Monday, 20 August 2012

Di pagi Raya kedua


Salam 2 Syawal 1433H.

Alhamdulillah. Berkesempatan jugak aku sekeluarga menjejakkan kaki ke IPOH, kampungku sebelah mak dan PARIT, kampungku sebelah ayah. Walaupun hanya sehari. Atau sejujurnya tak sampai 12 jam jer ade kat sana. Bertolak lewat pagi tadi dan sekarang dah ade kat rumah balik (2 pagi). Hmm.

Raya kedua. Standard kalau ikut tahun2 lepas, masuk raya kedua dah takde suasana raya sangat. Means dah takde pakai baju melayu or bergambar bagai. Tapi tahun ni kelainan sikit. Raya pertama bergambar bersama jubah. Raya kedua pulak bergambar dengan warna warni baju melayu kami sekeluarga. Best! Selingan gambar2 kami sekeluarga di pagi 2 Syawal 1433H.

aku

berdua

bertiga

berempat

bersama ayahanda dan bonda tercinta

keluargaku (tanpa kakakku)

keluargaku (tanpa aku) -____-;;

Setiap tahun mesti tak complete ahli keluargaku mase photoshoot raya. Ingat lagi masa aku kecil dulu, satu keluarga bergambar. Dan bila abg pertama aku kahwin, kurang seorang dalam gambar raya untuk tahuun seterusnya. Dan begitulah sehingga sekarang. Dan biasalah bila dah berkeluarga ni kene consider untuk beraya rumah saudara-mara belah isteri dan suami secara bergilir-gilir. Dan untuk tahun ni, abang pertama aku beraya rumah mertuanya di pagi 1 dan 2 syawal. Dan start raya ketiga baru bertapak kat rumah kami.

Agak2 bila aku dah kahwin nanti macam mane ek. Mesti syahdu gile bila terkenang detik mase bujang beraya bersama keluarga. Harap bakal isteriku nanti seorang yang boleh bawak berunding. Hehe. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Sekian.

Wallahualam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...