Monday, 20 August 2012

One family gathered


Assalamualaikum dan Salam 3 Syawal 1433H.

Alhamdulillah. Akhirnya berpeluang jugak kami sekeluarga gathered di petang raya kedua. Berlokasikan kampung di Manjoi, Perak. Kehadiran abangku bersama keluarganya telah memenuhkan kuota family kami. 5 beradik atau 7 beranak.

kami lima beradik

bersama kakak2 iparku dan anak2 buahku

my whole family

Tahun depan entah dapat ke tak kami bergambar sekeluarga. Abangku yang pertama bakal menuntut ilmu bahasa Arab di Yaman. Abang kedua aku pulak bakal posting di Dubai. Masing2 bawa family masing2 ke sana dan menetap di sana selama beberapa tahun. Mereka akan berangkat dalam bulan oktober ni. Nampaknya tinggal kami tiga beradik jer la nak mengubat kesunyian mak ayah di pagi Aidil Adha tahun ni dan Aidil Fitri tahun depan.

Bilalah agaknya aku berpeluang jejakkan kaki ke tanah arab. Sangat2 teringin tapi mungkin faktor kewangan menjadi penghalang. Hanya sebagai pelajar tahun ketiga Sarjana Muda, masih tak mampu untuk menampung perjalanan dan kos ke sana.

"Ya Allah, andainya umurku Engkau panjangkan, harap Engkau kabulkanlah hajatku untuk jejakkan kaki di bumi anbiya' atau sekitarnya dan menuntut ilmu di sana. Amiin."

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...