Friday, 31 August 2012

Walimah 2 Orang sahabatku


Assalamualaikum.

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 55!
HAPPY BIRTHDAY TANAH SEMENANJUNG!

31 Ogos juga telah menjadi detik bersejarah buat kedua orang sahabatku.

Alhamdulillah. Dua lagi sahabatku telahpun selesai mendirikan 'masjid' hari ini. Dan kedua2 walimahnya berjaya aku hadiri. Selamat Pengantin Baru buat kedua2 sahabatku bersama pasangan hidup mereka.

Khairi Azfar & Radiah Hassan

bergambar di pelamin

bergambar semasa makan beradab

Walimatul Urus (Sebelah Perempuan) telah berlangsung di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih tadi. Manakala di sebelah lelakinya pula akan berlangsung di Kelantan pada minggu hadapan. Kedua mempelai ini bersua dan mula menjalinkan hubungan mereka sejak berkecimpung dalam dunia persilatan. Kedua2nya merupakan atlit pencak silat UIAM dan telah melakar sejarah dalam hidup mereka pabila berjaya menempatkan diri mereka dalam kalangan atlit Universiti MALAYSIA untuk ke Kejohanan Sukan Universiti Asia tahun 2008 di Universiti Malaya. Masing2 meraih pingat PERAK dan GANGSA dalam acara masing2. Dan sekarang alhamdulillah mereka giat berbisnes dan hasilnya jelas kelihatan bila masing2 sudahpun berkereta.

***************

Solihin & Amalina

bergambar sebelum pulang

Walimatul Urus (Sebelah Perempuan) berlangsung di Jalan Seremban Jaya, Seremban tadi. Manakala Walimatul Urus di sebelah lelakinya pula akan berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan di Penang. Kedua mempelai merupakan anak gayong di Gelanggang UIA PJ. Dikhabarkan mereka mula menjalinkan hubungan sejak bergiat dalam GAYONG semasa di UIA PJ. Sekarang masing2 telahpun menyambung belajar di UIA Gombak di peringkat Sarjanamuda. Yang menariknya masing2 masih berumur 21/20 tahun. Terbaek!

Alhamdulillah. Telahpun secara rasminya mereka diikat. Bermakna tanggungjawab dan amanah mereka secara rasminya telahpun berkuatkuasa. Didoakan agar mereka berbahagia hingga akhir hayat. Insyallah. Amiin.

p/s: Seringkali aku tertanya pada diri sendiri, bersediakah aku untuk mendirikan 'masjid'? Hurrm. Dan aku paling suka kata-kata berikut :

"Tak payah sibuk nak cari 'Tulang Rusuk Kiri' kalau 'Syurga di Tapak Kaki' tu pun tak mampu nak jaga."

Moga kita dapat fahami intipati dan maksud tersirat kata2 di atas. Insyallah.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...