Travel Planning 2016 Updated!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Sekian lama nak mencari mood menulis akhirnya ada timbul sikit malam ini. Dah terasa selalu sangat mengupdate berkaitan Sukan Olimpik Rio 2016, so malam ini terasa nak berceloteh sikit untuk mengupdate diri yang tak berapa nak sedar penuh dengan komitmen bila menghampiri hujung tahun ini. Suka untuk aku kongsikan travel planning aku sepanjang tahun ini. Baru saja update. Maaf sebab destinasi dan aktivitinya disulitkan atas faktor tertentu.


Sebenarnya nak kata busy tu takdelah busy sangat. Cuma seperti tarikh-tarikh yang tertera di atas memang telahpun dibook untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu ikutkan masih free. Cuma ada terkadang adhock program yang timbul menyebabkan jadualku semakin padat.

Tambahan pula sekarang sudah mula terikat dengan komitmen silat. Yes. Dulu pernah berhajat untuk 'cuci tangan' dari dunia silat. Mungkin ada juga dalam kalangan sahabatku yang binggung dan pelik bila melihat aku kembali aktif dalam 'dunia' yang pernah aku habis-habisan ingin tinggalkan satu ketika dulu. Sebenarnya hajat utama aku kembali hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu. Tak lebih dari itu. Untuk mencari sumber sebagai saham akhiratku. Moga dengan ilmu yang aku ada dan kongsikan dengan orang lain mampu menambahkan sikit sebanyak pahala bila satu hari aku sudah tiada di dunia ini. InsyaAllah.

Apapun di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon beribu kemaafan khusus buat sahabat-sahabat yang selalu aku luangkan masa bersama dahulu yang mana kini telah lama tak bersua dan bertegur sapa. Niat bukan untuk mengabaikan tapi diharapkan dengan perkongsian post ini, tambahan faktor logistik aku yang bekerja agak jauh dan aktiviti hujung minggu yang tak berapa nak free menyebabkan sukar untuk aku cari ruang dan peluang untuk bertemu kalian. Sebenarnya rindu tu ada. Tak tipu. Ini serius. Harap memahami. Semoga Allah memberkati setiap antara kita dan apa saja yang kita lakukan sekarang. InsyaAllah. Mohon doa dari sahabat-sahabat agar segala perancangan kita berjalan mengikut apa yang telah dirancang. Amin.

Wallahualam.

Comments