Sunday, 5 August 2012

Sukan TAKKAN maju kalau asyik di'POLITIK'kan.


Assalamualaikum.

Aku tak paham betol. Kenapa benda camni pun duk heboh nak dipolitikkan. Sampai bila sukan tanah air takkan maju. Orang duk heboh kalau Chong Wei gini la, kalau Chong Wei camtu la. Kalau hebat sangat apa kate lu ganti Chong Wei buat rematch ngan Lin Dan. Tengok lutut sapa yang goyang.

Memang gini la senario sukan tanah air kita. Bila menang punyalah puji gila2. Tapi bila kecundang habis sumpah seranah semuanya.


Kemon la. Aku mungkin tak pernah berada ditempat beliau menyarungkan jersi Malaysia memburu pingat untuk kejuaraan bertaraf dunia, tapi aku pernah merasai bila mana kita merupakan harapan sekelompok masyarakat untuk membawa pulang EMAS tapi akhirnya kita kecundang dan menghampa kelompok tersebut. Tapi hakikat sebenar kekecewaan empunya diri jauh mengatasi kekecewaan yang dirasai oleh sekelompok masyarakat tersebut.

Pernah mereka fikirkan pengorbanan yang dilalui oleh atlit dalam menempuhi persiapan ke Olimpik. Menggadaikan masa dengan keluarga dan insan tersayang. Terpaksa menghabiskan masa sepenuhnya berlatih demi membawa pingat Olimpik jejak ke tanah air ni.


Rekod DLCW sehingga kini berjaya memperolehi 42 GOLDS and 22 SILVERS (2 Olimpik). Tahniah. Sangat molek dijadikan idola sukan tanah air.

p/s : Nak berpolitik memang tak salah, tapi jangan sampai menggugat kedudukan dan performance bidang2 lain. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...