Laman Sesawang yang berSawang

Assalamualaikum.

Sekian lama tak menaipkan sesuatu di laman sesawang ni. Diri ini terasa sibuk tambahan keadaanku kini yang berada dalam zon persiapan sebelum menempuhi satu kejuaraan yang paling besar yang pernah ku sertai setakat ni. Keberangkatan ku ke LAOS pada 121212 sehingga 221212. Tarikh yang amat molek dan cantik. Sangat sesuai dibuat tarikh perkahwinan dan aku percaya mesti ramai yang telah merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut. Ok. Out of the topic! Haha.

Ikutkan banyak perkara2 dan kejadian2 yang hendak ku kongsikan di ruangan ini gara2 hampir sebulan lamanya aku tak berblogging. Dulunya aku seorang penggemar blogging. Seorang yang sangat suka mengupdate setiap inci dan detik pengalaman yang pelik dan luar dari kebiasaan yang telah ku lalui. Namun, kekerapanku mengupdate terpaksa ku hentikan atas faktor tertentu, dan kini insyallah jika diberi ruang dan peluang untuk mengupdate, aku akan coretkan sesuatu yang bermakna untuk tatapan pengunjung dan terutama diriku untuk masa akan datang. Sedikit peristiwa yang telah ku lalui selama mana aku menghilangkan diri dari duni blogging...

1) Keberangkatan abang sulungku sekeluarga ke YAMAN dengan misi untuk menuntut ILMU AKHIRAT di sana. Mungkin ada yang berpendapat mengapa beliau memilih untuk ke sana regardless keadaan negara sana yang sekarang masih terumbang-ambing dari segi keamanannya. Ok. Abangku sangat tetap pendiriannya. Niat dan pendiriannya untuk menuntut ilmu agama di sana, berguru bersama syeikh2 di sana, menguasai bahasa Al-Quran dan yang paling penting mempraktikkan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian beliau tak pernah berubah meskipun terpaksa menempuhi macam2 halangan dan ujian untuk ke sana. Pernah terungkap di bibir beliau mengatakan beliau TIDAK AKAN pulang ke Malaysia sekiranya masih tidak lancar berinteraksi menerusi bahasa Al-Quran. Beberapa hari selepas sambutan RAYA HAJI iaitu pada 28 Oktober 2012, mengikut jadual penerbangan beliau ke sana, tepat jam 1040am, beliau sepatutnya berlepas ke YAMAN, namun disebabkan masalah teknikal dari AIRPORT di sana yang membatalkan penerbangan tanpa memberitahu pihak KLIA, penerbangan terpaksa ditunda ke minggu seterusnya dan dijadualkan pada 4 November 2012. Namun, pada hari tersebut juga jadual menerbangan beliau yang sepatutnya berlepas pada jam 445pm telah ditunda ke jam 615pm. Kami sekeluarga sentiasa berfikiran positif dan percaya setiiap apa yang berlaku mesti disusuli dengan hikmahnya. Dan antara hikmahnya, kami masih berpeluang bersama anak2 abangku iaitu Nazrul Ayyash dan Nurul Ikhlas selama seminggu lagi. Kerana perginya mereka pada saat itu tak menjanjikan pertemuan kami sekeluarga bersama mereka untuk sepanjang 2 tahun akan datang. Selamat maju jaya buat abangku sekeluarga! Teruskan usaha menuntut ilmu dan yang paling penting ikhlaskan diri dalam apa jua yang kita laksanakan setiap masa agar ianya akan dikira dan ditimbangkan sebagai ibadah di akhirat kelak. Insyallah. Amiin. MISS YOU Ayyash dan Ikhlas!!


2) Salam MAAL HIJRAH 1434H buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Sambutanku tahun ini tak begitu meriah gara2 keadaanku yang INJURD di bahagian kaki yang menyebabkan aku terlantar di katil rumah seharian menunggu saat kakiku sembuh sepenuhnya sebelum menghadiri latihan intensif pada hujung minggu nya.

NIKMAT YANG PALING KITA SENANG LUPA IALAH NIKMAT SIHAT DAN MASA LAPANG...

