Monday, 30 August 2010

Merdeka?

Assalamualaikum.

First of all, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke -53. Semoga kite semua terus merdeka dari semua aspek. Insyallah. Tapi bg aku utk hari merdeka tahun ni agak lain dari yg lain. Sebab ape aku cakap cam tu?

Pertama
Hari merdeka tahun ni kebetulan disambut pada malam ke 21 Ramadhan. Kalo ikutkan malam ganjil utk 10 hari terakhir ramadhan ni merupakan antara salah satu petanda kedatangan malam Lailatul Qadr yakni malam yg lebih baik dari seribu bulan. So, mungkin sebab tu kot tak bape nak meriah sangat.

..Ramadhan vs Merdeka..

..keadaan solat subuh yg meriah..

..masjid yg sentiase hidup di akhir2 ramadhan ni..

Kedua
Kebetulan jugak Hari merdeka tahun ni clash ngan minggu exam aku pulak. So, memang takde feel langsung sebab terpakse fokus nak exam. Huhu. Biase nye kalo hari merdeka mesti cuti umum nyer. Then bile dah cuti tu confirm leh balik rumah jumpe keluarga dan anak bini (Oooppss..) Hehe. Tapi sebab ade exam terpakse perap dalam bilik, study jer keje. Huhu.

Ketiga
Pada Hari Merdeka tahun ni, beberapa org sahabatku terpakse meraikannya di Hospital Kuantan. Memang terlalu sedih dan sebak aku tengok dorang. Sebenarnya, mereka telah mengalami kemalangan jalan raya yg agak teruk. Mereka terdiri dari 5 orang iaitu Izwar, Muhsin, Hafiz, Izzat dan Akif.

Kecederaan yg dihadapi oleh mereka:-
Izwar : Mengalami kecederaan yg serius dan sdg berada di ICU.
Muhsin : Mengalami kecederaan di tulang belakang yg amat merbahaya dan patah 2 tulang didepan bahu kirinya.
Hafiz : Bengkak yg besar dan jahitan dibahagian mata serta kakinya pula patah dibahagian lutut. Tangannya penuh dengan kesan luka.
Izzat : Kakinya patah.
Akif : Hanya luka di bahagian kakinya.

Semoga mereka tabah menghadapinya.
"Ya Allah, engkau berikanlah kekuatan kepada mereka utk menempuhi ujianMu ini dengan tabah." Marilah same2 kite mendoakan mereka agar cepat sembuh. Amiin.

Utk cerita lebih detail mengenai kemalangan tersebut boleh klik di sini.

Galeri gambar sepanjang lawatan kami ke Hospital Kuantan utk menjenguk sahabat2 disana:-

..baru sampai kuantan berhenti di masjid utk tunaikan solat jamak qasar..

..keadaan Muhsin yg tak berdaya utk berkata2..

..walaupun sakit, masih berupaya utk menceritakan situasi kemalangan sebenar..

..ramai2 berbuka puasa di rumah Adli..

..Kami datang dengan 1 Tujuan, 1 Harapan, 1 Destinasi iaitu utk melawat sahabat kami yg sedang ditimpa Musibah di Hospital Kuantan..

Setakat ni jer dulu. Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 ni, marilah kite same2 melaungkan Merdeka! x7 Wallahualam.

Saturday, 28 August 2010

Senario Ramadhan + Exam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,
Dah genap 18 hari kite berpuasa termasuk arini. Sedar2 dah nak masuk 10 malam terakhir ramadhan. Tapi kenape aku rase ramadhan tahun ni macam cepat jer berlalu. Pejam celik pejam celik sedar2 dah hari ke 18 dah. Hmm. Kalau solat witir tu dah boleh mule buat doa qunut utk rakaat terakhir. huhu.

