Senario Ramadhan + Exam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,
Dah genap 18 hari kite berpuasa termasuk arini. Sedar2 dah nak masuk 10 malam terakhir ramadhan. Tapi kenape aku rase ramadhan tahun ni macam cepat jer berlalu. Pejam celik pejam celik sedar2 dah hari ke 18 dah. Hmm. Kalau solat witir tu dah boleh mule buat doa qunut utk rakaat terakhir. huhu.

Aku rase cam sikit jer amalan yg aku buat setakat ni. Mungkin disebabkan sepanjang beberape minggu belakangan ni agak busy dengan persediaan nak hadapi Quiz, Assignment dan Midterm Exam. Tapi walau apepun, alhamdulillah sebab aku masih dapat istiqamah dalam berjemaah solat subuh, isyak dan tarawih di masjid dan berjaya khatam 30 juzu' Al-Quran.

..Al-Quran yg aku khatamkan..

..Kopiah yg dibeli oleh sahabatku, Helmi di Masjid India..tapi gune duet ak..hehe..

Tengah aku belek profile mukabuku (facebook) ku, aku ternampak satu note yg dipostkan kat dalam laman ni yg telah menarik perhatian aku. Tapi disebabkan note tu telampau panjang, so aku just letakkan link die jer kat sini. Banyak pengajaran yg kite boleh dapat dari situ. Bukan nak menyokong Yahudi, tapi kekadang kite terlupe semua yg Rejim Zionis amalkan semuanye telah awal2 termaktub dalam sirah Rasullulah mahupun Kalam Allah sendiri. Kenape kite susah nak amalkan perkara tersebut. Itu yg perlu dijadikan persoalan. Pikir2kan.

Di kesempatan ni aku nak berkongsi sikit mengenai Adab2 Berbuka Puasa yg aku terbaca tadi.

1) Berdoa ketika Berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

2) Berbuka Dengan Rutab, Tamar atau Air
Anas berkata: "Rasullulah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum solat. Jika tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar, maka beliau minum beberapa teguk air." (Hadis Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

3) Makan dengan Sederhana
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (Surah Al-A'raf:Ayat 31)

4) Segerakan Solat Maghrib
Lepas buka puasa dengan tamar atau air, jika makanan masih belum dihidangkan, kita perlu segera menunaikan solat. Tapi, jika makanan sudahpun dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan utk menunaikan solat.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasullulah SAW bersabda yg bermaksud: " Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jemaah) sudah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setakat ni jer pengisian untuk kali ni. Semoga segala adab2 tersebut kite dapat amalkan sentiasa. Wallahualam.

-Senario Minggu Exam-
*gambar hiasan*
..takde keje tengah2 study pakai helmet..Wakaka..Jgn mara :P

*Keadaan ak skrg yg agak tertekan dan busy study utk next exam (Calculus, Ungs, E.C. ). Huh~ Doakan aku dapat buat dengan sebaiknye. Amiin.

Comments