Wednesday, 22 August 2012

Duit Raya masih milikku

Assalamualaikum.

Aku ingat lagi moment yang paling aku suka di kala takbir raya bergema masa aku kecik2 dulu. Yeaahh. It's time to collect some money. Haha. Masa kecik dulu honestly speaking, duit raya aku jer dah cecah RM7++. Ok. Tu dulu. Masa zaman kanak2 ribena. Gembiranya aku melawat sedara mara kat kampung semata2 untuk menunggu saat bersalaman bila nak beransur pulang. Of kos salam dorang semua ni berisi means bersama duit raya. Bila balik dari raya jer aku dengan siblings mesti plan nak beli apa dengan duit raya kitorang ni. Haha.


Hari silih berganti hari, tahun silih berganti tahun. Kini umurku telahpun mencecah 22 tahun. Alhamdulillah, aku masih berpeluang merasai nikmat diberikan duit raya. Bermakna takde la tua sangat aku ni :P Cuma bilangan sampulnya saja yang makin sedikit. Terpaksa akur atas faktor umurku yang kian meningkat. Orang kata 'kena sedar diri sikit'. Haha.

As usual, seringkali dilontarkan soalan cepu emas berkaitan kahwin di kala sanak saudara berhimpun dan bersembang rancak. Ayah aku boleh pulak volunteer nak match-make aku dengan gadis pilihan dia. Tapi hurmm..

"I'm sorry dad. I'm not ready yet. Have to finish my studies and end my comitments in silat. By then I would say I'm ready."

Bila lihat ramai member2 dah kahwin dan lihat sanak saudara yang dah berumah-tangga dan berkarier, terdetik pulak aku nak ke arah itu. Mungkin masanya bakal tiba. Jika itulah jodoh ketentuan Allah SWT. Aku tetap redha.

p/s: Ok. Sahur time. Jom bersahur dan berpuasa sunat. Hari ini masuk hari ketiga menunaikan puasa sunat 6. Insyallah. Moga dapat keberkatan dari-Nya. Amiin.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...