Aku rase cam sikit jer amalan yg aku buat setakat ni. Mungkin disebabkan sepanjang beberape minggu belakangan ni agak busy dengan persediaan nak hadapi Quiz, Assignment dan Midterm Exam. Tapi walau apepun, alhamdulillah sebab aku masih dapat istiqamah dalam berjemaah solat subuh, isyak dan tarawih di masjid dan berjaya khatam 30 juzu' Al-Quran.

..Al-Quran yg aku khatamkan..

..Kopiah yg dibeli oleh sahabatku, Helmi di Masjid India..tapi gune duet ak..hehe..

Tengah aku belek profile mukabuku (facebook) ku, aku ternampak satu note yg dipostkan kat dalam laman ni yg telah menarik perhatian aku. Tapi disebabkan note tu telampau panjang, so aku just letakkan link die jer kat sini. Banyak pengajaran yg kite boleh dapat dari situ. Bukan nak menyokong Yahudi, tapi kekadang kite terlupe semua yg Rejim Zionis amalkan semuanye telah awal2 termaktub dalam sirah Rasullulah mahupun Kalam Allah sendiri. Kenape kite susah nak amalkan perkara tersebut. Itu yg perlu dijadikan persoalan. Pikir2kan.

Di kesempatan ni aku nak berkongsi sikit mengenai Adab2 Berbuka Puasa yg aku terbaca tadi.

1) Berdoa ketika Berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

2) Berbuka Dengan Rutab, Tamar atau Air
Anas berkata: "Rasullulah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum solat. Jika tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar, maka beliau minum beberapa teguk air." (Hadis Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

3) Makan dengan Sederhana
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (Surah Al-A'raf:Ayat 31)

4) Segerakan Solat Maghrib
Lepas buka puasa dengan tamar atau air, jika makanan masih belum dihidangkan, kita perlu segera menunaikan solat. Tapi, jika makanan sudahpun dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan utk menunaikan solat.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasullulah SAW bersabda yg bermaksud: " Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jemaah) sudah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setakat ni jer pengisian untuk kali ni. Semoga segala adab2 tersebut kite dapat amalkan sentiasa. Wallahualam.

-Senario Minggu Exam-
*gambar hiasan*
..takde keje tengah2 study pakai helmet..Wakaka..Jgn mara :P

*Keadaan ak skrg yg agak tertekan dan busy study utk next exam (Calculus, Ungs, E.C. ). Huh~ Doakan aku dapat buat dengan sebaiknye. Amiin.

Wednesday, 25 August 2010

Update Jugak Akhirnye

Assalamualaikum.

Fuh~ lame giler jugak tak update blog aku ni. Maklumlah, skrg ni internet kat mahalah aku ni semakin menjadi2 wat problem pulak. Huhu. Banyak gak benda yg aku nak share kat blog ni sepanjang aku tak mengupdate nyer.

1. Hari Jumaat yg lepas, aku bersama budak2 silat gayong ex UIA PJ yg dah masuk UIA Gombak atau lagi tepatnye batch aku sendiri yg terdiri drpd Aku, Raja, Shukri, Akasah, Marzuq dan Amira telah dijemput utk menghadiri satu program Iftar yg dikelolakan oleh Management Committee Gayong UIA PJ. Diselitkan bersama penyampaian sijil dan bengkong sempena Ujian Kenaikan Bengkong yg telah dijalankan pada 6 Disember tahun lalu. Tentatif nye kalo tak silap aku adalah seperti berikut :-

Ketibaan VIP (Cikgu Selamat. Cikgu Jasmi & Cikgu Sham)
Ucapan VIP dan Perasmian
Penyampaian Bengkong dan Sijil
Iftar
Solat Maghrib berjemaah
Penyampaian Cenderahati kepada VIP
Tayangan Video Persembahan Martial Art Exhibition
Solat Isyak berjemaah
Solat Tarawih dan Witir
VIP beransur pulang
Sesi tak Formal antara Pesilat UIA Pj dan UIA Gombak

..barisan VIP tengah menjamu selera..Cikgu Sham, Cikgu Selamat dan Cikgu Jasmi..

