Reunion Batch 03-07 SMKSP

Salam 6 Syawal 1433H.
(Diingatkan post ini tersangatlah panjang. Rasa macam malas nak baca, boleh terus ke next post. Hehe. )

Alhamdulillah. Baru pulang dari menghadiri open house rumah sahabatku, Azizi Zulkarnain di Alam Damai. Satu-satunya event tahunan untuk menghimpun kami semua yakni batch 2003-2007 SMK Sg Pusu yang majoritinya duduk kat asrama dulu. Seriusly, tak tersangka dapat jumpa balik semua. Walaupun tak semua yang hadir, tapi berkesempatan jugak aku bersembang2 dengan sahabat2 sebatch aku dulu. Ada yang dah kerja. Ada yang dah habis diploma dan sekarang sambung degree. Ada yang dah berkahwin. Ada yang dah giat berbisnes. Ada yang dah berganti kereta. Ada yang dah berganti moto. Dan semuanya ada la. Mungkin sebab dah lama tak bersama dorang gelak ketawa sembang kencang semua macam masa habes sekolah dulu. Tak tersangka dan sangat seronok. Masing2 dah besar. Hurmm. What I mean is takdelah berperwatakan kanak2 dan remaja macam dulu. Cuma buat2 kecoh sikit tu standard la. Penghidup suasana. Haha. Dah tu yang datang dengan awek pun ada. Atau mungkin bakal isteri, insyallah.

Ni moto sahabatku Saiful yang kini bekerja di HUKM. Dahulunya GT128 dan sekarang Naza Blade! Woha.

Sangat2 kagum dengan dorang. Walaupun sekarang ni haluan hidup semua dah menyimpang ikut jalan masing2, tapi masih punyai masa untuk berjumpa. Yaa. Actually the last time aku bersama dorang melepak gini masa tahun 2008 tak silap aku. Dan sekarang dah 2012. Wau. Thats 4 years. Macam2 dah berubah.

Ok, ini rumah beliau. tolong abaikan gadis berbaju merah tu ek. Haha. Btw, her name is Nazlyatul Fizar.

Seperti aku kata pada mula2 tadi, open house rumah Azizi atau glamour dengan panggilan gg ni merupakan event tahunan. So, masa ni lah baru nak sembang dan cerita semua pasal life dorang la, belajar dorang la, keje or bisnes dorang la semua. Dan standard kalau lepak kat rumah gg ni confirm terbawak2 sampai lewat malam.

Ok. Ape yang berlaku tadi? Hmm.

Lepas solat jumaat tadi kami (dalam 7 orang) berkumpul dan berkonvoi ke rumah gg. Dua kereta dan satu moto. Cuaca petang tu hujan tapi tak berapa nak lebat sangat. Then bila sampai jer sana, hujan berhenti. Sampai sana dalam lebih kurang 4 lebih. Then terus masuk rumah salam semua sambil ucap selamat hari raya dan terus menjamah makanan. Ok. Tang makanan ni tak boleh tahan. Ingatkan plan nak makan sikit je hajat nak jaga hati tuan rumah. Alih2 sebab nak jaga hati sendiri, habis 3 mangkuk aku bantai. Haha. Semangkuk spagethi, semangkuk nasi himpit dan semangkuk lemang. Kenyang giler. Tu belum tambah menu nasi ayam lagi tu. Fuh. Dan seterusnya sesi sembang kenyang, buat kecoh, bergambar sume. Haha. Standard kalau batch kitorang kumpul, kalau tak buat kecoh memang tak sah. Siap buat lawak dan gurauan yang tahap hyperbola punya. Memang happening. Dah lama tak rasa suasana masa sekolah dulu. Dorang2 ni jugak yang hidupkan batch kitorang, Buat lawak sana sini. Haha.

Yang pegang Galaxy Note tu la tuan rumahnya. Azizi Zulkarnain.

Yan.Pdot.Am.Aku.Mekmu. Just a nickname. Ok. Gambar tak bape nak clear. Just using Blackberry Torch 1 camera. So, paham2 jer la en. Haha.

Pastu petang tu pulak, ingatkan dah settle nak terus balik. Alih2 datang lagi cetusan idea untuk beraya di rumah member lagi sorang yang terletak sekitar kawasan tu jugak. Kire macam open house jugak la. Rumah Azri atau lebih mesra dengan panggilan Jerik. Err. Tak tahu nak cakap camne nama panggilan die sampai ke situ bunyinya. Haha. Pekena 5 kotak pizza. Tak sangka nafsu kuda tu masih wujud lagi dalam batch kitorang ni. Letak sekeping pizza atas meja, tak sampai 10 saat dah habis. Haha. Memang boleh kata buat rekod jugak la, 5 pizza habis tak sampai 20 minit. Tapi padan la dengan kuantiti kitorang yang agak ramai. Then sampai azan magrib berkumandang, terus bersiap2 pergi surau berdekatan. Diimami oleh ayah Jerik. Lepas tu terus bersalaman dengan tuan rumah dan member semua dan terus bertolak balik. Tak tersangka umur macam kitorang ni, tuan rumah masih menghulurkan duit raya lagi. Alhamdulillah. Hehe.

Overall boleh kata gathering jugak la. Dah lama giler kot aku tak jumpe dorang semua. Ok. Maybe salah aku jugak. Dorang duk buat event bersama sana sini, tapi aku pulak busy dengan silat aku ni. Tapi nak buat camne, inilah komitmenku. Harap dorang paham. Huhu. Next event dorang plan nak bercuti kat Pulau Perhentian 28-30 September ni. Teringin sangat nak join. Hati aku berkata YA. Tapi komitmen aku berkata TAK. Mana satu nak ikut ni. Hurmm. Game silat aku habes 23 Sept ni. Nampak gaya macam sempat nak join.

Insyallah setakat ni jer dulu. Badan dah letih sangat. Baru dapat SMS dari member aku ajak gi main Badminton malam ni (kejap lagi). Still thinking whether to join it or not.

p/s: Sekarang ni tengah tunggu semua gambar2 tadi dari kamera DSLR Canon milik sahabatku Nuek, untuk diupload. Banyak jugak. So, mungkin lama jugak kot nak tunggu diupload dalam facebook.

Wallahualam.

Comments

  1. Dinasihatkan utk tidak terlalu panjang kerana tak larat nak baca pukul 2.30 pagi ni. hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment