Friday, 17 August 2012

Tiba di Kampung Halaman

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selamat suda sampai di kampung halamanku. Walaupun bunyinya macam jauh tapi kat Rawang je. Haha. But still my hometown means my parent's house.

Bertolak tadi lebih kurang pukul 12 lebih dan selamat sampai dalam pukul 130 pagi. Jem tu takde la sangat tapi macam biasa la musim perayaan, sebesar2 highway tu penuh dengan kereta orang balik kampung. Nasib baik kampung aku dekat jer.

Setibanya di teratak kami di Rawang terus dipunggahnya barang masuk ke dalam rumah. The first thing aku nampak bile jejakkan kaki kat dalam rumah ialah sebalang kuih raya kegemaranku, Kuih Mazolla. Whaatttt! Sekian lama tak pekena. Ikutkan memang diri ini ditegah untuk menjamah makanan berunsurkan kacang atas sebab allergik kulit, tapi siapa yang tahan kalau makanan kegemaran terhidang depan mata jelas2 kan. Haha. Gua sebat dulu awal2. Baru sambung punggah barang2 lain.

Kuih Mazolla. Kuih raya kegemaran aku dan Arwah Nenekku.

Nampaknya memang pantangku terhadap kuih raya yang berunsurkan kacang untuk musim perayaan ni terpaksa diconsider kot. Tapi bila kesannya tiba nanti, terpaksa redha la. Huhu.

Sekarang dah tiba masa aku bersiap2 untuk beriktikaf. Malam ni malam 29 Ramadhan. Ayuh ke masjid atau surau berdekatan. Bersama2 bertahajud dan memohon keberkatan hidup dari-NYA. Insyallah.

Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...