..eating time..:D

..aik?? da abes makan da..cepat nyer..huhu..

..masing2 tengah khusyuk tengok video demo Martial Art Exhibition..

Malam tu habes lewat jugaklah sebab kebetulan program ni mungkin yg terakhir utk batch UIA PJ yg ambek satahun setengah. Adalah jugak kata-kata dan sikit penerangan dari kitorang2 nih tentang sejarah penukaran Gurulatih sebelum ni. Huhu. Majlis bersurai jam 1130 mlm.

..sepatah 2 kata dari aku..tapi agak gagap sikit sebab dah lame tak cakap kat depan..huhu..

..muka tengah fokus..

..barisan srikandi2..

2. Hari Sabtu yg lepas first tyme family aku gathered bukak puasa sesama kat rumah parent aku kat Rawang. Huhu. Maklumlah, kedua-dua abang aku dah dirikan rumah tangga. So, susah sikit nak bukak puasa cam dulu. Best jugaklah. Nampak jelas dari air muka mak bapak aku perasaan seronok dan gembira sebab semua anak2 die bukak sekali cam dulu.

3. Hari Ahad nye pulak aku pulang ke UIA Gombak awal sikit dalam jam 1 petang aku bertolak dari Rawang sebab nak buat preparation sikit utk exam midterm minggu ni. Huhu. Petang tu jugak aku ajak member aku, Zaini (die yg suruh tulis nama die dalam blog aku nih..hehe) utk bukak puasa kat Burger King. Yumm~ lame giler tak makan Burger King. Lepas habes makan jer terus pulang ke UIA Gombak utk tunaikan solat Maghrib dan prepare utk Solat Tarawih pada malamnya.

..ketara muka tak sabo nak bukak pose..haha..

..boleh tahan gak gambo ni..:P

..yuummm~..hidangan utk due org..

4. Last but not least, keadaan aku yg agak genting yakni terpaksa menghadapi Quiz dan Exam Midterm bertubi2 minggu ni. So, tu pun salah satu sebab aku dah jarang blogging. Huhu.

Setakat ni jer dulu. Aku nak pegi study kejap. Kejap lagi nak kene jawab paper BM and Quiz Engineering Drawing. Adoyai~ Doakan aku dpt skor both of them. Amiin.

Tuesday, 17 August 2010

Quiz > Tension > KFC

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu kite sekali lagi dalam laman 'MyStory' yg tak seberape ni. Hehe..macam siaran tv pulak. Pagi ni aku rase agak tenang sikit berbanding pagi2 sebelum2 ni mungkin sebab tiada bende yg memberi tekanan kpd aku utk pagi ni seperti quiz n everything. Juz aku paling suke waktu pagi sebab waktu ni lah internet paling laju kat mahallah aku ni. So, waktu ni jugak aku suke online especially blogging cam sekarang ni. Hehe. Hari ni nak cakap pasal ape yer? Hmm~

Sebelum tu aku terasa cam nak kongsi sikit ketensionan aku semalam sebab tak dapat jawab quiz electric circuit dengan sebaiknya. Huhu. Dahlah soklan nye susah n complex giler (bg aku) pastu bagi mase juz satu jam jer. Agak tension disitu. Terasa macam kelam-kabut jer jawab semalam sebab nak kejar mase takut times up. Tambah2 pulak air cond kelas aku mase tu sejuk gilerzz secara tak langsung menyebabkan fokus aku terganggu. Memang macam nak bekukan orang jer. Huhu. Bapak tension!!

Abes jer quiz tu aku terus balik bilik dengan keadaan tension. Demi meredakan keadaan aku ketika itu, aku pun ajak roomate aku pegi bukak puasa kat luar. Die pun setuju. Ye la, die tu kalo bab makanan mmg tak pernah membantah. Hehe. Kitorang berdua pun pergilah bukak kat KFC Giant Batu Caves. Habes jer makan, kitorang solat maghrib dan terus balik uia. Huhu. Sempat jugak aku solat isyak n tarawih kat Masjid Uia Gombak tu. Alhamdulillah.

Sempena kite menyambut bulan ramadhan kareem ni, aku nak kongsikan sikit satu hadis yg aku terbaca ketika blogwalking. Huhu.

"Daripada Abu hurairah R.A berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan kelakuan dengan dasar dusta (berdusta dengan anggota), maka Allah s.w.t tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum (berpuasa)."
-Hadith Riwayat Bukhari-

Semoga kite same2 mengambil iktibar drpd intipati hadis diatas dan amalkan setiap mase. Wallahualam.

Monday, 16 August 2010

Tangguh Membawa Padah

Assalamualaikum.

Penulisan kali ni berkisarkan hanya kerana assignment yg aku tangguhkan lebih kurang 2 minggu lamanya akhirnye terpakse membekalkan lebih 5 jam utk menyiapkan nye disaat2 akhir. Sebenarnya assignment yg aku maksudkan ialah lab report utk experiment electric circuit yg pertama. Fuh~ leceh giler aku nak siapkan malam tu. Due date submission die esok pagi nye. Naseb baek roomate aku semua satu group ngan aku, so, kirenye kitorang berempat memang tak tido langsung hari tu semata2 nak siapkan assignment tu.

..'Umar yg tengah berusaha menangani rasa mengantoknye..

..Jeni yg masih tekun menyiapkan report..

..Muslim yg telah nmpk simptom2 utk syahid..Hehe..

Kitorang mule buat jam 10 malam dan selesai buat lebih kurang jam 445 pagi. Lame tue!! Tension pun ade jugak lagi2 kalau dah tulis pepanjang tapi sedar2 silap tulis pulak. Huhu. Memang lepas kitorang siap tu sempat gak memejamkan mata kejap atas katil dalam bebape minit then terus pegi sahur. Huhu. Kepenatannya masih terasa hingga kini. Badan yg agak letih dan lesu ditambah dengan kelopak mata yg agak berat utk dibuka.

Alhamdulillah, assignment tersebut telah pun berjaya disubmit pada pagi hari berikutnye. Huhu. Ini mungkin akan jadi pengajaran kite bersama utk tidak menangguhkan assignment hingga ke saat2 akhir tarikh ia kene submit.

..keadaan bilik ketika malam tersebut..agak bersepah..Huhu..

Antara yg bersama2 memerah otak menyiapkan lab report pada ketika itu :
Shahrol Amin Ibrahim
Muslim Abdullah Zaik
'Umar Abd Aziz
Ruzaini Nape
Hafiz Firdaus
Hafiz GanOo..Hehe tak ingat name penuhnyer..

Wallahualam.

p/s: Ini mungkin kali kedua dalam sejarah idop aku sebagai student uia tak tido semalaman sebab kene siapkan assignment yg tertangguh..Hehe..:P

Saturday, 14 August 2010

The 5th Day of Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada ku utk menghirup udara pinjaman-Nya di bulan yg penuh barakah ni. Hari ini dah masuk 5 hari kite menunaikan ibadah puasa. Macam2 lagat umat akhir zaman ni berpuasa. Tapi yg ketara aku perhatikan berbeza dari bulan2 lain ialah kesunyian di waktu tengahari. Haha. Tak tahu lah sebab dorang tido ke atau beribadah.


..Ah lan Wa sahlan Ramadhan..

