The 5th Day of Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada ku utk menghirup udara pinjaman-Nya di bulan yg penuh barakah ni. Hari ini dah masuk 5 hari kite menunaikan ibadah puasa. Macam2 lagat umat akhir zaman ni berpuasa. Tapi yg ketara aku perhatikan berbeza dari bulan2 lain ialah kesunyian di waktu tengahari. Haha. Tak tahu lah sebab dorang tido ke atau beribadah.


..Ah lan Wa sahlan Ramadhan..

Pastu yg menjadi trend zaman sekarang ni ialah pemilihan menu utk berbuka puasa. Hehe. Macam dalam keluarga aku sendiri. Untuk makluman, sepanjang bulan ramadhan memang keluarga aku tak pernah and I mean never, bukak puasa makan nasi. Standard kitorang akan beli makanan kat Bazaar Ramadhan. Then, utk menunye pulak kitorang akan role ikut pilihan my siblings and parents. Contohnye macam hari pertama Ramadhan, menunye aku pilih Murtabak. So, one family akan bukak makan murtabak then ade la sikit kuih muih sampingan seperti Kuih Tepung Pelita, Popia dan Kuih Seri Muka. Huhu. Macam tu lah trend keluarga kitorang bukak puasa.


..Pasar Ramadhan Taman Melawati..

Menu 'Bukak Puasa' on the First Four Day of Ramadhan :-
First Ramadhan : Murtabak (Aku)
Second Ramadhan : Kebab (Mak)
Third Ramadhan : Roti John (Adek)
Fourth Ramadhan : Roti Jala (Kakak)
.............

Alhamdulillah jugak setakat ni taklifat aku sepanjang Ramadhan ni aku dapat konsistenkan yakni menunaikan Solat Subuh secara Jemaah ni masjid/surau. Untuk tadarus Al-Quran pulak aku harap dapat khatam 30 Juzu' sebelum masuk bulan Syawal nnt. Amiin.


..Solat Subuh berjemaah di Masjid..


..amalan Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadhan..

Wallahualam.

Comments