Wednesday, 22 August 2012

Eidul Fitri di Gaza


Assalamualaikum.

Masih post pasal Raya. Of kos sebab kalau ikut adat orang Malaysia ni, Raya diraikan sepanjang bulan Syawal. Tapi kalau ikut zaman Rasulullah SAW dulu, Eidul Fitri ni hanya pada hari pertama jer. Sebab tu yang diHARAMkan untuk puasa sunat hanya pada hari pertama. Mula hari kedua dah boleh mula amalkan puasa sunat enam. Owh. Ok. Terceramah pulak kat sini. Hehe. By the way, jangan busy sangat memenuhi undangan open house sampai terlupa puasa enam. Pahala puasa ibarat setahun. Sangat rugi kalau tak amalkan.

Ok. Now lets go to the main topic. Aku tertarik dengan satu gambar yang diupload oleh Maher Zain menerusi facebook beliau semalam yakni suasana solat sunat Eidul Fitri di tanah Gaza.


Kita di pagi raya sempat untuk bersarapan ketupat, lemang dan nasi himpit bersama keluarga, berpakaian baju baru, bersuasana kampung halaman yang aman dan ceria dengan kehadiran saudara-mara belah mak ayah yang raya sekali. Then berpeluang untuk menunaikan solat Eidul Fitri kat masjid yang besar2. Siap cari yang berair-cond dan nampak mewah sikit nak bagi selesa ketika solat. Alasannya, nak khusyuk dalam solat. Tapi saudara2 kita di Gaza, mereka hanya bersolat di atas padang pasir, beralaskan sejadah masing2. Yang solat tak beralaskan apa2 pun ada. Tak berbumbung. Tak berkipas. Tak berair-cond. Takde speaker atau microphone. Namun, mereka tetap berhimpun di pagi Eidul Fitri, bersama2 menunaikan solat sunat Eidul Fitri secara berjemaah.

Kita patut bersyukur dengan keadaan kita sekarang. Malaysia. Negara yang aman dari sebarang penjajahan. Mungkin ade la sikit penjajahan dari sudut ideologi. Tapi apa yang aku nak ketengahkan kat sini, bebas dari peperangan. Tembak-menembak. Bom sana sini. Pembunuhan secara kejam dan lain2. Akhir kata, "jangan bila dah terhantuk baru terngadah". Gunalah keamanan ini sebaiknya sebelum ia berakhir.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...