Di pagi 1 Syawal 1433H


Assalamualaikum & Salam 1 Syawal 1433H.

Alhamdulillah. Pagi raya yang agak best. Mood semuanya best. Ok. As usual rutin pagi raya keluargaku selepas selesai solat sunat Aidil Fitri di Masjid Bandar Tasik Puteri, kami akan menikmati juadah lemang+nasi impit dan diikuti dengan sesi bergambar. Dan yang terakhir penyerahan duit raya bersama sesi bermaaf-maafan. Setelah selesai semuanya kami akan berangkat melawat kubur arwah opah di Tanah Perkuburan Kg Selayang Baru.

menu makanan 2 kali setahun je dapat merasa

keluargaku

Muslimin

Muslimat

my parents

abangku bersama pasangan hidupnya

mereka lagi

wahai ayahku, ampun dan maaf dipinta ikhlas dari anakmu

wahai emakku, ampun dan maaf dipinta ikhlas dari anakmu

Raya tahun ni untuk pertama kalinya kami mengambil keputusan untuk bertolak pulang ke kampung halaman pada hari raya kedua iaitu esok. Harap trafik lancar dan perjalanan kami dilindungi dari sebarang perkara yang tak diingini. Amiin.

Kepada sahabat2 diluar sana yang mengenali diri ini, diucapkan sekali lagi

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

p/s : Kepada yang ada buat open house, sudi2lah menjemput ambo ek. Hehe.

Wallahua'alam.

Comments