Pastu yg menjadi trend zaman sekarang ni ialah pemilihan menu utk berbuka puasa. Hehe. Macam dalam keluarga aku sendiri. Untuk makluman, sepanjang bulan ramadhan memang keluarga aku tak pernah and I mean never, bukak puasa makan nasi. Standard kitorang akan beli makanan kat Bazaar Ramadhan. Then, utk menunye pulak kitorang akan role ikut pilihan my siblings and parents. Contohnye macam hari pertama Ramadhan, menunye aku pilih Murtabak. So, one family akan bukak makan murtabak then ade la sikit kuih muih sampingan seperti Kuih Tepung Pelita, Popia dan Kuih Seri Muka. Huhu. Macam tu lah trend keluarga kitorang bukak puasa.


..Pasar Ramadhan Taman Melawati..

Menu 'Bukak Puasa' on the First Four Day of Ramadhan :-
First Ramadhan : Murtabak (Aku)
Second Ramadhan : Kebab (Mak)
Third Ramadhan : Roti John (Adek)
Fourth Ramadhan : Roti Jala (Kakak)
.............

Alhamdulillah jugak setakat ni taklifat aku sepanjang Ramadhan ni aku dapat konsistenkan yakni menunaikan Solat Subuh secara Jemaah ni masjid/surau. Untuk tadarus Al-Quran pulak aku harap dapat khatam 30 Juzu' sebelum masuk bulan Syawal nnt. Amiin.


..Solat Subuh berjemaah di Masjid..


..amalan Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadhan..

Wallahualam.

Tuesday, 10 August 2010

Ramadhan Kembali

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik jer sedar2 dah masuk bulan ramadhan yg mana kite tahu kelebihan dan tingginye darjat bulan ramadhan berbanding bulan2 islam yg laen terutama terhadap golongan umat akhir zaman ni.


Bulan ramadhan ni kite boleh anggap seperti satu madrasah untuk mentarbiah jiwa dan peribadi seseorang dan membentuk akhlak yg mulia disamping sebagai satu medium utk kite meningkatkan pahala. Sebab kite pun sedia maklum bahawa sepanjang bulan ramadhan al-mubarak ni, segala amalan sunat yg kite amalkan diberi balasan pahala fardhu dan amalan fardhu pulak diberi balasan 70 kali ganda. Tak ke banyak tu. Tambahan pulak kelebihan bulan ramdahan yg tiada pada bulan2 laen yakni adenye Lailatul Qadr dimana beramal pada malamnya adalah lebih baek dari seribu bulan.

Pastu aku rase majoriti kite tahu yg sepanjang bulan ramdhan jugak semua setan2 dan iblis2 diikat dan pintu syurga ar-Rayyan dibuka seluas-luasnya khas utk orang2 yg berpuasa. So, sekiranya seseorang yg tak dapat kawal nafsunye sepanjang bulan ramdhan adalah bukan disebabkan oleh godaan syaitan, maka matlamat setan2 yg berbakikan 11 bulan sebelumnya mengasuh nafsu2 manusia kearah negatif bagi menghadapi bulan ramdhan dianggap telah berjaya.

Marilah sama2 kite perbanyakkan amalan2 sunat sepanjang bulan yg mulia ni.

Antara target aku sepanjang bulan ramadhan tahun ni :-
- Memperbanyakkan solat berjemaah kat masjid.
- Khatam 30 Juzu' Al-Quran.
- etc.

So, akhir kata beribadahlah sebanyaknya seolah2 kite akan mati esok lagi2 dalam bulan ramadhan ni. Insyallah, Allah akan melipat gandakan pahalanya jika kita lakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.


"SELAMAT MENYAMBUT SYAHRU RAMADHAN SYAHRU MUBARAK"

Wallahualam.

Monday, 9 August 2010

Kejohanan Pencak Silat (Dewasa & Remaja) Selangor

Assalamualaikum.
(..Satu Misi lagi baru selesai..and now preparing for the next..huhu..)

