Posts

Showing posts with the label Politik

Politik yang tak berkesudahan & pengajarannya

Image
 Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Tahniah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas kemenangan kalian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. GRS adalah terdiri daripada gabungan 3 buah parti iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Banyak sebenarnya kita dapat pelajari sebagai orang luar (orang yang tak terlibat dalam politik Sabah) daripada ketegangan politik di Sabah sejak beberapa bulan yang lepas. Antaranya yang dapat aku coretkan di sini ialah :  1. Serapat mana kita dengan seseorang sebagai kawan, ketahuilah selagi dia adalah insan yang bergelar manusia, dia pasti akan ada potensi untuk menjadi musuh kita. Dan atas sebab itu, serapat mana kita dengan seseorang jangan sesekali berkongsi kisah peribadi terutama yang negatif dengan mereka melainkan kita pasti perkongsian tersebut andai si dia menjadi musuh kita satu hari nanti tak akan menyebabkan aib kita tersebar dan dijadikan modal untuk menjatuhkan kita di kemudian hari. Da...

Harga Minyak Dunia TURUN tapi di Malaysia NAIK. APAKAH?!!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis walau diri dipenuhi dengan kesibukan hal dunia. Alhamdulillah dan syukur juga dengan secara tak rasminya Perodua mengumumkan pengeluaran model kereta terbaru mereka secara tak langsung tugasku mengemudi projek model tersebut untuk pembangunan unit shock absorber belakang telahpun menghampiri penghujungnya sebelum secara rasminya diserahkan kepada pihak pengeluaran (Production Team) selepas tiga bulan pertama mass production. Untuk pertama kalinya 100% reka bentuk luaran direka sendiri oleh Perodua tanpa mengadaptasikan reka bentuk dari negara luar yang lazimnya menggunakan model-model keluaran Daihatsu untuk pengeluaran model-model sebelum ini. Syabas Perodua! You are one step ahead. Untuk melihat sendiri model keluaran terbaru yang juga mengekalkan nama Myvi, boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang pada 9hb hingga 12hb November 2017. Now lets back to the main topic. Hari Rabu yang...

Pasca BREXIT

Image
Assalamualaikum w.b.t. Rentetan dari post sebelum ini, sedikit perkongsian mengenai Pasca-Brexit yang dikongsikan dari FB Page Peduli Ekonomi . Nak rujuk link boleh. Nak baca kat bawah ni pun boleh. Apa pun catatan di bawah di ambil direct dari link tersebut. Jom baca dan pastikan korang peka dengan isu semasa ini. Senang sikit nak bawak sembang dengan orang dewasa bila time beraya rumah orang nanti. Haha. Malas nak baca pepanjang, boleh baca ayat yang telah di' bold 'kan. Itu semua antara point penting! :D 13 Perkara Yang Anda Perlu Tahu PASCA BREXIT 1. Dalam sebuah referendum atau pungutan suara yang diadakan di United Kingdom (UK) pada hari Khamis, 23 Jun 2016 yang lalu, 51.9% rakyat UK telah memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (European Union atau EU), berbanding 48.1% yang memilih untuk kekal . Dari segi jumlah undi, 'Brexit' atau undian untuk keluar daripada EU mendapat majoriti undi sebanyak 1.27 juta undi. 263 kawasan di UK juga telah mengundi...

BREXIT - Apa sudah jadi?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 27 Ramadhan 1437H. Hari ini merupakan hari terakhir untuk majoriti yang bekerja sebelum mereka menyambut Hari Raya Puasa yang kemungkinan besar akan jatuh pada hari Rabu depan bersamaan 6th July 2016. Alhamdulillah. Tapi aku masih berbakikan dua hari bekerja lagi sebelum officially bercuti raya. Mohon tabah! Untuk post kali ini lebih kepada mengupdate salah satu isu semasa yang masih hangat di dada-dada akhbar iaitu berkaitan BREXIT. Apa itu BREXIT? Kenapa tiba-tiba saja terjadi? Apa puncanya? Siapa yang terlibat? Ok. Cukup dengan persoalan. Lets read the rest. Mengenai BREXIT: Apa yang perlu anda tahu? 1. Apa yang sedang berlaku? Sebuah referendum akan dijalankan pada hari Khamis, 23 Jun 2016 untuk menentukan samada Britain akan kekal atau tidak di dalam Kesatuan Eropah (Baca EU). Nota kaki: Apa itu Referendum? Referendum adalah sebuah undian bercorak YA atau TIDAK. Pihak yang dapat lebih 50% undian adalah pemenang. 2. Kenapa tiba-tiba ad...

Road to PRU13...

Image
Assalamualaikum, Terasa lama benar ku tak mencoret. Rasa bersalah pun ada. By the way, HAPPY LABOR DAY to all workers. Hope you'll make full use of your one day holiday.  Entah kenapa aku tetibe terpanggil untuk menulis sesuatu malam ni. Mengenai apa itu belum ku pasti. Mungkin sekian lama menyepikan diri tanpa khabar dan cerita dari pihak penulis. Ikut hati, banyak perkara dan kisah yang berlaku dalam hidup ini nak dicoretkan di sini tapi ku khuatiri mungkin akan menyerabutkan lagi post laman ini. Dan disebabkan itu aku telah memilih untuk memberi sedikit pesanan mahupun teguran buat yang berkenaan berkisarkan keadaan semasa yang sedang hangat sekarang yakni Kempen PRU13.  Yes. Memang blog ini bukan berlatarbelakangkan perbincangan berorientasikan politik, tapi aku rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat yang tak seberapa dari seorang yang baru pertama kali berkecimpung dalam dunia pilihanraya umum. Namun, bagiku pertama kali bukan menjadi kayu pengukur sejauh mana ...

Sukan TAKKAN maju kalau asyik di'POLITIK'kan.

Image
Assalamualaikum. Aku tak paham betol. Kenapa benda camni pun duk heboh nak dipolitikkan. Sampai bila sukan tanah air takkan maju. Orang duk heboh kalau Chong Wei gini la, kalau Chong Wei camtu la. Kalau hebat sangat apa kate lu ganti Chong Wei buat rematch ngan Lin Dan. Tengok lutut sapa yang goyang. Memang gini la senario sukan tanah air kita. Bila menang punyalah puji gila2. Tapi bila kecundang habis sumpah seranah semuanya. Kemon la. Aku mungkin tak pernah berada ditempat beliau menyarungkan jersi Malaysia memburu pingat untuk kejuaraan bertaraf dunia, tapi aku pernah merasai bila mana kita merupakan harapan sekelompok masyarakat untuk membawa pulang EMAS tapi akhirnya kita kecundang dan menghampa kelompok tersebut. Tapi hakikat sebenar kekecewaan empunya diri jauh mengatasi kekecewaan yang dirasai oleh sekelompok masyarakat tersebut. Pernah mereka fikirkan pengorbanan yang dilalui oleh atlit dalam menempuhi persiapan ke Olimpik. Menggadaikan masa dengan keluarga dan insan tersayang...