Sunday, 26 August 2012

Open House 7 Syawal 1433H


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai sudah semua open house untuk hari ni. Bunyi macam banyak je kan. Padahal dua rumah jer. Rumah memberku Marzuq Imran di Wangsa Maju dan Ibnu Syaban di Ukay Perdana. Musim open house memang dah jadi trend zaman sekarang bila menjelang Syawal. Juga merupakan masa yang sangat molek untuk bertemu kembali kenalan2 dan rakan2 yang lama tak bersua. Mungkin atas faktor kesibukan komitmen masing2.

First house at Wangsa Maju. Rumah sahabat sekulliyah dan sepersilatanku, Marzuq Imran. Seorang yang memilik kelebihan dalam dunia akademiknya. Merupakan dean's list sejak jejaknya kaki beliau di UIAM dan sangat meminati bidang robotik. Berkemahiran untuk membuat pizza dan telah menghidangkan pizza hasil buatannya semasa open house tadi. Sedap! Rasanya takyah nak habis duit beli pizza memahal kat domino's or pizza hut. Order kat dia pun boleh tapi itu kalau dia nak la en. Haha.

Hidangan Bakso bersama Nasi Himpit

Marzuq Imran bersama pizza hasil buatannya

Arep, Marzuq, Aku, Epul. Hanya kami berempat saja beraya ketika itu

Di hadapan pintu pagar teratak beliau. Bergambar sebelum beransur pulang.

Second house at Ukay Perdana 4. Just nearby my housing area. Rumah sahabat segayongku, Ibnu Syaban. Beliau kini menuntut di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam bidang kaunseling kalau tak silap aku. Pulang ke rumah setiap hujung minggu dengan bermodalkan RM20 pergi balik dengan menaiki bas. Agak murah dan berbaloi. Hmm. Perlu ke aku bagitahu yang tu ek? Haha. Baru je first time aku jejakkan kaki ke rumah beliau. Sebab family beliau baru jer pindah ke sini tak sampai setahun. Halamannya yang agak luas dan menepati ciri2 sebuah gelanggang silat. Haha. Tetibe.

Meriah dengan kehadiran sanak-saudara dan sahabat-handai. Ruang tamu yang agak luas.

Ibnu, Arep, Aku, Epul. Tak larat nak melantak dah. Tadi kat rumah marzuq dah bantai dekat 2 pizza dah. Haha.

bergambar lagi sebelum pulang :P

Thanks for the invitations you guys! Harap tahun depan still dapat invite lagi. Kalau rasa2 nak masuk dalam blog aku, sila2lah jemput ambo ek. Haha. Kebetulan pulak hari ni saudara aku beraya kat rumah. Malangnya tak sempat aku nak bersua dengan mereka. Setibanya aku kat rumah tadi, mereka telahpun berangkat pulang. Hanya tinggalkan sisa2 ruang tamu rumahku yang bersepah je. Haha. Maklum lah, ramai budak2 kecik dalam family saudara aku ni. Sekian untuk kali ni.

p/s: Ok. Esok dah nak mula bertapa dah. Intensif training for my next game on 17 Sept until 22 Sept. Wish me luck! Dah. Kene rehat malam ni. Cau dulu.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...