Hujung minggu yg lpas aku baru jer menyertai Kejohanan Pencak Silat (Remaja & Dewasa) PESAKA Negeri Selangor yg diadakan di Dewan Sukan Tempur, Seksyen 6 Shah Alam. Kejohanan ni merupakan kejohanan terbuka bermaksud semua orang leh join. Takde had umur dikenakan. So, dengan kate laen ramai gak star2 join kejohanan ni. Coach2 pun ade yg join. Gempak gak lah. First time tengok coach2 bertanding dalam gelanggang.

Tapi byk gak kekurangan yg aku nmpk sepanjang kejohanan ni dijalankan terutama dari sudut teknikal wasit-juri. Dahlah dijalankan serentak kejohanan peringkat remaja dan dewasa dengan hanya menggunakan 3 gelanggang. First tyme gak aku tengok lebih 450 game olahraga yg dorg kene habeskan dalam mase 3 hari. Hoho. Mane tak nye kelam kabut. Tu baru kategori silat olahraga. Yg kategori silat seni pulak dengan ramai nye pasukan yg tarlepas giliran sebab susun atur jadual pertandingan yg tak tetap. Kate mule2 pertandingan pagi pastu tibe2 suka ati dorang je nak tuka petang pulak dan macam2 lagi. Huhu.

..penat2 ready dari pagi tetibe tangguh sampai petang pulak..huhu..

Tu sume bab kekurangan yg aku nampk utk kejohanan kali ni. Pape pun, alhamdulillah utk johan keseluruhan peringkat remaja telah dimenangi oleh Daerah Gombak. Manakala utk johan keseluruhan peringkat dewasa pulak tak laen tak bukan disandang oleh Team SUKMA Selangor. Hooray!! Due2 team aku. Hehe. Anyway. Tahniah diucapkan kepada kedua2 pasukan.

..kontinjen Daerah Gombak yg memenangim Johan keseluruhan Peringkat Remaja..Syabas!!

..Team Sukma Selangor..Johan Keseluruhan Peringkat Dewasa..

Aku pulak, alhamdulillah berjaya mengekalkan Juara Kategori Silat Seni Regu Putera. Pasni aku kene ready utk Kejohanan Peringkat Kebangsaan pulak bulan 10 ni. Pape pun sekarang ni aku nak mule concentrate n cover balek study aku sepanjang kesibukan nak hadapi game dulu.

..tak malu bergambar bersama medal member..hehe..

Ok lah. Setakat ni jer dulu penulisan kali ni. Wallahualam.

Sedikit galeri gambar2 sepanjang perjalanan kejohanan :-

..sudut kontinjen Daerah Gombak..

..first tyme coach belanja kfc n benarkan minum ais..hehe..

..lepak2 & sembang2 lepas solat asar..

..dinner makan ABC Special RM2.50 bersama dak2 silat seni..yumms~

..kontinjen SUKMA Selangor semasa closing..

..majlis penutup yg agak tergesa2 nak habes..huhu..

Wednesday, 4 August 2010

Halaqah + McD + Jem

Assalamualaikum.

Semalam aku telah lalui satu hari yg agak stress. Semalam aku rancang nak balik rumah sebab nak ambek keta coz petang ni insyallah aku akan gerak ke penchala bg mengikuti sesi latihan terakhir utk menghadapi pertandingan silat yg akan diadakan pada hujung minggu ni. Actually, boleh jer kalo aku nak pegi penchala naek moto jer. Tapi sebab my mother ni risau sgt keselamatan aku kalo naek moto, so die suh aku amek keta kat umah kalo nak pergi mane2 tmpt yg jauh. Huhu.

