Ais Krim BR FREE for today!


Assalamualaikum.

"Ais krim Baskin-Robbins percuma utk semua rakyat Malaysia hari ini"

Begitulah terteranya tajuk salah satu artikel dalam myMetro Online hari ni. Walaupun hajat pada mulanya ia hanya akan terlaksana sekiranya ada kilauan EMAS dari skuad Malaysia dalam sukan Olimpik London yang sedang berlangsung sekarang, namun sebagai penghargaan buat atlit2 Malaysia yang berusaha gigih berjuang membantu negara mencapai kegemilangan antarbangsa, maka mereka telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins.


"Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing2 di temasya sukan itu"

-Ahmad Izham Omar-
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan
Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd

Boleh dapatkannya di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Sumber : myMetro Online

Wallahualam.

Comments