Dr. Rosman Ismail dan perasmian Kelab SRISUPER

Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Penyampaian Bengkong

Cenderahati kepada VIP Cikgu Rosman Ismail

Cenderahati kepada Penaung Kelab SRISUPER

Cenderahati kepada Guru Penasihat PSSGM SMK Tun Perak

Setelah selesai sedikit persembahan daripada pesilat SRISUPER, terus disusuli dengan penutupan gelanggang yang diketuai oleh Cikgu Ihsan

Semua yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan majlis malam tersebut. Terima kasih!

Barisan Gurulatih dan Pembantu Gurulatih Kelab SRISUPER

Alumni PSSGM SMK Sungai Pusu 2003-2014 (REUINION!)

Bersama cikgu kesayangan, Cikgu Halim

Alhamdulillah. Majlis sehari tersebut berjalan dengan lancar walaupun ada sikit kesilapan teknikal yang berlaku untuk ketiga-tiga program yang dijalankan. Mat salleh kata, learnt from mistakes. Haha. Apapun, terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang sama-sama berkorban hari minggu untuk bersama kami bagi menjayakan majlis yang tak seberapa ini. 

Dan sebenarnya matlamat program kami ini lebih kepada reunion untuk team kami yang sudah lama berpecah dan berpisah. Semua anak didikan Cikgu Halim yang mana majoriti pesilatnya dari SMK Sungai Pusu. Sekian lama tak bersua dan sekali bersua di program ini, terasa terlebih eksaited untuk berselfie dan bersembang sakan. Dan tahniah juga buat yang berjaya lulus ujian kenaikan bengkong pada sebelah paginya. 

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...