Friday, 10 August 2012

Qudwah Hasanah


Assalamualaikum.

Seorang pemimpin yang disegani dan berjiwa rakyat. Kerap turun 'padang' mendengar rintihan rakyat. Itulah beliau. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Negeri kelantan antara negeri yang sangat bertuah. Dinaungi oleh seorang Sultan yang baik dan ditadbir oleh seorang ulama yang hebat.


Menyeru rakyat bangkit berqiamulail bersama diteratak beliau. Menjemput penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus untuk menyerikan program tersebut. Turut bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dan seangkatan yang lain. Subhanallah. Barisan pemimpin dan rakyat bersatu menyambut seruan memburu lailatul qadr.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...