So, nak dijadikan cerite nye, sesampai jer aku kat umah dengan penuh harapan utk ambek keta 'ferarri' merah aku, tetibe tengok keta tu takde kat umah. Coz mak bapak aku bawak keta tu balik Rawang. Jauh tu. Aku pulak kene rushing sebab maghrib tu aku kene hadiri satu halaqah kat masjid Uia Gombak. Agak tension di situ. Huhu. So, lepas aku call mak aku, dorang pun terus bergegas pulang ke umah. Aku dengar bapak aku bawak cecah 140km/h sepanjang perjalanan sebab nak kejar mase. Mak aku pulak tak henti2 berzikir mase dalam keta tu. Sesampai jer mak bapak aku kat umah, aku terus bergerak naek keta 'ferrari' tu pergi Uia Gombak. Huhu. Sampai di Uia tepat jam 820 mlm. Agak terlewat 20 minit datang halaqah. Naseb baek naqib tak bape kesah sangat.

Mase tengah sibuk menghafaz ayat dalam halaqah tu, aku baru sedar handset aku tertinggal kat umah. Ni semua gara2 nak rushing, mesti ade yg tertinggal. Lepas halaqah tu habes, aku ajak sorang member aku ni balik umah ak utk ambek handset tu. Lepas tu, disebabkan aku tak dinner ag, ktorang pun singgahlah makan kat McD tepi highway MRR2. Total up makan semua cecah RM 25.80.

..member aku, jeni yg tak pernah menolak pelawaan aku utk makan..hehe..

..aku pulak yg ngah nikmati french fries..yumms~ lame tak makan McD..Hehe..

Lepas perot da kenyang, ktorang terus menuju ke Uia Gombak. Sampai jer dekat2 ngan pintu masuk Uia Gombak, agak terkejut aku tengok banyak giler keta beratur nak masuk. Aku ambek mase dekat sejam jugaklah nak masukkan keta kat dalam tu. Fuh. Sebab bosan sangat menunggu, adelah karoake sikit dalam keta tu. Hehe. Rupe2nye dorang ade buat spot check. Habes sume dak2 yg pakai baju ketat, tudung pendek, takde matrik kad n macam ag kene tahan kat depan guard. Haha. Padan muka dorang. Sape suh langgar undang2. Mesti dorang amalkan 'Rules are meant to be broken' kan. Hehe.

..'ramai' giler keta beratur nak masuk Uia..

..takde keje tangkap gambar..pelik gak orang tengok..hehe..

Sampai bilik jer da nak pukul 1 pagi. Nak study pun tak larat. Nak online pulak lembap giler internet malam. Takde keje, aku terus lelapkan mata awal sikit sambil tengok cite G-Force. Tu je kot cerite sikit pasal semalam. Saje takde keje. Hehe. Wassalam.

p/s: 'ferrari' merah = proton satria kesayanganku. :P

Tuesday, 3 August 2010

Pelepasan

Assalamualaikum.

Ngantok nyer!! Tapi aku terpakse menahan nyer gara2 ada quiz kejap ag. Aku sebenarnye sekarang ni baru jer sampai uia gombak subuh2 ni. Semalam actuallly aku ade latihan silat kat uia pj sampai kul 1230 pagi. So, disebabkan pintu pagar utama uia gombak nih tutup kul 1 pagi and sape yg nak masuk lepas kul 1 pagi nanti pak guard tahan pastu kene saman lak tu, aku pun amek keputusan tidur rumah member aku, Raja yg sama2 pergi latihan malam tu. Fuh~ ngantok gak menunggang moto pagi2 buta kul 545 pagi gerak dari rumah Raja sorang2 and selamat tiba di uia gombak dalam kul 6 pagi tepat mase azan subuh berkumandang.

Nak cerite sikit pasal semalam,
Kelas aku habes dalam pukul 450 ptg. Then aku rancang nak pergi training silat kat sekolah lama aku iaitu SMK Sg Pusu kul 500 ptg tu. Malangnyer, gara2 surat pelepasan ni lah menyebabkan aku tak dapat nak train petang tu. Sebab proses nak mintak approval dari Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi Uia Gombak ni makan masa yg agak lama.

..surat pelepasan yg dikeluarkan oleh PESAKA Negeri Selangor utk semua atlet yg terlibat..

