Beraya di TERATAK Coach Habizan

Assalamualaikum.

Barisan duduk : Acap, Coach Habizan, Aku, Arep, Ishkandar, Ibnu
Barisan berdiri : Eqin, Syida, Angah, Anep
Tiada di dalam gambar : Soufikh

Alhamdulillah. Selesai lagi satu open house yang dirancang secara adhock. Dengan kekuatan ahli seramai 10 orang terdiri daripada pesilat2 UiTM, UIAM, UPNM dan SMKWMS2. Pergi beraya di rumah Coach Habizan Othman. Merupakan satu2nya coach silat seni berpengaruh diperingkat universiti. Memiliki jajahan takluk sebanyak 3 pasukan universiti dan satu pasukan negeri yakni Selangor. Mempunyai kepakaran dalam bidang silat seni. Juga merupakan bekas pesilat negara dan pernah memenangi tempat ketiga dalam acara Jurus Tunggal Putera di Kejohanan SEA Games dulu. Ok. Dah cukup kot puji. Nak tahu lebih boleh tanya beliau sendiri. Haha.

Berlokasikan sebuah apartment yang baru saja didiami oleh beliau di Damansara. Hmm. Tak pasti la pulak nama apartment tu apa. Yang aku tahu, sampai jer terus makan. Haha. Yang penting landmarknya terletak berdekatan dengan tol, Blok F, tingkat 14, keluar jer lif belok kanan dan kiri pastu jumpa la pintu rumahnya yang terbuka luas belah kanan. Haha. Ok. Lets the pictures describe everythings.

Aku bersama pingat Gangsa kategori Jurus Tunggal Putera SEA Games Philipines 2008.

Aku bersama trophy pesilat olahraga terbaik tahun berapa entah. Aku tak ingat. Haha. Walaupun beliau cenderung ke arah silat seni, namun pengalaman beliau dalam acara silat olahraga juga sudah cukup untuk menghasilkan atlit2 terbaik silat olahraga seperti sekarang.

Gambar kiri semasa beliau melibatkan diri dalam acara Jurus Wajib dan gambar sebelah kanan pula ketika beliau berjaya mengalahkan anak murid kepada Abg Zul.

Pingat Gangsa dalam acara Jurus Tunggal di Kejohanan SEA Games Philipines 2008 dan Kejuaraan Silat Terbuka Peringkat Antarabangsa di Singapore dulu.

Antara pingat2 dan trophy yang beliau perolehi sepanjang berkhidmat sbg atlit dan coach.

Bukan saja makanan jer dihidangnya, Mercun jugak disajikan kepada kami. Haha. Tapi as usual, sejak kecik lagi aku tak dididik untuk berjinak2 dengan mercun ni. So, memang tengok je la dorang main tadi. Haha.

Turut hadir bersama abang dan adik beliau. Abg Awin bersama anak2nya dan Kak Moni.

Dengan beraya di rumah 'sebenar' beliau ni, dengan dihiasi pingat2 dan gambar2 kenangan semasa beliau aktif sebagai atlit negara satu ketika dulu sedikit sebanyak telah menaikkan semangatku. Alhamdulillah.

Ok. Minggu depan dah kena start training. Makan makan jugak, tapi berat still kena jaga. Itulah adat menjadi atlit. Sentiasa pantau pemakanan dan fizikal supaya tak mempengaruhi permainan ketika beraksi nanti. Insyallah.

Wallahualam.

Comments