Majalah 'Mangga' HARAM

Assalamualaikum.

Berkuatkuasa 29 Mei 2012, atas persepakatan Jabatan MUFTI negeri Kedah telah diputuskan bahawa Majalah MANGGA adalah haram menurut syara'.


Keputusan :

"Mana2 penerbitan yang mempamerkan wanita2 atau lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram...."

Ok. Aku rasa kalau merujuk sebab yang dinyatakan diatas, sepatutnya banyak lagi majalah2 yang boleh diharamkan. Namun, mungkin masih belum diketengahkan lagi. Papepun kita boleh fikirkan dan bezakan sendiri apa yang baik dan apa yang buruk. Apa yang boleh tingkatkan dosa kita dan apa yang bole tingkatkan pahala kita. Bak kata orang, Mumaiyiz. Haha.

Teringat pulak aku beberapa hari yang lalu, terserempak dengan satu gambar yang agak menarik untuk dikongsikan dan boleh dikaitkan dengan situasi ni.


Siapa makan cili, dia lah terasa pedasnya. Dan sebenarnya aku pun ade terasa jugak sikit. Tapi bila nak belek balik post2 yang lama rasa macam tersangatlah leceh. Dan kalau aku pun tersangat jarang melihatnya, inikan pula pengunjung2 yang tak seberapa banyaknya ni.

Sebagai renungan dan pengajaran buat insan2 yang bergelar penulis, editor, blogger, cameraman, website builder dan seupamanya.

Wallahualam.

Comments