Merdeka?

Assalamualaikum.

First of all, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke -53. Semoga kite semua terus merdeka dari semua aspek. Insyallah. Tapi bg aku utk hari merdeka tahun ni agak lain dari yg lain. Sebab ape aku cakap cam tu?

Pertama
Hari merdeka tahun ni kebetulan disambut pada malam ke 21 Ramadhan. Kalo ikutkan malam ganjil utk 10 hari terakhir ramadhan ni merupakan antara salah satu petanda kedatangan malam Lailatul Qadr yakni malam yg lebih baik dari seribu bulan. So, mungkin sebab tu kot tak bape nak meriah sangat.

..Ramadhan vs Merdeka..

..keadaan solat subuh yg meriah..

..masjid yg sentiase hidup di akhir2 ramadhan ni..

Kedua
Kebetulan jugak Hari merdeka tahun ni clash ngan minggu exam aku pulak. So, memang takde feel langsung sebab terpakse fokus nak exam. Huhu. Biase nye kalo hari merdeka mesti cuti umum nyer. Then bile dah cuti tu confirm leh balik rumah jumpe keluarga dan anak bini (Oooppss..) Hehe. Tapi sebab ade exam terpakse perap dalam bilik, study jer keje. Huhu.

Ketiga
Pada Hari Merdeka tahun ni, beberapa org sahabatku terpakse meraikannya di Hospital Kuantan. Memang terlalu sedih dan sebak aku tengok dorang. Sebenarnya, mereka telah mengalami kemalangan jalan raya yg agak teruk. Mereka terdiri dari 5 orang iaitu Izwar, Muhsin, Hafiz, Izzat dan Akif.

Kecederaan yg dihadapi oleh mereka:-
Izwar : Mengalami kecederaan yg serius dan sdg berada di ICU.
Muhsin : Mengalami kecederaan di tulang belakang yg amat merbahaya dan patah 2 tulang didepan bahu kirinya.
Hafiz : Bengkak yg besar dan jahitan dibahagian mata serta kakinya pula patah dibahagian lutut. Tangannya penuh dengan kesan luka.
Izzat : Kakinya patah.
Akif : Hanya luka di bahagian kakinya.

Semoga mereka tabah menghadapinya.
"Ya Allah, engkau berikanlah kekuatan kepada mereka utk menempuhi ujianMu ini dengan tabah." Marilah same2 kite mendoakan mereka agar cepat sembuh. Amiin.

Utk cerita lebih detail mengenai kemalangan tersebut boleh klik di sini.

Galeri gambar sepanjang lawatan kami ke Hospital Kuantan utk menjenguk sahabat2 disana:-

..baru sampai kuantan berhenti di masjid utk tunaikan solat jamak qasar..

..keadaan Muhsin yg tak berdaya utk berkata2..

..walaupun sakit, masih berupaya utk menceritakan situasi kemalangan sebenar..

..ramai2 berbuka puasa di rumah Adli..

..Kami datang dengan 1 Tujuan, 1 Harapan, 1 Destinasi iaitu utk melawat sahabat kami yg sedang ditimpa Musibah di Hospital Kuantan..

Setakat ni jer dulu. Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 ni, marilah kite same2 melaungkan Merdeka! x7 Wallahualam.

Comments