APPLE wins the game!

Assalamualaikum.

This entry is taken from Metro newspaper. Pertarungan antara dua syarikat gergasi telefon pintar yang terkenal di dunia. Yang mana masing2 claim produk mereka ditiru dan diciplak antara satu sama lain. Ok. Aku just keluarkan point2 penting dalam artikel tersebut saja. Let's read!

**********

APPLE MENANG KES SAMAN PATEN TERHADAP SAMSUNG

1. Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.

pengurus Korea Selatan menunjukkan telefon pintar Galaxy S (kanan) dan iPhone (kiri) di sebuah kedai di Seoul

2. Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.

3. Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

4. Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.

5. Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila firma Apple Inc. memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh Samsung pada April 2011.

6. Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya, Samsung.

7. Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan inovasinya.

8. Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.

9. Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung mengalami ‘kebuntuan reka bentuk’ selepas pelancaran iPhone pada tahun 2007.

10. Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan ciri-ciri serupa.

Iphone 4S vs Galaxy SIII

11. Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy.

**********

Nampaknya syarikat APPLE telah berjaya. Haha. No komen. Mungkin peminat getar APPLE gembira dengan keputusan pihak mahkamah ni. Ape pendapat aku pulak? Hurmm.

Pasal teknologi ni aku kureng sikit walaupun hakikatnya aku menuntut dalam bidang engineering sekarang ni. Tapi I'm just into automotive ok! Haha. Pendapat aku simple. Kalau betul kita nak hasilkan satu produk dan jenama yang mana memiliki identiti dan penampilan tersendiri, rasanya tak perlu nak take idea from others company. Bukan apa, bagi aku kalau produk kita famous satu hari nanti tapi ideanya bukan datang daripada diri atau syarikat kita sendiri, it is really not so cool! Just a generally answer. Haha.

By the way, entri kali ni saja je ditulis in 'point form'. Nak try follow style Dr. Mahathir blogging. Hehe. Mungkin itu lagi memudahkan pembaca untuk faham. Maybe. Ok. Setakat ni je dulu.

p/s: kepada pengguna telefon pintar berjenama SAMSUNG, anda tak perlu kecewa dan memasang niat untuk menukar brand telefon anda ke Iphone, kerana masih ada kelebihannya. Salah satu daripadanya ialah majoriti application dan games dalam SAMSUNG phone (android) adalah FREE. Kalau Iphone, anda perlu beli untuk menikmati application yang hebat2 didalamnya.

Wallahualam.

Comments