..surat dari pihak unit sukan UIA Gombak utk diserahkan kepada Kulliyyah Engineering utk pelepasan kelas..

Walaupun agak kelewatan by the time surat pelepasan ni berjaya diluluskan, aku still menjengukkan diri di SMK Sg Pusu bg meninjau persediaan pesilat2 nyer yg akan mewakili daerah Gombak utk ke Pertandingan Pencak Silat Remaja Peringkat Negeri Selangor ni. Huhu. Majority nyer masih tak bersedia.

Kate orang, tapi diri aku sendiri ni pun masih tak bersedia utk pertandingan yg sama yg akan aku tempuhi tapi dalam kategori peringkat dewasa. Insyallah aku akan mewakili Team Elit Selangor iaitu satu pasukan yg baru saja dibentuk bawah naungan Pesaka Negeri Selangor terdiri daripada semua/majority pesilat2 SUKMA negeri Selangor di Melaka tempoh hari. Huhu.

Habes pasal Pertandingan. Sekarang ni aku nak masuk sikit pasal latihan silat semalam kat uia pj. Huhu. Utk latihan semalam aku dan beberapa orang berpeluang utk belajar seni keris dari Ckg Selamat. Aku ni pulak kalo dalam Gayong ni dahlah tak pernah/jarang giler belajar ape2 senjata secara rasmi. So, kirenye belajar keris ni pun aku dah excited gak lar. Pastu tambahan pulak tengok ramai member laen dah ade keris latihan sendiri. Ni lagi naek kan semangat aku nak beli gak satu yg harganya cecah RM70. Insyallah minggu depan aku pergi beli ngan member aku tuh.

Oklah, cukup kot setakat ni. Aku nak study kejap then terus melelapkan mata seketika bagi menghilangkan rase mengantok supaya tekdelah terlelap mase ngah lecture nanti. Hehe. Till we see again. Wassalam.

Monday, 2 August 2010

Busy

Assalamualaikum.

Fuh~ busy pulak aku sejak due menjak ni. Nak online pun tak sempat. Ni pun kire sanggup stay up semata2 nak update blog. Hehe. Padahal sebab esok ade quiz. :P

Aku sekarang ni agak busy ngan training silat utk pergi 'game open selection utk kebangsaan peringkat dewasa' yg akan diadakan hujung minggu ni kat shah alam. Kemungkinan besar aku akan mewakili team elit selangor utk kategori regu putera. Training pun baru jer mule ari sabtu lepas. Dengan fitness nyer cam hampes tambah pulak problem sorang dari team aku tak dapat nak join sebab parent tak bagi lak.


..tempat kitorang training..sg. penchala..


..no giliran utk setiap kategori..arggh!! asyik2 dpt giliran terakhir..aduss..

"Team regu putera ni merupakan kategori berkumpulan seramai tiga orang mempersembahkan pergerakan baku secara serentak dan seragam dimana rincian gerakannya selaras satu dunia."

Nasib baek ade sorang lagi member yg memang pernah main kategori regu. So, senang sikit nak touch up die utk game ni. Pastu aku pulak bingung giler pasal assignment aku yg kian bertambah. Disebabkan aku terlalu busy minggu ni aku terpakse mintak member aku settlekan group assignment sorang2. Sorry yek.


..assignment lagi!!..

Huhu. Maleh nak berceloteh panjang. Just nak bg tau aku ni busy jer. Hari ni jer mule kelas pukul 830 pagi sampai pukul 330 ptg. Pastu terus bergegas ke sg. penchala utk training silat then malam nyer pulak gerak ke uia pj sebab ade member buat demo utk martial art exhibition.


..pendekar2 demo..

Fuhh~ penat giler arini. Kalo ikutkan hati cam maleh jer nak stay up. Ngantok sangat. Tapi pikir tak redy utk quiz esok jer ni. Okla. Nak cau dulu. Study sikit ag then nak tido. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...