Nak tahu kesahihannya boleh lihat keadaan kita bila kita SAKIT dan KESUNTUKAN MASA untuk menyiapkan sesuatu dan ianya seringkali terjadi bila aku hanya memiliki sehari sahaja untuk menelaah sebelum menepuhi exam di esok harinya. Sangat2 STRESS dan TERTEKAN. Tapi betullah. Manusia ni SANGAT susah belajar dan kesilapan lampau. Walau macam mana kite menyesal tak punyai masa yang cukup untuk study for exam, tapi for the next exam still the same. Kita masih tak memanfaatkan sepenuhnya masa lapang kite dengan menelaah pelajaran. Akhir kata, berhijrah lah sementara masih berpeluang. Konsep hijrah yang digariskan dalam ISLAM bukan hanya tertumpu pada penghijrahan dari baik ke buruk, dari hodoh ke cantik dan dari jahil ke pandai sahaja. Ianya lebih dari itu!

3) UPDATE GADGET! Fenomena yang sudah biasa dilihat hari ini. Semua manusia yang terkejar2 dengan pembangunan dan perkembangan teknologi masa kini. Yang paling jelas kita dapat lihat ialah fenomena mengupdate HANDPHONE. Or I would said SMARTPHONE. iPhone, blackberry, samsung dan seumpamanya. Tahun ni je dah bermacam2 model dikeluarkan. Blackberry 9220, Blackberry 9320, iPhone 4S, iPhone 5, Samsung Galaxy SIII, Samsung Galaxy NoteII dan macam2. Baru jer beli Samsung Galaxy SIII, beberapa bulan lepas tu launching iPhone5, terus trade in Galaxy SIII tambah beberapa ratus ringgit dan angkat iPhone5. Pengaliran keluar duit seolah seperti air yang mengalir. Mungkin yang kaya tu , tak terasa sangat. Pada hakikat sebenar aku percaya mesti ada dalam kalangan sahabat2 kita yang cemburu dengan apa yang kita miliki. Kerana keinginan mereka untuk memiliki gadget tersebut terhalang gara2 masalah kewangan akan tetapi melihat kita yang selalu sangat mengupdate teknologi. Wahai sahabat2 sekalian, aku suka nak menasihatkan diriku dan kalian agak kita sama2 hentikan fenomena ini. Tak salah kita nak mengpdate teknologi tapi apa yang seringkali aku lihat hari ini, kebanyakan teknologi inilah yang makin membuatkan kita leka dengan urusan duniawi. Melengahkan solat. Mengabaikan sosial bersama rakan2 dan keluarga. Selalu bersendirian mengadap fb, twitter di smartphone masing2 dan lain2. Kita mungkin tak sedar dengan perubahan kita, tapi percayalah ramai sahabat2 kita yang sedar akan perubahan kita. Ayuh sama2 kita BERUBAH!


4) Yang TERBARU kes ISRAEL MENGEBOM GAZA! Isu yang sangat2 di ambil serius oleh semua umat ISLAM seluruh dunia. Ya Allah, Engkau lindungilah PEJUANG2 ISLAM di Tanah GAZA. Mungkin aku tak mampu berada di sana berjuang secara fizikal, namun aku percaya DOA ITU SENJATA MUKMIN dan aku mendoakan ISLAM MENANG menjatuh zionis2 yahudi di sana. Mereka takut anak bini mereka mati tapi adakah mereka pernah terfikir anak bini orang lain mati macam mana pulak? Bila dah kata musuh Islam tu musuh Islam juga. Isu boikot-memboikot dah mula. Dan seringkali isu memboikot ini di sinonimkan dengan Restoran makanan segera McDonald. Ok. Bila dah mula bercakap mengenai isu PALESTIN rasenya akan lagi memanjangkan post ni. Insyallah akan dicoretkan dan diupdate isu GAZA dari masa ke semasa.



Sekian lama tak mengupdate, sekali dapat update terus panjang berjela entri. Haha. Maaf atas keserabutan penulisan kali ni. Dah lama meninggalkan hobi menulis ni dan sekarang dalam proses memperbaharui kaedah penulisan supaya tak membosankan. Sekian dulu coretan kali ini. Ayuh sama2 kita membantu saudara2 kita di GAZA yang sedang menegakkan Islam di sana. Menderma, mendoakan dan mengupdate isu di sana. Moga ia dicatit sebagai sumbangan kita untuk mereka di sana. Wallahualam.

Comments