Majlis Aqiqah Faateh Muayyad
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Semalam (14 Ogos 2016) selesai memenuhi undangan majlis aqiqah anak buahku yang ke lima, Faateh Muayyad bin Nazrul Arif bertempat di UNITEN, Bangi. Majlis bermula sekitar jam 1130 pagi dimulakan dengan solat hajat berjemaah memohon agar :
1) Jiran sebelah rumah yang sedang mengalami kanser. Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan buat seisi keluarga, dipermudahkan segala urusan dan mengurniakan kesembuhan terhadap penyakit yang beliau alami.
2) Allah rahmati dan berkati pengurniaan cahaya mata adikku, Faateh Muayyad. Semoga beliau membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh. InsyaAllah. Amin.
3) Allah rahmati dan berkati ikatan ijab qabul yang baru saja termeterai secara sah pada beberapa minggu yang lepas untuk si abangnya, Anas AN-Naadhir dengan pasangan pilihan hatinya. Moga ikatan kekal bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah. Amin.
Selesai saja solat hajat berjemaah, semua undangan terus dijemput untuk menjamah jamuan yang telah tersedia di luar rumah (bawah khemah).
Sebelum pulang sempat bergambar satu keluarga full house. Alhamdulillah. Sekarang ini mudah sikit nak buat reunion satu family sebab kedua-dua abang telah kembali bermastautin di tanah air. Dan salah satu sebab seronoknya bila berkumpul satu family ni bila ada kehadiran anak-anak buah kesayangan ni. Sekarang dah masuk yang ke lima. Suka untuk aku listkan di sini. Al-maklum, anak sendiri takde lagi. So, anak adik beradik jadi mangsa 'buli' pak udanya. Hehe.
1. Nurul Ikhlas binti Nazrul Amir Aliasaa
2. Nazrul Ayyash bin Nazrul Amir Aliasaa
3. Nazrul Arham bin Nazrul Amir Aliasaa
4. Nur Salma binti Nazrul Aman
5. Faateh Muayyad bin Nazrul Arif
InsyaAllah sekarang tengah menanti kehadiran lagi seorang cahaya mata dari abang yang pertama. Moga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan mereka sekeluarga. InsyaAllah. Mohon doa dari semua agar Allah sentiasa merahmati kami semua. Amin.
Wallahualam.

bersama Nur Salma.. budak yang tak henti meragam..
bersama arham dan ayyash.. selalu bergaduh dua beradik ni.. apa yang abang dia main, mesti adik die nak jugak..
dan dan jer tido bila pak uda datang.. kalau tak dah lama kene cubit-cubit pipi dia.. haha..
siap tidur meniarap lagi.. tenang jer tengok muka baby yang bersihnya ibarat kain putih yang suci dari segala dosa..
Sebelum pulang sempat bergambar satu keluarga full house. Alhamdulillah. Sekarang ini mudah sikit nak buat reunion satu family sebab kedua-dua abang telah kembali bermastautin di tanah air. Dan salah satu sebab seronoknya bila berkumpul satu family ni bila ada kehadiran anak-anak buah kesayangan ni. Sekarang dah masuk yang ke lima. Suka untuk aku listkan di sini. Al-maklum, anak sendiri takde lagi. So, anak adik beradik jadi mangsa 'buli' pak udanya. Hehe.
1. Nurul Ikhlas binti Nazrul Amir Aliasaa
2. Nazrul Ayyash bin Nazrul Amir Aliasaa
3. Nazrul Arham bin Nazrul Amir Aliasaa
4. Nur Salma binti Nazrul Aman
5. Faateh Muayyad bin Nazrul Arif
InsyaAllah sekarang tengah menanti kehadiran lagi seorang cahaya mata dari abang yang pertama. Moga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan mereka sekeluarga. InsyaAllah. Mohon doa dari semua agar Allah sentiasa merahmati kami semua. Amin.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment