Harga Minyak Dunia TURUN tapi di Malaysia NAIK. APAKAH?!!
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis walau diri dipenuhi dengan kesibukan hal dunia. Alhamdulillah dan syukur juga dengan secara tak rasminya Perodua mengumumkan pengeluaran model kereta terbaru mereka secara tak langsung tugasku mengemudi projek model tersebut untuk pembangunan unit shock absorber belakang telahpun menghampiri penghujungnya sebelum secara rasminya diserahkan kepada pihak pengeluaran (Production Team) selepas tiga bulan pertama mass production. Untuk pertama kalinya 100% reka bentuk luaran direka sendiri oleh Perodua tanpa mengadaptasikan reka bentuk dari negara luar yang lazimnya menggunakan model-model keluaran Daihatsu untuk pengeluaran model-model sebelum ini. Syabas Perodua! You are one step ahead. Untuk melihat sendiri model keluaran terbaru yang juga mengekalkan nama Myvi, boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang pada 9hb hingga 12hb November 2017.
Now lets back to the main topic. Hari Rabu yang lalu bersamaan 8hb November 2017 secara rasminya kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak untuk RON95 sebanyak RM0.07 sen menjadikan harga semasa untuk RON95 berada pada RM2.31 per liter. Kalau kita lihat analisa kenaikan untuk sebulan yang lalu :
5hb Okt 2017 : RM2.19 (+ RM0.03)
12hb Okt 2017 : RM2.16 (- RM0.03)
19hb Okt 2017 : RM2.17 (+ RM0.01)
26hb Okt 2017 : RM2.20 (+ RM0.03)
2hb Nov 2017 : RM2.24 (+ RM0.04)
9hb Nov 2017 : RM2.31 (+ RM0.07) !!!
Dalam masa sebulan penurunan hanya sekali iaitu sebanyak RM0.01 sahaja tetapi kenaikan hingga mencecah RM0.18! What the heck is happening in Malaysia! Dikatakan dalam media antarabangsa juga menerusi media tempatan, harga pasaran minyak dunia menurun. Tapi di Malaysia masih dengan kenaikan demi kenaikan. Mula dulu aku tak berapa gemar untuk menuding jari menyalahkan pihak kerajaan akan setiap kenaikan yang dikenakan terhadap harga minyak, harga barang, harga tol dan lain-lain tapi sampai tahap ia memberi impak bebanan untuk aku sendiri selaku warga marhaen yang bekerja makan gaji yang setiap bulan berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan, aku kira keadaan ini dah melampau. Kalau dulu selalu isi minyak sebanyak RM30 boleh capai lima ke enam bar. Tapi kini hanya empat ke lima bar sahaja. Tersentap dan marah pun ada. Lepas tu PM boleh kata setiap kenaikan harga minyak di Malaysia ini bukan salah dia. Abah kau! Maaf sedikit emosional bila rakyat seperti aku dah mula dihimpit dan ditindas oleh kerajaan negara sendiri. Berikut adalah perbelanjaan minyak keretaku untuk dua bulan yang lalu :
Okt 2017 : RM660 sebulan
Sep 2017 : RM430 sebulan
* tolong jangan keluarkan statement seperti Ahmad Maslan ya! Kalau harga minyak naik jangan naik kereta, naik public transport. Berpadalah nak keluarkan statement. Kalau memang keperluan untuk menggunakan kereta (perihal kerja dan peribadi) tak boleh nak buat macam mana juga. Yang masalahnya harga minyak, bukan kereta. Kereta tetap sama, yang berubahnya harga minyak. Jangan salahkan ibu yang mengandung kalau anaknya perangai macam 'setan'. Please hadam!
Dan korang boleh bayangkan kalau ianya terus dan terus meningkat. Dua bulan sahaja dah mencecah seribu lebih. Dan akan ada satu ketika rakyat dah lali dan tak boleh buat apa dengan kenaikan ini. Dan ketika itu rakyat dah fed up dan jangan terkejut jika ada satu ketika rakyat mula bangkit untuk memperjuangkan hak mereka secara agresif. Ini belum bercakap mengenai GST lagi. Yang dikatakan seolah kemunculan GST mampu menurunkan harga barang. Abah kau! Makin bertambah kos sara hidup ada lah! Kekadang aku bingung apakah golongan-golongan yang di'pilih' dan di'bayar' untuk memperjuangkan hak rakyat buat di atas? Apakah peranan mereka? Adakah hanya sekadar memperjuangkan sebab-sebab kenaikan dibuat dari persepsi kerajaan sahaja? Di sini mungkin pembangkang banyak main peranan untuk cuba membidas. Bukan untuk bercakap pasal politik. Tapi aku lihat sekarang kebanyakan isu-isu berkaitan kesusahan dan peningkatan kos sara hidup warga marhaen seperti aku ini sangat banyak dipolitikkan. Masing-masing menuding jari mereka yang salah. Dia sahaja yang betul. Yang muda maki yang tua. Yang tua keluarkan statement yang tak berasas. Entah apa lah nak jadi dengan Malaysia sekarang. Dikala mereka yakni golongan politik memperjuangkan agenda parti masing-masing juga mungkin ada dalam kalangan mereka memperjuangkan agenda peribadi, rakyat makin tenat dihimpit dengan kesusahan untuk terus survive menempuhi hari-hari yang mendatang di tanah air sendiri.
Sekadar melepaskan kegeraman yang tersemat di dada dalam bentuk penulisan. Kalau lepaskan menerusi kata-kata mungkin akan lagi emosional agaknya. Haha.
Wallahualam.

Comments
Post a Comment