Kejohanan Pencak Silat (Dewasa & Remaja) Selangor

Assalamualaikum.
(..Satu Misi lagi baru selesai..and now preparing for the next..huhu..)

Hujung minggu yg lpas aku baru jer menyertai Kejohanan Pencak Silat (Remaja & Dewasa) PESAKA Negeri Selangor yg diadakan di Dewan Sukan Tempur, Seksyen 6 Shah Alam. Kejohanan ni merupakan kejohanan terbuka bermaksud semua orang leh join. Takde had umur dikenakan. So, dengan kate laen ramai gak star2 join kejohanan ni. Coach2 pun ade yg join. Gempak gak lah. First time tengok coach2 bertanding dalam gelanggang.

Tapi byk gak kekurangan yg aku nmpk sepanjang kejohanan ni dijalankan terutama dari sudut teknikal wasit-juri. Dahlah dijalankan serentak kejohanan peringkat remaja dan dewasa dengan hanya menggunakan 3 gelanggang. First tyme gak aku tengok lebih 450 game olahraga yg dorg kene habeskan dalam mase 3 hari. Hoho. Mane tak nye kelam kabut. Tu baru kategori silat olahraga. Yg kategori silat seni pulak dengan ramai nye pasukan yg tarlepas giliran sebab susun atur jadual pertandingan yg tak tetap. Kate mule2 pertandingan pagi pastu tibe2 suka ati dorang je nak tuka petang pulak dan macam2 lagi. Huhu.

..penat2 ready dari pagi tetibe tangguh sampai petang pulak..huhu..

Tu sume bab kekurangan yg aku nampk utk kejohanan kali ni. Pape pun, alhamdulillah utk johan keseluruhan peringkat remaja telah dimenangi oleh Daerah Gombak. Manakala utk johan keseluruhan peringkat dewasa pulak tak laen tak bukan disandang oleh Team SUKMA Selangor. Hooray!! Due2 team aku. Hehe. Anyway. Tahniah diucapkan kepada kedua2 pasukan.

..kontinjen Daerah Gombak yg memenangim Johan keseluruhan Peringkat Remaja..Syabas!!

..Team Sukma Selangor..Johan Keseluruhan Peringkat Dewasa..

Aku pulak, alhamdulillah berjaya mengekalkan Juara Kategori Silat Seni Regu Putera. Pasni aku kene ready utk Kejohanan Peringkat Kebangsaan pulak bulan 10 ni. Pape pun sekarang ni aku nak mule concentrate n cover balek study aku sepanjang kesibukan nak hadapi game dulu.

..tak malu bergambar bersama medal member..hehe..

Ok lah. Setakat ni jer dulu penulisan kali ni. Wallahualam.

Sedikit galeri gambar2 sepanjang perjalanan kejohanan :-

..sudut kontinjen Daerah Gombak..

..first tyme coach belanja kfc n benarkan minum ais..hehe..

..lepak2 & sembang2 lepas solat asar..

..dinner makan ABC Special RM2.50 bersama dak2 silat seni..yumms~

..kontinjen SUKMA Selangor semasa closing..

..majlis penutup yg agak tergesa2 nak habes..huhu..

Comments