Wednesday, 22 August 2012

Disebalik Kegembiraan Aidil Fitri

Assalamualaikum.

Luahan ini ku coretkan tika dalam perjalanan pulang ke KL setelah selesai beraya di rumah sanak saudara di Perak. Jangan sangka air yang tenang tiada buaya~

**********

Aku rindukan Aidil Fitri yang dulu. Berpeluang melawat semua kaum kerabat sebelah mak dan ayahku. Bersama-sama sanak saudara menghidupkan malam raya di kampung halaman. Beraya di rumah setiap seorang adik-beradik mak dan ayahku. Dan yang paling seronok sekali bila dapat kumpul duit raya. Sebak rasa hati ini bila terkenang kembali detik dan saat itu. Pada ketika hubungan mereka terikat erat. Tapi sekarang.....

Nak balik kampung pun just lawat dua tiga rumah jer. Tak berpeluang jumpa semua sanak saudara. Sedih sebab tak dapat lalui kegembiraan Aidil Fitri seperti dulu. Hanya disebabkan sedikit family problem antara adik beradik, kami golongan anak-anak ni tak dapat ketemu dan menjalinkan hubungan yang lebih akrab sebagai saudara mara. Jujur aku kata, ramai jer sepupuku yang aku tak pernah tahu nama pun.

" Ya Allah, andainya satu hari aku bakal lalui senario yang sama, engkau jauhilah aku daripada bersikap begini. Amiiin. "

Sangat sedih. Tapi apa yang aku mampu buat. Hanya melihat. Kalaulah aku dah beristeri, mungkin aku berpeluang untuk melawat semua sanak saudaraku.

**********

Ok. Habis part sedih. Sekarang nak gembira balik. Haha. Antara moment yang paling best bila dapat gather satu family ialah tika aku berpeluang ketemu kedua orang anak buahku yang sangat comel. Rasa nak cubit jer pipi dorang tiap masa. Nasib baik bukan anak aku. Haha.

Nazrul Ayyash bin Nazrul Amir Aliasaa

Nurul Ikhlas binti Nazrul Amir Aliasaa

Raya bagiku hanyalah 1 dan 2 Syawal. Tapi musim open house bagiku adalah sepanjang masa. Haha. So, sape yang buat open house tu jangan lupa invite. Sekian.

p/s: Apepun aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merayakan Aidil Fitri dalam keadaan begini. Bila teringat saudara2 kita di Burma, Palestin, Syria yang merayakan Aidil Fitri dalam keadaan negara yang kucar kacir. Alhamdulillah ku panjatkan atas kurniaan-Mu ini.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...