Short Sem done!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah perjuanganku untuk semester pendek kali ni. Semester yang penuh dengan komitmen. Namun dapat juga aku tempuhinya dengan baik. Ramadhan kini tinggal beberapa hari jer lagi sebelum Syawal menjelang. Syarikat2 besar seperti BERNAS, PETRONAS, TV3 dan TM majoritinya sudahpun menyiapkan videoklip iklan Hari Raya Aidil Fitri untuk tahun ni mengikut kreativiti masing2. Siaran2 radio pun dah mula memasang lagu2 Raya.


Namun, diharapkan kita dapat teruskan pencarian malam lailatul Qadr di malam2 akhir Ramadhan ni. Kalau zaman nabi dulu, bila Ramadhan makin tiba di penghujungnya, makin sedih nabi kerana khuatiri tak berkesempatan utk bertemu pada Ramadhan akan dtg. Namun, di zaman kita skrg sebaliknya yang terjadi. Maka, perbanyakkanlah ibadah dan amalan sepanjang menempuhi sisa2 Ramadhan yang tinggal ni. Kpd yg berkesempatan beriktikaf di masjid2 atau surau2, amatlah digalakkan.

Wallahualam.

p/s : Yes! Dah third year. Lagi 2 tahun nak grad. Err.. 2 tahun? Lamanyaa.. Haha.

Comments