Meluluskan Surat Permohonan

Assalamualaikum.
(..Syahdunye terkenang saat bergelar pelajar SMK Sg Pusu..)

Akhirnye, jejak jugak aku kat tempat aku menuntut ilmu suatu ketika dahulu iaitu disekolah lamaku, SMK Sg Pusu setelah terasa lama tak menjenguk dan berjumpe dengan cikgu-cikgu yang telah banyak membantu dan mendorong aku hingga aku berjaya memperoleh keputusan SPM yang agak cemerlang. Huhu.

Sebenarnye, tengahari tadi mase tengah lunch hour aku cube meng'free'kan diri aku untuk pergi ke SMK Sg Pusu berjumpe dengan pihak pentadbir bagi meluluskan surat permohonan aku untuk menggunakan Dewan Mutiara Bestari, SMK Sg Pusu bagi kegunaan latihan silat persediaan ke SUKMA.

Disebabkan aku ni jenis yang tak suke pergi sorang-sorang, aku pun dengan tak malunye mengajak rakan sekerjaku, Syawal untuk menemaniku berjumpe dengan pihak pentadbir. Die pun tak kesah, ikut jer. Tapi ade satu benda yang agak kelakar terjadi semasa kami dalam perjalanan menuju ke sekolah.

..My colleague, Syawal..
Aku saje bagi peluang kat Syawal untuk bawak moto 125z aku. Kirenye aku boleh ar rilek membonceng kat belakang jer. Hehe. Bile sampai jer kat traffic light, lampu merah. So, kitorang pun stop la. Penunggang berhemah la katekan. Tapi yang melucukannya bile dah sampai lampu hijau, nak gerak jer moto tu, engin mati. Maklumlah moto clutch memang Syawal tak biase bawak. Pastu die start balek engin, nak gerak jer moto tu, engin die mati balek. Haha. Sampai 3/4 kali cuba. Lampu yang hijau sampai dah tukar ke merah. Haha. Punyalah lame. Naseb baek tak ganggu laluan orang. Last-last aku offer nak bawak moto tu. Tapi die still berkeras nak test kali terakhir, but same thing happen once again. Akhirnye die redha dan bagi aku bawak sampai ke sekolah. Haha. Kelakar tak? Sukati korang ler nak gelak ke tak. Haha.

Sampai kat sekolah, aku jumpe kat guard pastu die ade bagi borang pelawat. Hoho. Pelawat tu!!! Haha. Kecoh giler.:P Lepas tu aku terus menuju ke pejabat sekolah. Pastu aku tengok semua pentadbir takde. Adoyai~ Tension giler. Punyelah penat-penat datang dari jauh. Jauhlah sangat. Haha. Kerani pejabat tu kate semua pentadbir tengah ade meeting. Aku pun terpakse lah tunggu kejap.

Dalam pada aku tunggu tu banyak pulak cikgu yang masuk pejabat tu. Budak asrama pun ade jugak. Semua tegur aku, aku pun tegur dorang. Syawal pun bisik dalam hatinye, "..famous jugak member aku nih..". Tapi, Camne aku boleh dengar kalau die bisik dalam hati yek? Haha.

Beberape minit kemudian, Tuan Haji Karim (Pengetua) masuk pejabat tu terus tegur aku. Pastu disusuli dengan Puan Muslimah (Pen. Kanan ) dan diikuti dengan Pn Siti Aida (Pen. Kanan HEM). Last-last yang meluluskan surat permohonan aku tu Pn Siti Aida. Pen. Kanan HEM la katekan. Ade kene mengene ker? Hehe.

..sebelum diluluskan..

..selepas diluluskan..

Terima kasih Cikgu!! Dah lame tak cakap. Kalau dulu setiap kali habes kelas, cakap kuat-kuat. Haha.

Lepas settle semua, aku ngan Syawal terus beransur pulang ke tempat kerja.

p/s: Alhamdulillah, lepas ni aku dan dua orang sahabatku dapatlah buat latihan secara legal kat dewan sekolah tu. Takdelah tercari-cari tempat latihan cam sebelum-sebelum ni. Huhu. Tu jer kot untuk kali ni. Wasalam.

Comments