Thursday, 16 August 2012

Live on Tanyalah Ustaz


Salam 27 Ramadhan 1433H.

"TANYALAH USTAZ!"

Program kuliah agama yang disiarkan di TV9 yang tak asing lagi di Malaysia ni. Menjemput ramai ustaz2 yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing2 untuk berhujah dan menjawab persoalan yang dilontarkan oleh penonton berkenaan tajuk bidang mereka sendiri. Sangat effisyen dan praktikal bagi senario zaman sekarang.

Ok. Bukan nak mencoret berkenaan intipati siaran Tanyalah Ustaz. Tapi diri ini ingin berkongsi pengalaman pertama berada dalam kalangan penonton2 siaran Tanyalah Ustaz secara live. Mungkin ada yang sedia maklum, untuk siaran Tanyalah Ustaz akan diadakan live berlokasikan Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan untuk setiap tahun setakat ini.

berlokasikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Kebetulan kami (bersama adik) beriktikaf dan berqiamulail di masjid tersebut dan berpeluang berada bersama menonton siaran tersebut secara live. Agak kelakar pada mulanya kerana melihat persiapan mereka sebelum tayangan siaran langsung bermula. Yang bertanyakan soalan telahpun diketahui pada awalnya dan telahpun dihadkan kepada beberapa orang sahaja. Dan sesi rehearsel untuk bertanyakan soalan juga dijalankan sebelum siaran dimulakan. Dan semasa iklannya pula, ada juga para jemaah yang bertanyakan soalan secara spontan. Dan ustaz menjawabnya dengan singkat. Dan terdapat juga krew yang ditugaskan untuk mengingatkan ustaz untuk bersedia berhenti iklan dan bersedia untuk pertanyaan soalan dengan menunjukkan kertas yang tertulis seperti "IKLAN", "TANYA SOALAN" dan seumpamanya di bahagian blindspot kamera.

fully packed

Sangat menarik bagi orang first time tengok macam aku. Namun, disebabkan ustaz jemputan kali ini ialah Ustaz Dr Zahazan merupakan salah seorang pendakwah terkenal, banyak pula pertanyaan dan persoalan yang dilontarkan. Atas sebab itu, pihak rakaman terpaksa memanjangkan tempoh bersama Ustaz Zahazan sehingga penambahan 30 minit selepas selesai siaran langsung khusus untuk jemaah2 yang berada di dalam Dewan Seminar tersebut.

Alhamdulillah. Hikmah 27 Ramadhan. Dapat mendengar kuliah Ustaz Zahazan secara live. Mungkin sahabat2 yang kerap bermusafir menuntut kitab dari ustaz2 atau syeikh2 sudah biasa mendengar kuliah2 secara live daripada pendakwah2 tempatan yang terkenal ni, tapi tidak aku. Atas faktor komitmen yang banyak, Ramadhan sahaja menjadi wadah dan ruang untuk aku meluangkan masa mendengar kuliah2 ni secara live.

Teringat salah satu ungkapan Ustaz Zahazan pagi tadi sebagai menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh salah seorang audience, berbunyi :

Antara petanda kiamat..
Setahun terasa macam sebulan..
Sebulan terasa macam seminggu..
Seminggu terasa macam sehari..
Sehari terasa macam sejam..
Sejam terasa macam seminit..
Seminit terasa macam sesaat..
Sesaat terasa macam sedetik..

Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 27. Terasa macam semalam jer baru mula berpuasa. Begitu pantas masa berlalu. Ayuh sama2 kita memanfaatkan malam2 terakhir Ramadhan ni dengan beriktikaf dan berqiamulail. Semoga kita tergolong dalam insan2 yang dipertemukan dengan malam yang padanya lebih baik daripada 1000 bulan. Insyallah. Sekadar renungan bersama.

p/s : Yang sebenarnya aku nak cakap yang aku masuk tv. Haha. Ok. Tu je. Sekian.

Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...