Bahang ASEAN University Games kian terasa

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik sedar2 lagi dua minggu jer lagi aku bersama teamateku akan fly ke Laos untuk Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN. Persediaan yang tak berapa nak rapi gara2 bermacam2 faktor dan antara yang utamanya ialah faktor bakal meng'skip' kelas selama hampir 2 minggu. Hakikat sebenar memang surat pelepasan telah pun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi khusus untuk semua atlet2 IPT Malaysia yang akan ke sana. Tapi diri ini terasa sangat runsing dan bimbang memikirkan keadaan akademikku yang kini semakin menghampiri zon peperiksaan akhir semester. Midterm pun ade subjek yang belum habis lagi. Ini pulak nak memikirkan persediaan untuk final.

Susah untuk aku terangkan situasiku ini sebagai student UIA kepada member2 teamate dari universiti lain. Universiti lain mungkin lain die punya polisi dan prosedur untuk diberi pelepasan. Dan UIA pulak majoriti pensyarahnya ialah dalam kalangan foreigner. Ok. Bila dah kata foreigner ni, bukan dorang faham pun pasal sukan2 ni. Lantak kau la wakil negara ke, berjuang untuk negara ke, dapat juara dunia sekali pun, lantak pi la. Yang penting kau datang kelas aku, attend kuiz exam semua. Baru aku bagi lulus. Lebih kurang cam tu la. Ingat lagi mase minggu kedua ketika aku sibuk menyebarkan surat pelepasan untuk Kejohanan Silat Antarbangsa Piala TPM tempoh hari. Punya semangat aku nak kasi kat lecturer aku cakap aku wakil negara semua, last2 die boleh pulak kata dalam nada yang agak serius kat aku, "Don't make it as a habit." Dan ada la diselitkan kata2 yang lagi menyakitkan hati aku. Dan ade pulak situasi berlaku kat adik aku ketika beliau duk nak berunding dengan lecturer beliau berkenaan exam yang jatuh pada hari kejohanan tempoh hari. Dan   kata2 lecturer ni lagi sakit hati, lebih kurang die kata "You better DROP this subject". Ok. Dah cukup kot situasi yang aku dah keutarakan di sini nak menunjukkan fenomena meminta pelepasan bila delaing dengan lecturer foreigner ni. Kekadang aku rasa bertuah sangat dengan member2 yang dapat lecturer melayu. Yang boleh memahami situasi kami dan yang paling peting yang boleh bawak berunding. Itu baru mintak pelepasan, belum lagi fikirkan masa bila pulak aku nak curi untuk cover balik study yang ku tinggalkan selama 2 minggu tu.

Minggu depan dah start KEM LATIHAN PUSAT kontinjen MALAYSIA untuk persediaan ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN untuk semua sukan yang berkampung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Surat pelepasan masih belum sampai ke tangan kami. Huhu. Tak sangka detik2 sebegini akan ku lalui sebelum menempuhi arena peperangan bulan depan. Dengan bermacam2 persediaan yang kami belum buat. Stress dan tertekan tu dah macam lumrah dah. Dengan persediaan fitness, persediaan peperiksaan final semester, pelepasan kelas, nak kene deal dengan lecturer untuk buat make up kuiz dll. Huhu.

Aku selalu ingat pesan coach aku, iaitu
"Allah SWT takkan berikan kejayaan itu datang bergolek. Dia akan menguji kita terlebih dahulu dengan seberapa banyak dugaan sehingga kita betul2 layak menerima kejayaan itu."

Kekedang bila difikirkan balik, ade betulnya statement coach aku ni.
Teringat situasi yang dihadapi oleh teammateku sendiri tapi beliau main kategori lain. Beliau telahpun menjuarai Kejohanan Pencak Silat MASUM 2012 dan Kejohanan Pencak Silat IPT & Antarabangsa TPM 2012 dan sepatutnya beliau lah selayaknya mewakili Malaysia untuk ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN bulan depan. Tapi malangnya tempat beliau telahpun diisi dengan pesilat import dari Team ELIT Malaysia yang memenangi pingat GANGSA di Kejuaraan Silat Dunia yang baru saja berlalu beberapa minggu yang lalu. Bila di lihatkan kembali, begitu mudah laluannya untuk terus maju ke hadapan. Tanpa mengadapi ujian dan masalah2 dari bermacam2 aspek. Dan di situ Allah SWT telah buktikan. Mereka tak terpilih untuk ke sana. Dan di situ aku sangat bersyukur. Walaupun diikutkan begitu banyak ujian dan dugaan yang ku lalui bermula dari pertengahan tahun tempoh hari, akhirnya alhamdulillah namaku berjaya tersenarai dalam skuad negara yang akan ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN bulan depan. Mungkin rezeki member aku tu tahun depan atau tahun seterusnya. Insyallah.

Di sini, kami secara khususnya Team REGU PUTERA skuad Pencak Silat IPT Malaysia dan secara amnya Skuad Pencak Silat Malaysia ingin memohon agar rakan2, sahabat2 dan kenalan2 diluar sana supaya dapat mendoakan kejayaan kami di sana bulan depan. Perjuangan kami memelihara maruah negara. Dan dengarnya pula kejohanan kali ini akan disertai oleh team2 ELIT negara ASEAN yang lain. In other words, they might be the player who have just participate in the Worldchampionship Games last week. Sangat2 cuak bila lihat performance dan persembahan mereka di Worldchamp tempoh hari. Namun, insyallah dalam hati ni sentiasa kuat dan percaya akan kekuatan team kami untuk mengalahkan mereka. Moga pemergian kami nanti akan diiringi doa dari semua rakyat Malaysia. Insyallah. Wallahualam.

Comments