Thursday, 9 August 2012

YB Burger Sekilo sbg Juadah Berbuka

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Burger sekilo telah terpilih untuk menjadi santapan berbuka kami berlima pada 21 Ramadhan 1433H. Sekian lama menantikan peluang untuk menikmati burger gergasi ini akhirnya terlunas jugak hasrat itu pada malam ganjil yang pertama dalam fasa terakhir Ramadhan tahun ni. Yazid Burger atau lebih dikenali dengan YB Burger merupakan tarikan segenap masyarakat sekitar Seksyen 7 Shah Alam.


Sebiji burger sekilo dan dua biji burger setengah kilo dengan menelan kos mencecah RM80. Fuh. Walaupun nilai yang agak mahal namun berbaloi dengan keadaan fizikal burger tersebut yang sangat besar.


Burger pertama. Berat 1kg.

Burger kedua. Berat 0.5kg.

Burger ketiga. Berat 0.5kg.

Burger bakar dah. Burger sekilo pun dah. Namun masih ada ura2 dari beberapa pihak yang mengatakan masih ada kewujudan sebuah lagi kedai bermenukan burger bakar di sekitar Taman Melawati. Khabarnya tahap kelazatannya menjangkaui tahap burger bakar wangsa maju s2. Might be my next mission before leaving this school of Ramadhan this year.

Selamat berpuasa dan selamat menempuhi fasa terakhir Ramadhan yakni fasa pembebasan api neraka. Ayuh kita sama2 memburu malam lailatul Qadr.

Wallahualam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...