Sunday, 9 December 2012

Stress Melanda

Assalamualaikum.

Ya Allah. Stressnya aku memikirkan kondisi akademikku yang semakin terbengkalai. Esok je dah kene submit dua report Automotive Lab III. Esok jugak ade satu paper Midterm Machine Design dan Quiz GEN4100. Esok jugak kena submit borang Shortlisted companies untuk praktikal tahun depan.

Ya Allah. Dalam keadaan stress aku selalu tercari2 ape yang aku nak buat untuk hilangkan stress. Aku ingat lagi, dahulunya aku seorang yang suka memulaukan diri sendiri ketika stress. Bukan nak lari dari masalah. Tapi nak mengelakkan diri dari menambahkan lagi masalah. Means kalau aku stress aku ade potensi untuk melepaskannya kepada orang yang tak bersalah. Aku baring di atas katil keseorangan dan kekadang tidur. Pasang earphone dengar lagu nasyid. Lagu yang menenangkan jiwa. Kekadang ada jugak mendengar alunan ayat2 suci Al-Quran untuk mengubat jiwa yang tengah lara ketika itu. Dan kemudian aku terpengaruh dengan sahabatku yang suka makan tika jiwa dilanda stress. Dan sekarang ini. Aku tersangat stress. Sangat perlukan seseorang untuk berkongsi dan melepaskan apa yang terpendam dalam hati ini dan sangat memerlukan nasihat mereka.

Dalam keadaan aku dikelilingi assignment yang bertimbun. Persediaan untuk menghadapi kejohanan minggu depan yang masih belum cukup. Dengan stamina yang masih belum capai tahap yang ideal. Dengan memikirkan masalah kunci stor gelanggang yang hilang berpunca dari sikap cuai aku sendiri. Quiz dan assignment semua subjek yang akan ditangguh ke minggu terakhir sebelum Final Exam. Praktikal Test dan MCQ Test untuk Automotive Skills 1 yang juga ditunda ke minggu yang sama.

"Ya Allah, Engkau tenangkanlah hatiku. Engkau jauhilah aku dari bersikap dan berfikiran negatif. Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi ujian-Mu ini. Amiin."


Mood :
70% ASEAN University Games, Viettiane Laos 2012
30% Midterm Machine Design + Quiz GEN4100

Quote of the day :
"What separates them is what goes on behind the eyes."

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...