Pelepasan
Assalamualaikum.
Ngantok nyer!! Tapi aku terpakse menahan nyer gara2 ada quiz kejap ag. Aku sebenarnye sekarang ni baru jer sampai uia gombak subuh2 ni. Semalam actuallly aku ade latihan silat kat uia pj sampai kul 1230 pagi. So, disebabkan pintu pagar utama uia gombak nih tutup kul 1 pagi and sape yg nak masuk lepas kul 1 pagi nanti pak guard tahan pastu kene saman lak tu, aku pun amek keputusan tidur rumah member aku, Raja yg sama2 pergi latihan malam tu. Fuh~ ngantok gak menunggang moto pagi2 buta kul 545 pagi gerak dari rumah Raja sorang2 and selamat tiba di uia gombak dalam kul 6 pagi tepat mase azan subuh berkumandang.
Nak cerite sikit pasal semalam,
Kelas aku habes dalam pukul 450 ptg. Then aku rancang nak pergi training silat kat sekolah lama aku iaitu SMK Sg Pusu kul 500 ptg tu. Malangnyer, gara2 surat pelepasan ni lah menyebabkan aku tak dapat nak train petang tu. Sebab proses nak mintak approval dari Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi Uia Gombak ni makan masa yg agak lama.
..surat pelepasan yg dikeluarkan oleh PESAKA Negeri Selangor utk semua atlet yg terlibat..
..surat dari pihak unit sukan UIA Gombak utk diserahkan kepada Kulliyyah Engineering utk pelepasan kelas..
Walaupun agak kelewatan by the time surat pelepasan ni berjaya diluluskan, aku still menjengukkan diri di SMK Sg Pusu bg meninjau persediaan pesilat2 nyer yg akan mewakili daerah Gombak utk ke Pertandingan Pencak Silat Remaja Peringkat Negeri Selangor ni. Huhu. Majority nyer masih tak bersedia.
Kate orang, tapi diri aku sendiri ni pun masih tak bersedia utk pertandingan yg sama yg akan aku tempuhi tapi dalam kategori peringkat dewasa. Insyallah aku akan mewakili Team Elit Selangor iaitu satu pasukan yg baru saja dibentuk bawah naungan Pesaka Negeri Selangor terdiri daripada semua/majority pesilat2 SUKMA negeri Selangor di Melaka tempoh hari. Huhu.
Habes pasal Pertandingan. Sekarang ni aku nak masuk sikit pasal latihan silat semalam kat uia pj. Huhu. Utk latihan semalam aku dan beberapa orang berpeluang utk belajar seni keris dari Ckg Selamat. Aku ni pulak kalo dalam Gayong ni dahlah tak pernah/jarang giler belajar ape2 senjata secara rasmi. So, kirenye belajar keris ni pun aku dah excited gak lar. Pastu tambahan pulak tengok ramai member laen dah ade keris latihan sendiri. Ni lagi naek kan semangat aku nak beli gak satu yg harganya cecah RM70. Insyallah minggu depan aku pergi beli ngan member aku tuh.
Oklah, cukup kot setakat ni. Aku nak study kejap then terus melelapkan mata seketika bagi menghilangkan rase mengantok supaya tekdelah terlelap mase ngah lecture nanti. Hehe. Till we see again. Wassalam.
huhuhu, dh strt men keris ke?
ReplyDeletetry wat2 dlu keris gne kayu...
ble dh pro bru la beli..
tahniah dh jd wakil s'gor...
huhuhu, dh strt men keris ke?
ReplyDeletetry wat2 dlu keris gne kayu...
ble dh pro bru la beli..
tahniah dh jd wakil s'gor...