TAR sesak di ambang Syawal

Assalamualaikum dan Salam 28 Ramadhan 1433H.

Baru jer balik dari bermundar-mandir sekitar jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), KL. Hari ni tak berapa nak sesak sangat. Mungkin majoriti dah berangkat pulang ke kampung halaman masing2. Misi ke jalan TAR petang tadi untuk mencari baju raya adik aku. Baju raya aku pulak? Hmm. Pakai yang tahun lepas punya suda. Tahun lepas terbeli saiz besar sikit, so memang molek la untuk dipakai tahun ni. Haha.


Pilihan baju raya tu memang banyak. Tapi selalunya yang berkenan di hati tu bila sekali pandang terus tertarik. Dan kedai yang kami biasa pergi untuk tahun ni hanya boleh bayar menggunakan kad kredit sekiranya pembelian melebihi RM150. What the fishh! Baju raya yang nak dibeli tu tak sampai RM140 kot. Haih. Nasib baik ada bawa cash lebih, incase kalau benda2 camni terjadi.


Selesai saja misi mencari baju raya, sesi mundar-mandir diteruskan. Dan kebetulan aku tertarik dengan murtabak yang dijual di sini. Hmm. Teringin nak rasa sedap ke tak, so memang beli sekeping jer semata2 untuk try. Haha.


Then terus shoot pulang dan singgah di Bazar Taman Melawati membeli juadah berbuka untuk kali terakhir Ramadhan ni. Malam ni nak berangkat ke kampung (Rawang) halaman. Sekian catatan harianku untuk hari ini. Sekadar coretan menanti waktu berbuka. Haha.

Selamat Berbuka untuk hari yang ke 28. Malam ni malam 29 Ramadhan. Malam ganjil so yang berkesempatan jangan lupa isikan malam ini dengan iktikaf dan qiamulail. Kebanyakan orang bila dah dekat dengan RAYA ni, dah terlupa RAMADHAN. Sedangkan RAMADHAN tak pernah meninggalkan kita dulu sebaliknya kita yang meninggalkannya dulu dalam ingatan kita. Sekadar renungan bersama.

Wallahua'alam.

Comments