Saturday, 18 August 2012

Siri Jelajah Masjid Ramadhan 2012

Salam 29 Ramadhan 1433H.

Alhamdulillah. Selesai sudah program Siri Jelajah Masjid Ramadhan 2012 yang telah dirangka dan dijalankan oleh kami berdua (bersama adik) untuk Ramadhan tahun ni. Mengikut perancangan ia sepatutnya dijalankan sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan. Namun, atas faktor kesibukan aku menempuhi final exam dan adik aku menjalani latihan silat intensif, kami terpaksa menangguhkannya ke malam ke 26 yakni 4 hari sahaja. Sesi Jelajah Masjid ni dijalankan dengan pengisian aktiviti Iktikaf dan Qiamulail sempena mencari Lalilatul Qadr. Alhamdulillah, berjalan lancar.

23 Ramadhan & 24 Ramadhan 1433H
MASJID SULTAN HAJI AHMAD SHAH UIAM


26 Ramadhan 1433H / 15 Ogos 2012
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (Masjid Besi Putrajaya)

ruangan solat

sahur berjemaah. pekena Nasi Ayam.

bergambar sebelum pulang

27 Ramadhan 1433H / 16 Ogos 2012
MASJID PUTRA, Putrajaya

Sesak! kebetulan ada Majlis Berbuka Puasa bersama TPM Muhyiddin ketika itu

Selesai bertarawih

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (Masjid Negeri Shah Alam)

Selesai berqiamulail

berkesempatan utk turut serta dalam Program Tanyalah Ustaz secara live di TV9

bergambar sebelum pulang

28 Ramadhan 1433H / 17 Ogos 2012
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

menanti Subuh

Sahur berjemaah

29 Ramadhan 1433H / 18 Ogos 2012
SURAU BANDAR TASIK PUTERI

(..tak sempat nak snap beberapa picture atas faktor tertentu..)

Sangat tenang diri ini bila berdekatan dengan masjid. Menghabiskan sisa2 Ramadhan dengan beriktikaf dan berqiamulail di masjid. Seronok melihat senario dan biah2 Ramadhan di tempat orang. Melihat gelagat jemaah2 yang ber'kampung' di masjid. Ada yang bersama anak beranak, ada yang keseorangan, ada yang bersama sahabat2 semuanya semata2 untuk beriktikaf dan berqiamulail. Melihat begitu meriah masjid dikala 2/3 malam yang mana tak terdapat di bulan2 yang lain. Subhanallah.

Moga dipertemukan dgn Ramadhan tahun hadapan pula. Insyallah. Moga kesan dari Madrasah Ramadhan tahun ini dapat dikekalkan sehingga menjelang Ramadhan tahun hadapan.

"Ya Allah, Engkau tetapkanlah IMAN kami terhadap AGAMA Engkau dan terhadap ketaatan kepada Engkau. Amiin"

Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...